ISTIHANA melompat bangun. Dia mimpi menendang seseorang yang sedang tidur di atas katil dengannya. Suara menyeringai sakit itu masih terngiang-ngiang di telinga. Mimpi apa macam tu?
Istihana capai tualanya lalu diletakkan di atas kepalanya. Sekarang dia cukup berhati-hati kerana Ilhan kadang-kadang muncul di rumah mereka tanpa diduga. Sedar-sedar, lelaki itu sudah ada di rumah.
Suara Deeja yang sedang bergelak mengejutkan Istihana. Takkanlah subuh-subuh macam ni Deeja sudah bangun? Selalunya jika tak pukul 8.00 pagi, Deeja takkan bangun.
Kan Istihana dah cakap tadi. Datangnya Ilhan tanpa diduga. Lelaki itu sedang bermain-main dengan anaknya.
"Tengok mummy baru bangun tidur. Hairan daddy, pagi-pagi lagi mummy dah terjerit-jerit," tegur Ilhan.
Telinga Ilhan tidak disumbat dengan kapas, jadinya ketika dia keluar dari bilik tadi, dia terdengar Istihana menjerit-jerit. Deeja gelak sambil memandang Istihana.
"Suka hati akulah nak menjerit atau terlolong pun. Rumah aku dan bilik aku," kata Istihana.
Dia pantas masuk ke dalam bilik air. Selepas selesai membersihkan diri, dia keluar semula. Ilhan masih di situ.
"Isti, abang tak makan lagi. Boleh Isti tolong masak untuk abang?" tanya Ilhan.
Perutnya kosong sejak malam tadi.
"Masaklah sendiri. Dah tahu isteri nak meninggal, kenapa tak belajar masak sendiri?" Istihana terus sembur Ilhan.
Dia akan buat Ilhan fikir sekali lagi bahawa dia tak sesuai untuk jadi pasangan lelaki itu.
"Boleh aje abang nak masak, tapi Isti kena jaga Deeja," kata Ilhan.
Jaga Deeja? Tak mahulah. Lebih baik dia masak. Tak ingin dia nak memegang Deeja. Lebih baik pegang kuali dan kotorkan tangan.
Tak banyak cakap, Istihana terus menuju mendapatkan periuk nasi. Lebihan nasi diramas untuk dibuat nasi goreng. Tanpa mempedulikan Ilhan yang sedang memandang, Istihana terus menggoreng nasi.
Ilhan senyum. Istihana memang baik orangnya. Marah-marah pun masih lagi mampu memasak nasi goreng untuknya.
"Nah!" Istihana meletakkan nasi goreng yang panas di depan Ilhan dengan kasar.
"Abang nak kopi juga. Nak segarkan mata ni," kata Ilhan sambil tersenyum.
Apalah salahnya dia bermanja-manja dengan Istihana. Lagipun, tiada siapa yang boleh menghalang. Bukannya dia buat perkara tak senonoh.
Istihana mendengus. Kopilah, nasilah. Ini sudah lebih. Buat dia macam orang gaji. Kopi yang dibancuh diletakkan di depan Ilhan.
"Terima kasih Isti," ucap Ilhan.
Istihana terus berjalan keluar dari dapur. Tak pasal-pasal tualanya berbau aroma nasi goreng. Lagipun dia memasak nasi goreng bukannya semata-mata untuk Ilhan. Itu untuk ibu dan ayahnya juga.
ISTIHANA cuba menghidupkan enjin motosikalnya. Tak juga berjaya. Dia pandang jam di pergelangan tangannya. Semakin lewat.
"Kenapa Isti?" tanya Encik Ishak.
"Tak tahulah ayah. Tak pernah buat hal, hari ini tiba-tiba pula tak mahu hidup." Istihana merungut.
Selama beberapa tahun membeli motosikal ini, sekalipun ia tak pernah meragam.
Encik Ishak menghampiri motosikal anaknya. Dia turut mencuba. Tiba-tiba matanya tertancap di meter motosikal. Jarum minyak terletak di huruf E. Encik Ishak menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
JANGAN TAK BALAS CINTAKU
عاطفيةWHATSAPP 013 2588069 WWW.DEARNOVELS.MY Tajuk: JANGAN TAK BALAS CINTAKU Penulis: Zaza Qry ISBN: 978-967-2116-16-5 Harga: RM25.00 / RM28.00 Istihana betul-betul rimas dengan bekas abang iparnya. Kubur isteri masih merah dia sudah bersetuju berkahwin...