Malam terakhir Ramadhan
Semua anak-anak buahku berlari berkejaran bermain bunga api di halaman rumah kami sementara Abang Wan dan Zarif membakar lemang. Abang Zaf dan Walid pula sibuk bermain dengan anak-anak buahku.
Aku duduk di pondok merenung ke arah mereka yang gembira bermain disana. Aku terasa dipulaukan disini. Aku tak salahkan mereka sebab aku sendiri yang jauhkan diriku dari mereka. Begitu juga dengan ummi yang sudah seminggu lebih tidak menegurku.
Aku terus membuka telefonku lalu terpapar latar belakang skrin telefonku dengan gambar aku, Airiel dan Naufal raya tahun lepas. Seronok sangat masa tu. Aku tersenyum merenung gambar itu. Tiba-tiba terdetik di hatiku memikirkan apa yang sedang mereka buat sekarang.
Adakah mereka bahagia? Gembira? Tanpa aku disisi?
Air mataku mengalir. Mesti Naufal cari mana aku pergi.
Tiba-tiba Ummi melangkah ke arah pondok dimana aku berada. Aku pantas menyeka air mata di pipi. Ummi perlahan melabuhkan punggung di sebelahku.
Ummi merenungku lama sebelum memulakan bicaranya.
"Saf....." panggilnya janggal. Aku teragak-agak untuk memandangnya kembali.
"Saf, marah dengan ummi ke?" tanya Ummi.
Ummi merenungku dengan rasa bersalah. Perlahan-lahan dia meraih tanganku.
"Saf, ummi minta maaf. Ummi minta maaf sebab tak layan Saf. Marah Saf teruk teruk sedangkan Saf tengah mengandung. Ummi minta maaf sangat Saf. Ummi tahu ummi salah," ummi merenungku dengan mata berkaca. Bertakung lama air mata di tubir matanya.
Perlahan-lahan aku pandang ke arah Ummi lalu air mataku pula yang mengalir. Aku terus memeluk ummi dengan erat.
"Saf, minta maaf ummi. Bukan salah ummi je. Saf pun salah, ummi. Saf minta maaf," aku menangis teresak-esak.
Ummi mengusap belakangku sambil dia juga mengalirkan air mata.
"Tak apa Saf. Ummi faham, Saf. Memang susah nak lupakan orang yang kita betul betul sayang. Kalau Saf nak tahu, Ummi sendiri nak kahwinkan Saf dengan arwah Khairul. Dulu masa Saf dan Zarif kecik lagi, Zarif selalu main dengan arwah Khairul. Setiap kali Saf pergi rumah Dhia, Zarif selalu main dengan arwah Khairul.
Sebab tu mereka rapat dan tak perlu kenalkan diri sebab diorang dah kenal. Masa Saf tingkatan 1, Saf ingatkan ada lelaki datang rumah bagi Saf hadiah birthday. Itu Khairul, Saf. Tapi, apa boleh buat. Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Memang sudah tertulis ajal Khairul dan jodoh Saf. Memang tak salah nak ingat kawan kita yang dah meninggal, tapi sementara orang yang kita sayang ni masih hidup. Kita kena jaga perasaan dia, hati dia Saf. Airiel tu suami Saf.
Kalau Saf rasa susah nak lupakan, slowly okey. Kalau suami Saf tak suka, Saf tak boleh buat benda tu. Saf faham?" Aku dan Ummi perlahan-lahan meleraikan pelukan.
YOU ARE READING
Bad Boy You're Mine (rewrite)
Romance[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirkan pindah ke Elezibeth Rose International High school selepas ayahnya mendapat gelaran Dato'. Kehidupan Safiya berubah selepas pindah ke s...