☀13

45 7 0
                                    

•Park Woojin's POV 

Aku diam memandang Harin. Dia hanya diam menunduk memandang lantai. Aku tahu dia masih belum sedia dan semua ni terlalu cepat untuknya.

Sebenarnya, tadi aku baru lepas lamar dia untuk menjadi isteri aku. Lagi-lagi depan parents dia. Mesti dia malu gila tu. Tapi comel je muka dia bila aku pakaikan cincin dekat jari dia.

" Erm, Lee Harin. Kau marah ke? " soalku memecah kesunyian. Harin mengangkat mukanya. Matanya memandang mataku.

" Hm? buat apa nak marah pulak? " soal Harin. Aku tersengih. Lega, nasib dia tak marah aku. Fuh

" Tak adalah. Aku takut kau marah sebab kau terjebak dalam masalah aku hm " kini giliran aku pula memandang lantai. Rasa serba salah mula menyerbu dalam hati.

Harin ketawa. Tangannya menepuk-nepuk bangku tempat duduknya. Aku mengangkat wajahku memandangnya hairan.

" Apehal ketawa? apa yang kelakar sangat?  bukan main lagi kau " soalku. Dia masih lagi dengan ketawanya.

" Wey, kau tak rasa ke kisah kita ni macam dalam novel? Penuh dengan drama tahu tak? Cuba kau fikir eh, aku kenal kau masa dekat 7Eleven lepastu aku jumpa lagi kau masa persembahan band kau. Itu pun aku baru tahu yang kau ni kawan adik aku. Alih-alih kau ajak aku kahwin? Lawak ni sia HAHAHAH " katanya lalu tawanya sekali lagi meletus. Kini dia terlihat menepuk pipi kirinya. Pelik.

" Hm kelakar jugak kan kisah kita. Tapi kan, aku minta maaf la sebab jebakkan kau dalam masalah tah pape aku ni. Sumpah serba salah " kataku jujur. Kesian jugak dekat Harin ni. Terpaksa terjebak dalam hal aku yang tak berapa rumit sebenarnya.

Dia berhenti ketawa.

" Pada mulanya, aku terkejut jugak dengar kau ajak aku kahwin. Tapi bila aku fikir semula, ada baiknya juga. At least aku dapat tolong kau sebab kau pun pernah tolong adik aku dulu " katanya dan diakhiri dengan senyuman manisnya. Entah kenapa, aku rasa kali ini senyumannya betul-betul manis dan sangat ikhlas.

" Cuma aku nak tahu satu je dari kau " katanya.

" Ya, apa dia? "

" Aku tahu cinta tak boleh nak dipaksa. Tapi kita boleh pupuk cinta tu selepas perkahwinan kan?Jadi aku harap kau faham hati aku " katanya lagi. Aku menarik nafas sebelum perlahan tanganku mencapai tangannya. Aku mengenggam jari-jemarinya. Dia jelas terkejut dengan tindakanku.

" Aku janji akan menjaga kau dan rumah tangga kita sebaiknya nanti. Walaupun aku tahu sekarang ni kita tak ada perasaan apa-apa pun terhadap satu sama lain tapi aku juga percaya cinta tu masih boleh dipupuk selepas berkahwin—  "

"—kan orang kata, bercinta selepas kahwin tu lebih indah. Kau percaya kan? " soalku sambil mataku memandang dalam anak mata Harin. Dia juga melakukan benda yang sama. Sweet tak?

Harin hanya mengangguk perlahan. Tangannya masih erat dalam genggamanku.

" Terima kasih, Harin "

🌻🌻🌻

hello anda semuaaa. firstly, aku betulbetul nak minta maaf sebab lama gila tak update 😭 aku faham perasaan readers aku yang tk seberapa ni hm mesti tertunggu tungu kan HAHAHA

aku ada hal sikit yang perlu diuruskan dan ya, kekadang pakcik oren ni cari gaduh dengan aku 💩 k mohon bertendang je.

harapnya enjoy lah ye hehehe kali ni memang sumpah klishe kan 😭😭 sorryyyy :(

[OG] 7E + woojinWhere stories live. Discover now