Selepas selesai memilih makanan. Aku duduk di sebuah meja seorang diri sambil menongkat dagu. Macam yang kau orang semua tahu, aku yang kena bayar makanan. Tak guna punya kawan. Memang aku drive kereta lagi sekejap lagi sampai bercalar.
Mataku memandang jam digital di dinding cafe. Lama betul si Khairul berbual, tak jadi keluar dengan aku ke apa ni? Takkan nak tinggal aku pula dekat sini sorang sorang. Memang aku bakar rumah dia balik nanti.
Sedang aku membebel sendiri, lidahku terhenti tatkala anak mataku ternampak figura Khairul yang sedang berjalan ke arahku. Aku menyilangkan kedua-dua belah tangan di dada merajuk. Tiba-tiba, niat aku untuk merajuk terbatal apabila melihat 4 orang lelaki yang mengikuti Khairul di belakang.
"Apahal pulak....," Aku meneguk air liur melihat kelima-lima lelaki itu mengambil tempat di mejaku.
"Hi wak. Saya duduk sini eh?" Hakim menayang senyuman ingin mengusikku. Aku hanya mendiamkan diri. Aku tahu kalau aku tak benarkan pun dia akan duduk di situ.
"Kenapa kau orang duduk sini?" Tanyaku apabila kelima-lima jejaka tersebut sudah melabuhkan punggungnya.
"Asal? Tak boleh ke?" Kasar Daniel membalas.
"Aaa...." Aku menggigit bibir bawahku. Entahlah bila dekat luar sekolah ni rasa awkward nak marah diaorang ni. Tapi memang tak boleh pun. Menyibuk je.
"Cuba jawab tu elok-elok!" Bentak Khairul geram. Budak ni kalau aku lempang kang.
"Tah lah dia orang ni Saf. Bodoh ikut orang," Jawab Khairul lalu mencapai sepotong kek Red Velvet Cheese yang terletak elok di atas piring kaca berwarna putih.
"Eh kau yang ajak," Keempat-empat jejaka itu menafikan kata-kata Khairul serentak. Aku masih diam berpeluk tubuh.
"Hmm.. Dah lah. Nak order apa-apa tak?" tanyaku.
"Belikan aku, Dani dengan Adam air. Apa-apa je. Hakim tak payah sebb dia puasa," arah Haikal. Matanya sibuk menatap telefon pintarnya yang dipegang.
"Eh kau. Kau pergi beli sendiri sebelum aku sepak bontot kau," Balas Khairul .
"Dah dia yang tanya. Apa masalah kau?" Soal Haikal. Eh panas hati pula aku dengan budak ni.
"Dia tanya je, bukan-"
"Dah dah. Tak payah nak bergaduh. Sakit telinga aku dengar. Aku beli je air apa-apa. Jangan nak marah aku eh nanti. Kau yang suruh beli apa-apa," Aku mencelah menghalang pertelingkahan projek ribu-ribu ini berlaku.
"Siapa kata kita orang bergaduh?" Haikal menjawab sengaja cari gaduh.
Aku menyinsing lengan bajuku ingin bergaduh dengan Haikal. Dia ingat aku takut dengan lelaki? Aku ni dari kecil sampai besar hidup dengan lelaki tau tak ada adik beradik perempuan. Setakat bergusti aku ni pro boleh bengkak leher kau.
YOU ARE READING
Bad Boy You're Mine (rewrite)
Roman d'amour[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirkan pindah ke Elezibeth Rose International High school selepas ayahnya mendapat gelaran Dato'. Kehidupan Safiya berubah selepas pindah ke s...