EVIL WIFE
" She is evil but she is my wife "
⭐⭐⭐
TUBUH yang hanya mengenakan dress sendat paras peha itu terbaring membelakangi pintu bilik air. Baju yang pendek dan jarang memang sengaja dia kenakan untuk keselesaan diri.
Mungkin manusia lain merasakan baju yang dipakainya itu kurang sopan dan menyakitkan mata namun dia langsung tidak peduli. Baginya, apa yang dia suka itu adalah hak dia.
Lama, matanya cuba dipejamkan perlahan-lahan namun kembali terbuka apabila bunyi geseran pintu mengganggu perbuatannya itu. Bukannya dia tidak tahu punca bunyi itu dari mana, jadi dia langsung tidak terkejut.
Tubuhnya dipalingkan menghadap pintu bilik air apabila cahaya terang dari bilik air itu memancar ke arahnya. Satu figura yang dia kenali muncul menghalang cahaya memancar kemukanya.
Senyuman penuh menggoda dihadiahkan untuknya.
"Zack." nama itu terpacu dari bibir merahnya. Saat mata mereka bertembung, Min Ra turut tersenyum.
"Min Ra, you dah bangun?" suara garau lelaki itu mula kedengaran menegur Min Ra. Ya, dia Minra. Dia keluar tanpa pengetahuan daddynya.
Lelaki yang hanya mengenakan lilitan tuala dipinggang itu mula berjalan mendekati Min Ra.
"Sayang, you tak mengantuk ke? Kenapa tak tidur ni?" soal lelaki itu bernada lembut lalu melabuhkan punggungnya disebelah Min Ra.
Min Ra hanya menggeleng membuatkan lelaki itu tersenyum. Kepala gadis itu diusapnya perlahan sehinggakan gadis itu mencebik kerana diperlakukan seperti kanak-kanak.
"Stop Zack! I bukannya budak-budak lagi! " marah Min Ra lalu menyilangkan kedua tangannya, tanda rimas.
Lelaki itu hanya tersenyum lalu mengalihkan tangannya daripada menyentuh rambut Min Ra. Kalau gadis itu sudah berkata begitu jadi harus dia lakukan.
"Erm..Zack. I tak boleh nak pejamkan mata I. Susahlah I nak tidur." ujar Min Ra perlahan sambil menguis-nguis tangan sasa berurat milik lelaki yang bernama Zack itu.
Suara Minra yang tadinya tinggi, 360 darjah bertukar menjadi manja tanpa dia sedar.
Zack yang seakan tahu kehendak Min Ra mula merangkul tubuh langsing gadis itu sebelum mencium leher jinjang Min Ra. Mulanya dia tidak membantah malah dia suka. Tapi sedar dengan keterlaluan diri dia mula menolak rasa seronoknya itu.
"Hmm..stop! Zack!"
"Zack! I kata Stop!" jerit Min Ra lalu menolak dada bidang Zack sehingga membuatkan lelaki itu tersandar pada dinding katil.
Zack mengangkat sebelah keningnya. Zack yang kehairanan mula menyoal.
"Kenapa Minra? You tak suka ke?"
YOU ARE READING
Love Egoist
Fanfiction; MRS KIM : EVIL WIFE Dia bukanlah perempuan yang baik-baik. Jauh sama sekali kata sempurna. Dia gadis liar. Hidupnya sebati dengan Keseronokkan. Layakkah gadis seliarnya mencintai dan dicintai lelaki yang sempurna? Layakkah dia menjadi seorang iste...