Puan Zahra terus mendukung Safiya Zahra yang berumur 5 tahun lalu diletakkan berdiri sebelah kembarnya, Shah Zarif. Safiya memandang ke arah semua rakan-rakan yang datang ke majlis hari jadinya itu. Dia menarik tangan Zarif lalu berbisik ke telinganya."Zarif, Saf tak ada ramai kawan. Tapi, kenapa ramai sangat datang?" soal Safiya berbisik di telinga Zarif. Zarif ketawa kecil lalu dia berbisik pula di telinga Safiya.
"Dia orang nak makan kek kita kot. Tapi kita bukan beli untuk diaorang pun," Zarif ketawa kecil.
"Okay semua kita nyanyi lagu Happy Birthday sama-sama ya? 1.. 2.. 3.," ujar Puan Zahra.
Tetamu yang hadir pun menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Safiya dan Zarif bersama-sama. Safiya hanya tersenyum malu manakala Zarif merangkul bahu Safiya erat.
Selesai Safiya dan Zarif, menjamu makanan yang dihidang. Mereka terus bergerak ke meja hadiah. Kelihatan Abang Shah Zaqwan a.k.a abang Wan dan Encik Zamani sedang berbual di meja hadiah mengira hadiah yang diberi.
Di atas meja hadiah, Abang Wan sudah membahagi kan 2 bahagian iaitu hadiah untuk Safiya dan hadiah untuk Zarif. Tetapi pada hari ini, hadiah di bahagian Zarif lebih banyak dari Safiya.
"Kenapa banyak sangat eh hadiah Zarif? Orang salah bagi ke?" ujar Abang Wan selepas menyusun hadiah di situ.
Safiya yang berdiri di sebelah Zarif sudah mencebik. Matanya berkaca selepas mendengar kata-kata Abang Wan itu. Encik Zamani melihat wajah Safiya yang sudah ingin menangis lalu memukul bahu Abang Wan. Abang Wan terkejut lalu dia terus mendukung Safiya.
"Eh tak, tak mana ada hadiah Zarif lagi banyak. Tadi tetamu main letak je hadiah dekat atas meja. Dia orang tak tahu hadiah Safiya nak letak mana jadi dia orang letak tempat Zarif. Safiya jangan nangis ya?" pujuk Abang Wan. Safiya hanya mengangguk lalu Abang Wan mendukung tubuh Safiya ke tempat letak hadiah.
"Jom kita cari hadiah Safiya mana. Mesti ada dekat tempat Zarif," ujar Zarif turut memujuk Safiya.
Tiba-tiba ada seorang budak lelaki sebaya mereka yang datang ke tempat hadiah itu. Dia membaca nama bahagian di atas meja hadiah tersebut. Safiya memandangnya lama manakala Abang Wan dan Zarif sibuk menyusun hadiah itu.
Budak lelaki itu terus meletakkan hadiah tersebut di bahagian Zarif. Safiya mengetap gigi lalu dia melangkah ke arah budak lelaki itu. Hadiah yang dia berikan dibaling ke bawah dengan kuat. Abang Wan, Encik Zamani, Zarif dan budak lelaki disitu terkejut melihat tindakan Safiya.
"Safiya," ujar Abang Wan terkejut.
"Abang Wan tipu! Memang orang tak nak bagi hadiah untuk Safiya. Bukan orang salah letak. Safiya benci semua orang!" ujar Safiya sambil tersedu sedan menangis. Dia terus berlari pergi dari situ sambil menangis.
Abang Wan dan Zarif pantas mengejar Safiya yang berlari masuk ke rumah. Sementara budak lelaki yang berdiri di situ. Memandang sebuah lagi kotak pink yang akan diberi kepada Safiya.
"Mama, Khairul tak sempat nak bagi hadiah untuk Safiya,"
YOU ARE READING
Bad Boy You're Mine (rewrite)
Romans[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirkan pindah ke Elezibeth Rose International High school selepas ayahnya mendapat gelaran Dato'. Kehidupan Safiya berubah selepas pindah ke s...