"Cepatlah sikit Ainul Mardiah bt Dato' Hisyam oiii. Banyak lagi kerja ni. Kau tahu tak kerja ni kena hantar esok. Si Farisya tu dah lah tak boleh datang" bebel Iman sambil menaip menggunakan laptop miliknya.
"Bisinglah kau ni. Membebel je kerja. Tak nampak aku tengah lukis ni. Bukannya senang!" Balas Ainul geram. Mulut dia ni kalau boleh 1 saat pon tak nak diam.
"Ainul!! Ainull!!" Panggil Datin Sheedah a.k.a ibu kepada Ainul.
"Ya! Apa dia?!" Sahut Ainul kuat.
Pintu bilik Ainul dibuka lalu ditolak kuat. Ainul dan Iman terus memandang ke arah Datin Sheedah yang sedang kelam kabut memanggil Ainul itu.
"Eh mummy kenapa ni? Dengan tak ketuk pintunya masuk bilik orang" tanya Ainul pelik.
"Farisya kan ini?" Tanya Datin Sheedah sambil menayangkan sebuah gambar 2 insan yang sedang mengangkat akad nikah.
"Mummy ni. Iman yang tengok dari jauh ni pun dah tahu itu bukan Farisya. Takkanlah Farisya nak kahwin." Ujar Iman pula. Apa mummy Sheedah ni, demam ke apa?
"Tapi ini Ibu dia yang hantar dalam group." ujar Datin Sheedah.
"Ibu Farisya? Cik Zarina?" tanya Iman.
"iyalah. Tak kan cik Fadhli pula Iman ni" balas Datin Sheedah. Kok bebal teman anakku ini.
"tapi kalau Farisya kahwin pun. Dia kahwin dengan siapa? Dia mana ada pak we" ujar Iman.
"and kenapa dia tak jemput kita?" celah Ainul pula.
Iman dan Ainul terdiam. "something is fishy" tutur Iman .
*******
"Muhammad Hakim Ruzaimi bin Hanif"
"saya"
"aku nikahkan dikau dengan Farisya Husna binti Fadhli dengan mas kahwinnya RM 800 ringgit,tunai"
"Aku terima nikahnya Farisya Husna bt Fadhli dengan mas kahwinnya RM 800 ringgit tunai" ucap Hakim seikhlas hati. Air mata Farisya jatuh.
"sah"
"alhamdulillah"
'Akhirnya aku sudah bergelar isteri orang' desis hati Farisya.
Tangan ditadah saat doa mula dibaca. Debaran di dada semakin kencang. Sesudah doa habis dibaca, Farisya terus bersalaman dengan saudara maranya.
Sekarang mulalah acara pembatalan whuduk. Hakim mula datang ke arah Farisya. Dia tersenyum. Farisya memandang Hakim dengan pandangan menyampah.
"meh sini tangan" ujar Hakim. Farisya terus menghulurkan tangannya. Hakim terus menyarungkan cincin ke jari manis Farisya.
"ha Isya, cium tangan Hakim." arah puan Zarina. Begitu teruja dia ingin melihat anaknya dan Hakim saling bersentuhan.
"ish nak kena buat ke? Kami kan bawah umur lagi" tanya Farisya berbaur rungutan.
"apa kena mengena?" tanya Puan Zarina.
"ish yelah yelah" ujar Farisya lalu mengucup tangan kanan Hakim sekilas.
"aik sekejapnye! Lamalah sikit kau ni" balas Hakim.
"ha buat apa nak lama-lama? Nak bagi lipstik ni melekat dekat tangan kau ke? Ke nak bagi air liur aku meresap dekat kulit kau?" balas Farisya. Dia cukup rimas dengan pakaiannya sekarang. Sudahlah panas, baju pula ketat tambahan pula agak tebal.
"apa pula Isya ni? Betullah cakap Hakim tu. Lamalah sikit. Orang nak ambil gambar pun tak sempat." celah Puan Zarina pula.
Farisya mengeluh lalu perlahan-lahan mengucup tangan Hakim. Dia mengucup tangan Hakim lama sementara tangan Hakim mula naik ke atas kepala Farisya. Tetamu mula membuka kamera lalu mengambil gambar mereka.
YOU ARE READING
Bad Boy You're Mine (rewrite)
Romance[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirkan pindah ke Elezibeth Rose International High school selepas ayahnya mendapat gelaran Dato'. Kehidupan Safiya berubah selepas pindah ke s...