EVIL WIFE" She is evil but she is my wife "
⭐ ⭐ ⭐
MIN RA mencium sekilas kedua pipi Zack sebelum dia keluar dari dalam perut kereta lelaki itu. Zack yang masih tersenyum menjadi pemerhati gerak-geri Min Ra.
"Thanks Zack sebab hantarkan I balik. I happy sangat bila dengan you." ucap Min Ra lembut lalu menghadiahkan Zack sebuah senyuman.
"No problem, sweetie." Zack turut membalas senyuman Min Ra. Terserlah lesung pipit dipipi kiri lelaki itu.
"I balik dulu. Kalau ada apa-apa call je I okay?" Min Ra hanya mengangguk.
"Bye, Zack. Drive kereta elok-elok." pesan Min Ra.
Min Ra sempat melambaikan tangannya kepada Zack sebelum kereta Audi milik lelaki itu hilang dari pandangan. Min Ra mengatur langkahnya untuk masuk ke dalam rumah setelah berkira-kira sama ada mahu masuk atau tidak.
Lock pintu dibuka lalu perlahan-lahan daun pintu dikuak. Gelap. Hanya samar-samar cahaya dari arah dapur yang membantu Min Ra untuk melihat agar dia tidak melanggar barang-barang.
Min Ra menghendap seperti seorang pencuri. Terjingkit-jingkit kakinya memasuki rumah. Langkahnya terhenti saat matanya bertembung dengan satu kelibat bayangan berwarna hitam.
Hampir menjerit Min Ra dibuatnya apabila bayangan hitam itu tiba-tiba sahaja memeluknya erat. Kedengaran keluhan halus seorang lelaki. Tahulah dia, bahawa bayangan itu ialah Taehyung.
"Ish, apa peluk-peluk ni! Rimas tahu tak?" Min Ra berdecit geram. Tubuh Taehyung yang memeluknya ditolak kasar.
"Min pergi mana? Tahu tak saya risau bila bangun je saya tengok awak dah tak ada dekat sebelah saya." jelas terpapar riak risau diwajah Taehyung biarpun wajahnya dibuat-buat tenang.
"Suka hati akulah nak pergi mana sekalipun! It's not your business!" tengking Min Ra.
Taehyung meraup wajahnya berkali-kali sebelum dimaniskan wajahnya memandang Min Ra. Tangan Min Ra diraih dan diusap lembut.
"Jangan macam ni, Min. Saya suami awak..awak tanggungjawab saya. Semestinya saya kena peduli semua tentang awak. Urusan awak, urusan saya juga." kata Taehyung.
Min Ra tergelak sinis. Huh, suami? Kalau bukan disebabkan terpaksa tak adanya Taehyung mendapat title 'suami'.
"Heh, kau tu cuma suami atas kertas je, Taehyung. Tak lebih! Jadi tolong...jangan sibuk hal aku." marah Min Ra. Dia ingin berlalu dari situ. Lama-lama di situ bimbang pula dia yang hilang kawalan.
YOU ARE READING
Love Egoist
Fanfic; MRS KIM : EVIL WIFE Dia bukanlah perempuan yang baik-baik. Jauh sama sekali kata sempurna. Dia gadis liar. Hidupnya sebati dengan Keseronokkan. Layakkah gadis seliarnya mencintai dan dicintai lelaki yang sempurna? Layakkah dia menjadi seorang iste...