prologue

4.5K 323 156
                                    

EVIL WIFE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EVIL WIFE

" She is evil but she is my wife "

⭐⭐⭐

AIR berwarna kuning diteguknya rakus. Sudah berapa kali gelas yang berada ditangannya itu bertukar tangan minta diisi semula. Alunan muzik yang kuat membuatkan Park Min Ra menari-nari tanpa henti. Kakinya mengikuti rentak lagu, sesekali dia berhenti untuk minum.

Tangannya nakal memanggil lalu menarik pinggang seorang lelaki yang tidak dia kenalinya.

Min Ra merangkul leher lelaki itu. Wajahnya yang semakin hampir dengan lelaki itu dia biarkan. Senyuman menggoda dia hadiahkan untuk lelaki itu.

Lelaki itu turut membalas. Terbit senyumannya apabila Min Ra membuat aksi menggoda.

Mereka menari bersama dalam kebisingan kelab. Kelab yang sesak dengan keramaian orang itu bukan menjadi satu alasan buat Min Ra untuk terus menari.

"Min Ra!" jerit seorang lelaki memanggil namanya. Min Ra lantas mengalihkan pandangannya ke belakang.

Muncul seorang lelaki berambut putih keperangan dan berpakaian kemeja putih kemas datang menghampirinya. Sebuah senyuman manis terhias dibibir lelaki itu.

Wajah Min Ra yang tadinya tercengang akibat terlampau terkejut, terus bertukar ceria setelah melihat lelaki yang dia kenali itu. Min Ra menolak sedikit tubuh lelaki yang dipeluknya lalu berjalan untuk mendapatkan lelaki yang memanggilnya.

"Sehun! I dekat sini." jerit Min Ra kuat. Akibat kesan daripada alkohol yang diminumnya, Min Ra berjalan terhuyung-hayang mendekati lelaki bernama Sehun itu.

"Sayang...esok ya kita enjoy? Harini I ada banyak kerja." soal Sehun di dalam kebisingan kelab. Suaranya dikuatkan sedikit agar Min Ra dapat mendengar suaranya dengan lebih jelas.

"Mana boleh! You mesti layan I juga malam ni! Itu kan tujuan you nak jumpa dengan I. Then kiss me.." bentak Min Ra.

Min Ra terus sahaja menarik kepala Sehun mendekati wajahnya. Dada bidang milik lelaki itu diusap-usapnya lembut cuba membangkitkan keinginan nafsunya.

Sehun menatap lama wajah Min Ra yang penuh menggoda dihadapannya itu. Nafasnya sudah tidak keruan. Gelojak nafsunya seakan menjerit kerana perlakuan Min Ra yang sangat nakal dimatanya. Dada Min Ra yang menekan dada bidangnya menambahkan lagi rasa keinginan berahinya.

Sehun tersenyum sinis. Kepala Min Ra dirangkulnya. Pantas dipagutnya bibir mungil Min Ra yang berwarna kemerahan semulajadi itu. Min Ra tidak menolak sebaliknya membalas ciuman Sehun. Ciuman akhirnya bertukar menjadi lebih ganas. Bibir bawah Min Ra digigit kecil oleh Sehun menyebabkan Min Ra mendesah perlahan.

Sehun ingin memperdalamkan ciuman mereka tetapi niatnya terbatal apabila dia teringatkn tentang kerjanya yang masih tertangguh.

Sehun melepaskan ciumannya dan pegangan dipinggang Min Ra juga semakin melonggar. Min Ra agak terkejut dengan tindakan Sehun. Dirinya belum puas dibelai lelaki itu.

Love EgoistWhere stories live. Discover now