B B Y M 3 9

8.5K 408 177
                                    


Dua bulan kemudian

Malam ini hari jadi Kak Ira a.k.a isteri Abang Wan. Aku terus turun ke ruang tamu untuk menyambut. Langkahku terhenti melihat mereka yang sudah duduk situ menungguku. Tetapi masih tidak cukup.

"Ummi," panggilku.

"Ya?" sahut Datin Zahra.

"Ma.. Mana Zarif?" tanyaku.

"Ada dekat bilik dia. Pergilah panggil," ujar Datin Zahra.

Aku terus berlari ke tangga menuju ke bilik Zarif. Apabila sampai di hadapn bilik Zarif, aku terus mengetuk pintu biliknya beberapa kali.

Tok! Tok! Tok!

"Zarifff. Jomlah turun makan. Ada pizza, ada burger Mcd, ada ayam Mcd, ada kek, ada corndog. Ha macam-macam ada. Jomlah turun. Kan hari ni birthday Kak Ira," ajakku.

"Tak apalah. Aku nak belajar," ujar Zarif dari dalam bilik.

"Boleh aku masuk?" tanyaku.

"Masuklah. Pintu tak kunci," ujar Zarif.

Perlahan-lahan tanganku memulas tombol pintu bilik Zarif. Apabila aku masuk, kelihatan Zarif sedang belajar di meja belajarnya. Aku terus datang kepadanya lalu memeluknya dari belakang.

"Zarif, jomlah turun," pujukku.

"Kau makanlah. Aku tak nak," balas Zarif.

"Aku bawa makanan tu pergi sini nak tak?" tanyaku.

Zarif terus pusing ke belakang merenung wajahku. Aku tersenyum. Dia menolak tanganku.

"Saf, aku okay. Kau pergi makan je eh? Nanti kalau aku lapar aku makan," ujar Zarif. Senyuman di bibirku perlahan-lahan mati.

Zarif yang dulu tidak lagi ada di sini. Aku rindu dirinya yang lama. Yang ceria, suka menyakat, suka buat bising. Bukan yang ini. Sudah dua bulan Zarif bersikap begini sejak arwah Farah meninggalkan kami semua.

Sejak arwah Farah tiada, Zarif banyak termenung dan menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik. Keluar bilik makan pun jarang. Sekarang pula mukanya nampak sedikit cengkung.

Sudahlah esok hari jadi kami, takkan dia masih mahu jadi begini. Tahun ini tidaklah seperti yang aku sangkakan. Tahun ini adalah tahun paling sedih. Aku fikir tahun ini akan jadi seronok sebab tahun akhir bersekolah.

'Entah entah Zarif tak ingat pun hari esok hari jadinya. Patut ke aku ingatkan dia? ' desis hatiku.

"Tak apalah Zarif. Kau belajarlah. Sorry aku ganggu," ujarku. Zarif tersenyum.

"Tak apa. Pergilah turun," balas Zarif. Aku membalas senyumannya lalu melangkah keluar dari biliknya.

"Aku tak nak Zarif yang ni," ucapku sambil air mata mengalir dipipi. Langkahku perlahan saja menujuk ke ruang tamu.

Air mata di pipi diseka apabila aku tiba di ruang tamu. Kelihatan mereka sudah mula menjamah makanan. Kak Ira tiada disitu. Mungkin dia naik sebab Syameena terbangun.

Datin Zahra memandang air mukaku yang tampak sedih ini. Aku hanya mengendahkan lalu mengambil tempat disebelah abang Zaf.

"Kau kenapa ni, dik? Monyok je muka," tanya Abang Zaf.

Aku terus merenung Abang Zaf. Air mataku mengalir di pipi. Abang Zaf dan Abang Wan terkejut melihatku tiba-tiba saja menangis. Aku terus menutup mukaku lalu menangis teresak-esak seperti kanak-kanak.

"Eh eh kau kenapa ni, dik?" tanya Abang Wan risau.

"Saf tak suka la Zarif macam ni! Ni semua salah Saf! Saf lah penyebab kenapa Farah mati! Saf yang salah! Semua salah Saf!" jeritku memarahi diri sendiri. Air mata di pipi semakin deras mengalir.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now