B B Y M 0 2

16.5K 753 98
                                    

"Aduh! Eh kambing mana langgar aku ni?! " marah lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aduh! Eh kambing mana langgar aku ni?! " marah lelaki itu.

Aku menggosok dahiku yang bertembung dengan tubuhnya. Lelaki itu menggosok baju sekolahnya yang terkena air milo. Dia merengus geram.

"Eh minta maaf sangat-sangat. Saya tak nampak tadi" rayuku seraya bangun dari situ. Mataku membulat melihat baju lelaki itu sudah kotor terkena air milo yang Zarif bawa.

'Ish Zarif ni tak tutup botol ni betul-betul kenapa?!' Desis hatiku. Aku menggaru kepala tidak tahu mahu buat apa.

"Ishhhhh! Mata letak dekat lutut ke apa? Babi lah!" Marah lelaki itu menggosok-gosok bahagian pada bajunya yang kotor.

'What? Babi? Aku dah minta maaf dia cakap babi?' Aku memandang lelaki itu atas bawah berulang kali.

"Excuse me, at least aku dah minta maaf kan? Yang kau nak cakap aku babi dah kenapa? " Aku berang. Orang dah minta maaf pun nak maki orang.

Lelaki itu melangkah mendekatiku. Bahagian yang kotor pada bajunya itu ditayang ke mukaku. Aku menggigit bibir rasa bersalah.

"Kau nampak tak ni baju aku dah kotor?! Kau punya pasal lah ni. Serabut betul! " Soal lelaki itu memarahiku lagi.

'aduh.. Zarif lah ni! Yang dia pergi bawa air milo ni buat apa!? 'gerutu hatiku.

"Ak- aku minta maaf. Pasal baju kau tu kalau nak aku gantikan jumpa aku," ucapku sambil mata memandang ke arah lain. Lelaki itu menayang senyuman sinis.

Jangan cakap dia fikir aku nak mengorat dia sudah. Tapi, memang tak dinafikan lelaki ini memang hensem. Tapi, kalau adab tak ada tak boleh jugakan. Not my type!

"Tak apalah. Tak payah nak ganti. Aku ada duit,aku boleh bayar. Aku tak perlukan duit dari perempuan macam kau. Aku tahu kau sengaja langgar aku sebab nak dapatkan perhatian aku. Aku dah banyak kalilah jumpa perempuan gatal macam kau ni," kata lelaki itu selamba. Aku mengerutkan kening memandangnya.

'What? Nak dapatkan perhatian kau? Nama kau pun aku tak tahu! ' getus hatiku.

"Ergh. Standard aku tinggi eh. Bukan lelaki tak ada adab macam kau ni. Masa bila entah aku nak dapat perhatian dari lelaki macam kau," balasku selamba.

Lelaki itu tersenyum sinis. Dia memandang aku atas dan bawah lalu anak matanya berhenti tepat di wajahku.

"Budak baru ke? " Lelaki itu mendekatiku. Anak matanya merenung anak mataku lama.

Aku mengerutkan dahi sambil mengangguk perlahan-lahan. 'dah kenapa lelaki ni nak dekat dengan aku? ' getus hatiku.

"Well. You should do research about this school before you move to this school," Mata kami bertaut.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now