#04

294 25 6
                                    

Hazel mencari satu rumah tapi tak jumpa juga. Seingat dia lepas dia pakai, dia letak tempat asal balik. Tapi kenapa tak ada. Pelik betul. Sayanglah kalau hilang. Sepit rambut tu Suho yang beli di Jerman sebagai hadiah hari lahirnya dan dalam banyak banyak hadiah, hadiah tu yang paling dia sayang.

"Ibu...ibu nampak tak sepit rambut Hazel" tanya Hazel tapi lebih kepada merengek.

"Mana ibu tahu. Hari tu kan Hazel pakai pergi party rumah atuk. Lepas tu Hazel taruh mana?"

"Hazel letak tempat dia balik tapi tak ada"

"Kenapa ni?" soal Suho pula.

"Sepit rambut yang awak beli di Jerman tu hilang"

"Baby! Kenapa bagi hilang" Suho menambah.

"Daddy!" marah Hazel.

"Awak ni. Bukannya menolong tapi menambah lagi"

Suho ketawa.

"Daddy...macam mana ni" Hazel merengek.

"Nak buat macam mana dah hilang. Nanti daddy beli lagi"

"Tak nak. Hazel nak yang tu juga"

"Hish! Hazel ni. Manja betul" sampuk Mark pula.

"Biarlah. Sibuk aje"

Hazel menjeling.

"Ha! Entah entah oppa yang ambil" tuduh Hazel.

Mark bersabar. Dia tak nak bergaduh dengan adik kesayangan dia depan ibu dengan daddy dia.

"Mana ada oppa ambik. Oppa nak buat apa dengan sepit rambut tu"

Mark mempertahankan dirinya.

"Mana tahu oppa bagi dekat Doyeon unnie" kata Hazel selamba.

"Doyeon unnie?" soal Chorong.

"Siapa tu Mark?" tanya Suho pula.

"Classmate Mark"

Hazel menahan tawanya melihat muka takut Mark. Kejam kau Hazel.

"Betul ni?" soal Chorong lagi.

"Ya ibu. Mark mana pernah tipu ibu. Kalau Hazel pernahlah"

"Oppa! Jahat tau" Hazel merajuk.

"Eleh! Itupun nak merajuk"

Hazel terus masuk bilik dia. Duduk lama lama disitu boleh tambah lagi sakit hati dia.

"Mark. Kenapa buat adik macam tu" tegur Suho.

"What? Mark buat apa"

Chorong menggeleng kepalanya.

"Dahlah. Jom makan. Mark pergi pujuk Hazel balik"

"Iyalah" Mark mengalah.

Mengada betullah si Hazel ni. Nasib aku sayang kau.

...

Chanhee tidak melawan bila dipukul dengan Minki and the gang. Dia sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini. Iyalah. Chanhee seorang lelaki nerd. Setiap hari dia pakai kaca mata besar. Tiada seorang pun yang mahu kawan dengan dia termasuk sepupu dia sendiri.

Lea dengan Hazel pernah tegur untuk kawan dengan Chanhee tapi Chanhee menolak. Lagipun perbezaan umur mereka membuat Chanhee berasa susah. Mereka tidak satu kelas. Tapi ada masih ada seorang pelajar yang mahu berteman dengannya.

"Weh! Bangang. Kitorang minta buku nota kau. Kau pekak ke!" jerit salah seorang kawan Minki.

Chanhee pula tidak mengelak bila dicampak dengan tin minuman kosong.

Big Family Season 2 (MALAY)Where stories live. Discover now