"Kita nak buat apa kat sini Jungkook?"Jungkook tersenyum.Tangan Seomi diambil lalu dicium lembut."Date?"Seomi ketawa."Date konon.Date apa dekat shopping mall macam ni"Jungkook ketawa kecil."Saya tak pernah bawa awak keluar shopping macam ni kan.So,harini kita shopping lah"Seomi memeluk lengan Jungkook.Mereka mula berjalan di dalam mall tersebut."Sayang"Seomi menoleh ke arah Jungkook."Kenapa?"Jungkook menarik tangan Seomi ke dalam sebuah kedai.Dia kemudiannya membawa Seomi ke tempat pakaian perempuan."Waktu saya jalan kat sini haritu,saya suka sangat tengok gaun ni.Saya nak awak cuba...boleh?"Seomi mengangguk sambil tersenyum.Jungkook mengambil sehelai gaun tersebut lalu diberikan kepada Seomi dan dia mengikut Seomi yang bergerak ke fitting room."Jungkook,awak buat apa ikut saya masuk sini?"Jungkook ketawa kecil."Ikut awaklah."Mata Seomi membulat besar."Eeee...jangan mengada.Orang tengoklah"Jungkook tersenyum."Saya suami awak..so?takda masalah kan?"Seomi menolak pipi Jungkook."Dah.Jangan nak mengada.Tunggu kat luar"Dia lalu menapak ke dalam salah sebuah bilik yang ada di situ.Jungkook duduk di atas kerusi yang disediakan di situ.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya sementara menunggu Seomi.Sementara Seomi yang sudah siap memakai gaun yang diberikan oleh Jungkook masih lagi memeriksa dirinya di hadapan cermin.Rambutnya dibetulkan sedikit sebelum dia keluar dari bilik tersebut.Melihat Jungkook yang masih asyik dengan telefon bimbitnya,dia tersenyum."Ehmm..Jungkook"
Panggilnya dengan agak ragu.Jungkook mengangkat wajahnya.Dia terkaku seketika."Kenapa?Tak okay ke?Saya pergi tukar balik lah"Jungkook bingkas bangun dari duduknya.Tangan Seomi ditahan."Awak nampak cantik..saya suka tengok awak pakai gaun"Jungkook tersenyum."Betul ni?"Jungkook mengangguk laju."Awak tukar baju ni...saya bayar dulu,lepastu kita pergi cari baju untuk wedding Jimin nanti"Seomi mengangguk."Okay"~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jungkook and Seomi kini berada di luar rumah Jimin."Mana pulak dia ni pergi?Kereta ada" Jungkook masih lagi cuba menelefon Jimin menggunakan telefon bimbitnya.
Dia kemudiannya tersentak apabila Jimin membuka pintu rumahnya dengan mengejut.Kelihatan Jimin kini sedang menarik nafasnya dengan laju seperti tergesa-gesa,ditambah pula dengan rambutnya yang kusut dan bahagian atas badannya yang tidak berbaju.Seomi segera memusingkan badannya ke arah lain agar dia tidak melihat badan lelaki tersebut."Jahanam betul kau ni.Aku dah cakap aku datang dengan isteri aku,kau boleh pulak buka pintu dalam keadaan yang tak berbaju.Kau ni memang nak kena kau tahu tak?"Jimin tersengih."Sorry Bro.Kau masuklah.Aku naik jap eh"Jimin terus sahaja berlari naik ke tingkat atas setelah Jungkook dan Seomi masuk ke dalam rumahnya.
Jungkook menarik tangan isterinya dan membawa wanita tersebut ke ruang tamu.
"Duduk,sayang" Seomi hanya mengangguk."Lain macam betul si Jimin ni hari ni.""Apa yang lain?"
"Adalah..."
Perbualan mereka terhenti apabila melihat Jimin menuruni tangga bersama seorang wanita.
Jungkook tersenyum sinis. "Patutlah kau tak berbaju masa buka pintu tadi"
Jimin hanya tersengih. "Sorry.Aku ingat kau lambat lagi nak datang" Seomi hanya memandang wajah Jungkook,
tidak memahami perbualan kedua lelaki tersebut.Perbualan mereka terhenti apabila melihat Minha berjalan ke arah mereka sambil membawa dulang.
Seomi membulatkan matanya."Minha?"
Pergerakan Minha terhenti.Matanya memandang ke arah Seomi."Seomi!" Dulang yang dipegangnya diletakkan ke atas meja dan dia terus memeluk kawan baiknya. "Yaa! Jadi kaulah bakal isteri Jimin eh?" Minha mengangguk laju.
Pelukan mereka dilepaskan apabila Jungkook bersuara.
"Oh..korang kenal antara satu sama lain eh?"
Seomi mengangguk. "Inilah Minha...dialah yang selalu temankan saya keluar" Jungkook mengangguk faham."Tak susahlah kita nak lepak nanti bro." Jimin tersengih memandang Jungkook.
"Maknanya aku bolehlah datang rumah kau selalu kan?""Kau memang selalu lepak kat sini kan?"
"Selalu ke?" Jimin mengangkat sebelah keningnya. "Selalu sangat..""By the way...malam ni jadi tak?"
Jungkook memandang wajah Jimin."Jadi..mesyuarat penting tu..kita mesti datang"Jungkook kemudiannya memandang ke arah isterinya.
"Malam ni saya dengan Jimin ada mesyuarat penting...jadi saya mungkin balik lewat"
Seomi hanya mengangguk. "Ya.Takpa""Hmm..Jimin,awak pun kena pergi mesyuarat kan?"Jimin mengangguk pada soalan Minha.
"Boleh tak kalau saya bawak Seomi stay kat sini? Untuk teman saya?""Boleh..takda masalah.Tapi awak kena tanya boss besar dia dulu" Jimin memuncungkan mulutnya ke arah Jungkook.
Jungkook tersenyum kecil.
"Boleh.Takda lah awak duduk sorang-sorang kat rumah tu." Kepala isterinya diusap lembut."Kalau macam tu,lepasni kitorang balik,lepastu aku hantar Seomi kat sini."
Jimin mengangguk.
"Kita pergi sama-samalah bro.Kau drive"
Jungkook hanya menggulingkan bebola matanya.TO BE CONTINUE
![](https://img.wattpad.com/cover/87020509-288-k227875.jpg)
YOU ARE READING
My Byuntae Husband
Random"-saya sayangkan awak sayang" ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "-saya nak awak jadi milik saya"