#03

266 31 2
                                    

"Betul ni Lea kau tak nak aku hantar" soal Daamin lagi.

Masuk ni dah empat kali Daamin tanya soalan yang sama.

"Iya sayangku Daamin. Aku tak nak balik dengan kau. Petang nanti kita jumpa ok"

"Degil betul kau kan. Anyway, hati hati. Jumpa perogol bersiri, cepat cepat lari" usik Daamin lagi.

"Kuang ajo punya sepupu" Lea menampar belakang Daamin.

"Sakitlah setan"

Daamin paling lemah bila tangan Lea mendarat disalah satu anggota badannya. Sakit sangat plus pedih. Jangan dibuat main dengan Lea. Berbisa betul tangannya.

"Bye aku balik dulu"

Lea pergi dengan selamba. Daamin menggeleng kepalanya. Baru kaki melangkah keluar dari pintu pagar, badannya sudah cium tanah.

Dengan cepat Lea bangun. Takut Daamin nampak. Mahu gelak teruk mamat tu bila nampak dia jatuh. Siapalah yang sanggup langgar dia. Tangan pun ada kesan calar warna merah. Pedih siot.

"Kau okey?"

Makhluk mana tanya tu. Tak nampak ke aku tengah sakit. Boleh pulak dia tanya.

"Tak okey"

Terus hilang mood Lea bila tengok lelaki yang langgar dia ni. Dia terus pergi dari situ.

Tak payah nak buat baik dengan akulah Min Yijun. Kau dengan adik kau tak ada beza pun. Dua dua orang suka sakitkan hati aku.

Lea membeli aiskrim sebelum pulang ke rumah. Sekurang kurangnya dia gembira boleh makan aiskrim. Sebuah kereta yang dia tidak kenali terparking depan rumah. Siapa pula yang datang ni. Mungkin kereta baru atuk kot. Atuk kan suka tukar tukar kereta.

"Atuk! Nenek! Cucu perempuan paling cantik dah balik"

Dengan hati gembira dia melangkah ke ruang tamu utama. Selalunya bila dia balik, Gary dengan Jihyo selalu lepak situ.

"Lea dah balik. Mari duduk sini" kata Jihyo.

Senyuman Lea terus hilang bila tengok tiga orang tetamu yang berkunjung ke rumah Gary dan Jihyo.

"Anak mummy dah balik" kata seorang tetamu itu.

"Daddy dengan mummy kamu dah balik Lea" kata Gary pula.

Ya Sehun dengan Hayoung bersama kembarnya Shuhua sudah balik.

Lea memeluk Jihyo dan Gary seperti biasa. Setiap hari dia akan buat benda yang sama semasa pergi dan pulang sekolah.

"Mummy rindu kamu sayang"

Hayoung mendepakan tangannya untuk memeluk Lea. Tapi selepas Lea memeluk Gary, Lea terus pergi. Langkahnya terhenti.

"Don't ever said you miss me if you don't really mean it"

Bersama itu jatuh air mata Hayoung. Salah dia sebab tinggal Lea disini selama bertahun tahun.

Lea naik ke biliknya. Sejujurnya dia kecewa. Kenapa baru sekarang mummy dengan daddynya muncul. Kan lebih baik kalau tak datang terus. Kalau betul mereka sayangkan dia, mereka akan selalu telefon tanya khabar.

"Macam ni ke atuk dengan nenek ajar kau. So rude"

Shuhua masuk ke dalam biliknya.

"Sepatutnya kami tak payah datang sini tadi. Balik terus aje" sambung Shuhua lagi.

Lea diam. Dia tak nak bergaduh dengan kembar dia pada waktu sekarang.

"Then just go. Don't visit me. I'm fine without my family. For 12 years, I live with atuk and nenek. I'm really fine with it"

Big Family Season 2 (MALAY)Where stories live. Discover now