#07

241 23 0
                                    

Hazel pergi ke kolam renang sekolah seperti yang diberitahu Taeoh. Taeoh cakap kalau ada masa lapang, datanglah tengok dia berlatih berenang. Dan disinilah. Kolam renang sekolah. Dia sanggup korbankan masa dia yang sepatutnya dia habiskan di library.

Ramai juga pelajar disini. Sukan tahunan akan berlangsung tak lama lagi. Jadi yang ambil bahagian, semuanya sibuk berlatih.

"Hazel. Sini"

Taeoh melambai tangannya.

Wow! Serius terkejut tengok tubuh Taeoh. Dekat perut ada kotak kotak atau nama lain six pack. Patutlah Taeoh sarung baju t-shirt biasa pun dah nampak elok. Rupanya itu rahsia dia.

"Oppa ingat Hazel tak datang. Yelah budak library lah katakan" sindir Taeoh.

"Hesy! Mana ada. Mestilah Hazel datang. Oppa kan sepupu Hazel"

Taeoh senyum lalu terjun ke dalam kolam. Hazel menjauh. Dia takut air sebenarnya dan tiada siapa yang tahu fobia dia yang satu itu.

"Hey bro! Berenang tak ajak aku"

Hazel menoleh ke arah sumber suara itu. Tidak sampai satu saat dia menoleh ke depan semula. Kenapa Jihoon selalu melekat dengan Taeoh. Tak sukalah macam ni.

"Aku ingat kau tak ada mood hari ni. Sebab tulah aku malas ajak kau" jawab Taeoh.

"Alasan" balas Jihoon.

Taeoh ketawa.

Boleh tahan seronok jugaklah tengok dorang semua berenang. Tapi to be honest dia lebih suka duduk di library lagi. Sebab disitu lebih diam dan tenang.

"Hazel boleh tolong ambil tuala yang warna putih tu dekat oppa" pinta Taeoh.

Taeoh sudah berenang ke tepi kolam.

Hazel menurut. Dia mengambil tuala yang dimaksudkan Taeoh. Dia pergi ke tepi kolam untuk menghulur tuala itu.

"Oppa perlu ke tandas secepat mungkin. Hazel tunggu sini"

Hazel mengangguk. Nampak sangat dah tak tahan. Dia menggeleng kepala melihat Taeoh yang sudah jauh berlari.

Belum sempat dia berundur ke belakang, dia rasa ada orang yang tolak dia jatuh ke dalam kolam. Dia sukar bernafas bila tenggelam di dalam air. Tidak lama selepas itu dia dah tak nampak apa apa. Mata dia terus tertutup sebaik saja dia dengar seseorang panggil nama dia.

"Lea. Berhentilah kejap. Aku nak bagitahu something ni" panggil Yijun tanpa putus asa.

"Ey kalau kau nak cakap benda yang buat aku sakit hati, biar tak payahlah"

Lea sambung berjalan. Yijun merengus. Susah betul perempuan macam Lea ni. Keras kepala. Ego tinggi.

"Kang Lea!"

Bersama dengan itu badan Lea ditolak ke dinding. Terkejut juga Lea. Berani Min Yijun buat dia macam ni.

"Kau nak apa. Lepaslah"

Lea meronta ronta minta lengannya dilepaskan oleh Yijun tapi lelaki itu berfikir sebaliknya. Yijun menguatkan lagi cengkamannya.

"Dengar dulu apa yang aku nak cakap. Then lepas tu you are free"

"Fine. 1 minute" bidas Lea. Dia tak nak kalah.

Dengan perlahan Yijun melepaskan lengan Lea. Dia membuat jarak antara mereka supaya lebih selesa apabila bercakap nanti.

"Aku tak tahu apa dah jadi dengan aku tapi aku dah jatuh cinta dengan kau" luah Yijun.

Lea terpaku sekejap. Jantungnya berdegup laju. Betul kan apa yang dia dengar. Tak salah kan.

Big Family Season 2 (MALAY)Where stories live. Discover now