#06

253 26 0
                                    

Crystal pulang kerumah sendiri. Chanhee ada menawarkan dia untuk teman dia balik rumah tapi Crystal tolak. Dia tak biasa orang lain hantar dia pulang kerumah. Lagipun dia perlu pergi ke tempat lain dan kalau boleh dia tak orang lain tahu pasal tempat tu.

Dan disinilah dia, di kawasan perkuburan yang tak jauh dari rumahnya. Bunga mawar ditabur bersama air mata yang deras mengalir di pipinya. Setiap kali dia datang sini, mesti hatinya tak kuat.

"Appa. Crys datang lagi hari ni"

Dia berusaha tersenyum.

"Sebenarnya Crys kesiankan ibu sebab terpaksa bekerja untuk sara hidup kami berdua. Crys ada bagitahu yang Crys nak tolong tapi ibu tak kasi. Kenapa appa perlu secepat ni tinggalkan Crys dengan ibu"

Itulah soalan yang sering Crystal keluarkan setiap kali dia datang melawat kubur appanya walaupun dia dah tahu jawapannya iaitu ini semua adalah takdir.

Crystal mengusap air matanya.

"Oklah appa. Crys balik dulu. Lain kali Crys datang lagi"

Dengan perasaan sedih Crystal pulang ke rumahnya. Harap harap ibu dia tak perasan yang dia menangis.

"Wo wo wo! Geng. Tengok. Ada awek lalulah" kata seorang lelaki.
Crystal mengeluh. Tiga orang lelaki ni selalu lepak hujung sana tapi mimpi apatah hari ni lepak sini pula. Takut juga dia. Macam mana kalau mereka tangkap dia lepas tu jual dia. Waaa! Tak nak.

"Haahlah. Habuan kita ni. Tuhan memang betul betul sayangkan kitalah"

Mereka ketawa. Ketawa yang membuat kedua lutut Crystal lemah. Rasa macam orang lumpuh tak boleh jalan. Tiga orang lelaki ni semakin mendekat. Dia pula melangkah ke belakang.

"Janganlah takut sayang" kata salah seorang dari mereka.

Dan Crystal rasa macam nak muntah.

"Sekarang ni kau kitorang punya" kata seorang lelaki lagi.

"Siapa cakap. Dia aku punya"

Lelaki lain menyampuk.

Crystal pelik plus terkejut. Lelaki ni pakai uniform sama dengan dia. Bila tengok dari tepi wajah lelaki ni macam kenal. Kenal sangat. Crystal cuba mengingat dan dia rasa macam nak pengsan. Mata dia tak salah tengok kan? Otak dia tak salah tafsir kan?

Kang Chanhee. No more big glass. Even baju nampak serabut. Kesimpulannya, he look like a bad boy.

"Kalau betul perempuan ni kau punya, jom fight"

Dua orang lelaki tadi bersedia untuk berlawan apabila ketua mereka bercakap seperti itu.

"Fine. Let's fight! Aku tak kisah kalau korang ada sepuluh orang sekalipun"

Crystal berdiri agak jauh dari mereka semua. Dia cuma mampu tengok. Ya dia tak salah lagi. Lelaki itu memang Chanhee. Budak nerd yang selalu dia tolong daripada terus dibuli oleh Minki and the gang. Sumpah Crystal rasa dia macam orang bodoh sekarang ni.

"Awak okey?" itulah pertanyaan yang selalu dia tanya. Sekarang sudah berganti orang.

Crystal melihat tiga orang lelaki tadi sudah terbaring diatas tanah. Rasa marah dan kecewa dia lagi bertambah bila Chanhee bertanya seperti ini.

"Of course lah saya okey. 'Hero' datang selamat kot" ada nada sindiran disitu.

Crystal melangkah pergi tapi terhenti bila satu tangan mencengkam lengannya. Dia tidak memusing badannya.

"Fine saya minta maaf sebab dah tipu awak selama ni tapi sumpah itu bukan niat saya"

Crystal tersenyum sinis. Dia memusing badannya berdepan dengan Chanhee.

Big Family Season 2 (MALAY)Where stories live. Discover now