EVIL WIFE
" She is evil but she is my wife "
⭐ ⭐ ⭐
MAJLIS perkahwinan telah pun selesai. Min Ra akhirnya selamat menjadi isteri Taehyung. Selamat? Ya, selamat datang ke penjara. Lepas ni dia harus tinggal dengan lelaki yang baru dia kenali. Eh pembetulan..tak kenal langsung!
Apa yang dia mahu lakukan dan mana dia mahu pergi juga harus meminta izin Taehyung terlebih dahulu. Dalam erti kata lain, semuanya terbatas!
Dan yang paling menyusahkan adalah dia harus menjaga makan pakai Taehyung yang sudah sah menjadi suaminya.
Geram pula bila diingat. Menjadi isteri orang memang menyusahkan. Ini tidak boleh, itu tidak boleh. Ergh!
Min Ra menyarungkan tubuhnya dengan baju tidur setelah membersihkan diri. Sengaja dia memilih baju yang menutupi seluruh bahagian tubuhnya. Tidak mahu Taehyung fikir dia nak menggodanya.
Tak ingin juga dia menggoda si Taehyung tu.
Tiba-tiba bunyi geseran pintu kedengaran. Pintu bilik itu terkuak dari luar. Min Ra yang sudah dapat mengagak hanya membiarkan. Dia hanya fokus menyapu cream pada mukanya.
"Min Ra." satu panggilan lembut menyapa.
Min Ra tersentak. Tubuhnya bergetar mendengar suara serak basah Taehyung. Ditepis habis perasaan gemuruh yang bertandang di dalam dirinya.
"Masa-masa macam ni jugalah nafsu kau nak naik kan Min Ra." monolog Min Ra di dalam hati.
"Min Ra..." sekali lagi suara serak basah Taehyung menyapa. Kali ini kedengaran meleret.
Eh, ini dia yang mahu menggoda Taehyung ke Taehyung yang mahu menggoda dia? Ish!
Min Ra masih tidak mahu menoleh. Jantungnya berdegup kencang. Rasanya jantung dia sedang bekerja keras mengepam darah. Silap hari bulan, mati sakit jantung dia disitu.
Taehyung berdehem kecil apabila dia tidak mendapatkan sebarang respon daripada Min Ra.
Min Ra melihat Taehyung dari pantulan cermin. Dia lihat Taehyung sudah duduk dibirai katil sambil memandang ke arahnya. Senyuman manis diukir menampakkan senyuman petaknya.
"Ada apa?" Min Ra mengangkat sebelah kening walaupun Taehyung tidak dapat melihatnya.
"Pandanglah saya. Kenapa pandang saya melalui cermin? Muka saya nampak lagi hensem ke bila tengok melalui cermin?" soal Taehyung lembut diiringi ketawa kecil.
Min Ra bengang. Dia berdecit perlahan kemudian memalingkan tubuhnya menghadap Taehyung. Wajah Taehyung yang masih kekal tersenyum itu dipandang tidak puas hati.
"Apa dia?" soal Min Ra acuh tidak acuh sambil berpeluk tubuh. Kening kanannya diangkat apabila Taehyung merenungnya.
Taehyung menghela nafas perlahan. Dia bangun daripada duduknya dan perlahan-lahan mendekati Min Ra yang masih berpeluk tubuh. Tangan Min Ra diraih lembut lalu diletakkan dikedua pipinya.
YOU ARE READING
Love Egoist
Fanfic; MRS KIM : EVIL WIFE Dia bukanlah perempuan yang baik-baik. Jauh sama sekali kata sempurna. Dia gadis liar. Hidupnya sebati dengan Keseronokkan. Layakkah gadis seliarnya mencintai dan dicintai lelaki yang sempurna? Layakkah dia menjadi seorang iste...