Pen yang berada di tangan diputar-putarkan di celah-celah hujung jari sementara otaknya berusaha mencari penyelesaian masalah matematik yang berada di depan matanya itu. Kepalanya dilentokkan di bahu Haikal apabila hatinya terasa ingin berputus asa.
Haikal mengerutkan kening memandang Airiel yang tiba-tiba melentokkan kepala di bahunya. Bahunya terus digoyang-goyang menyuruh Airiel bangun. Mentang-mentang tak ada cikgu, nak tidur pula budak ni.
"Oi bangun," Ujar Haikal sambal menggoyang-goyangkan bahunya. Airiel mengendahkan panggilan Haikal lalu kedua-dua belah tangannya disilangkan di dada.
"Kau nak tidur pun pergi bilik lainlah. Kau tidur dekat bahu aku ni, aku yang malu. Orang cakap aku gay nanti malu 7 keturunan adudu aku nanti," Ujar Haikal. Matanya mengerling ke kiri dan kanan.
"Temanlah jom," Ajak Airiel. Matanya masih tertutup.
"Malas. Jauh,"
"Kau tak ikut, aku sepak muka kau,"
"Kaki kau wangi, tak apa,"
"Gay,"
Haikal tersenyum sendiri. Tatkala dia mengangkat kepala memandang ke papan putih di hadapan kelas, seorang guru masuk ke dalam kelasnya membuatkan mata Haikal membulat. Semua pelajar kelas 5 Diamond terus berdiri menyambut kehadiran guru tersebut.
"Bangun Riel," Haikal meneguk air liurnya memandang wajah cikgu yang berdiri di hadapan kelasnya itu.
"Tak nak,"
"Cikgu masuk weh,"
"Kau pernah nampak cikgu marah aku sebab tidur dalam kelas ke, Kal?" Soal Airiel masih lagi berdegil.
"Tapi-,"
"Tengku Airiel Hanafi," Satu suara yang amat dikenali memanggil nama Airiel. Suara yang membuat telinganya panas setiap kali bercakap dengannya.
Mata Airiel perlahan-lahan dibuka lalu dia memandang cikgu yang sedang tersenyum licik ke arahnya. Kepalanya perlahan-lahan diangkat dari bahu Haikal. Mata Airiel merenung tajam wajah cikgu tersebut.
"Kenapa si sial ni masuk kelas aku pula ni? Semaklah," Monolog Airiel perlahan. Dia terus bangun dari tempat duduknya lalu melangkah ingin keluar dari kelas tersebut.
Pelajar kelas lain hanya memandang biasa perlakuan Airiel dalam kelas tersebut kerana memang sudah biasa melihat Airiel keluar tanpa alasan kukuh. Cuma, selalu dia minta izin cikgu, kalini nampak biadap pula nak keluar tak minta izin. Haikal dengan pantas mengejar lalu merentap tangan Airiel menghalang Airiel dari keluar dari kelas tersebut.
YOU ARE READING
Bad Boy You're Mine (rewrite)
Romance[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirkan pindah ke Elezibeth Rose International High school selepas ayahnya mendapat gelaran Dato'. Kehidupan Safiya berubah selepas pindah ke s...