B B Y M 2 5

7.4K 401 9
                                    


"Safiya!!!!!!!!!!" jerit Khairul sekuat hati.

Khairul terus berlari ke pintu belakang stor. Dia terus menendang pintu itu dengan kuat. Pintu itu masih tidak terbuka.

"Ishhhh bodoh!!!" maki Khairul marah. Dia terus mengundur beberapa langkah.

"Bismillahirahmanirahim," ucapnya lalu berlari merempuh pintu itu. Pintu itu terus tercabut.

Kelihatan Safiya sedang duduk di tengah-tengah bilik stor. Manakala tempat lain semuanya sudah terbakar.

Aku menangis takut. Aku melihat di atas kepalaku. Kelihatan sebuah alang yang terbakar hampir jatuh. Aku tidak mahu Khairul datang kesini. Alang itu mungkin akan menghempapnya.

"Safiya! Jangan menangis! Aku datang sana!" jerit Khairul. Khairul terus mencari jalan untuk datang ke tempatku.

"Jangan! Khairul jangan! Pergi!" jeritku kuat.

"Tak! Aku takkan tinggalkan kau!" balas Khairul. Lalu melompat ke atas pintu yang dirempuh tadi.

"Pergi! Kau kata kau sayang aku! Jangan datang sini!" Jeritku. Air mataku tidak henti mengalir.

"No!" Khairul laju melangkah ke arahku.

"Khairul. Jangan! Jangan! Jangan datang sini!!!" jeritku sekuat hati. Aku menangis teresak-esak.

"Jangan menangis!! Aku datang!!!" ujar Khairul.

"PERGI!!!!!!!!!" Aku menjerit kuat.

"Argh!!!" jerit Khairul apabila sebuah kayu kecil yang terbakar jatuh di atas bahunya.

"Sesiapa?! Tolong halang dia!" rintihku. Aku menangis teresak-esak.

Khairul terus mencampak kayu kecil itu jauh. Tiada apa yang boleh halang dia daripada selamatkan buah hatinya. Dia terus melompat jauh lalu sampai kepadaku.

"Saf....." panggil Khairul perlahan. Tercungap-cungap dirinya penat.

"Khairul....." Aku terus mengalihkan pandanganku ke atas. Aku menangis. Khairul juga terus pandang ke atas. Dia terkejut.

"Khairul... Tak nak...." rintihku. Kepalaku terasa pening. Pandanganku mula kabur. Aku rasa tidak berdaya lagi. Aku terus rebah.

Khairul pantas mengangkatku. Tiba-tiba alang yang terbakar itu terus jatuh.

"Tunggu aku...." ujar Khairul lalu pantas mencampak aku jauh hingga ke luar stor. Alang yang terbakar itu terus jatuh menghempap badan Khairul.

***********

Perlahan-lahan kucuba membuka mataku. Kepalaku terasa berdenyut. Aku melihat ummi berada disebelahku. Dia menangis teresak-esak.

"Ummi......." panggilku perlahan.

Datin Zahra terus menyeka air matanya. "Saf dah bangun? Sekejap ummi panggil doktor. Kesian anak ummi," ujar Datin Zahra. Aku pantas memegang tangan Datin Zahra.

"Ummi, mana Khairul?" tanyaku.

"Khairul?" tanya Datin Zahra.

"Saf nak jumpa dia, ummi." ujarku.

"Khairul ada. Saf jumpa doktor dulu ye," ujar Datin Zahra. Aku mengangguk.

Setelah diriku susah diperiksa oleh doktor Aina. Datin Zahra terus menolak aku menggunakan kerusi roda ke bilik wad kelas pertama Khairul.

Perlahan-lahan pintu itu dibuka. Kelihatan Khairul sedang terbaring dan badannya terlihat tidak bermaya. Air mataku mula bertakung ditubir mata. Datin Zahra menolak aku terus ke katil Khairul.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now