#01

448 30 3
                                    

Rumah besar Gary dan Jihyo semakin sunyi kerana semua cucunya sudah besar belaka. Anak anaknya pula semua tinggal berjauhan. Ada yang sampai luar negara. Tapi dia bersyukur kerana dalam banyak banyak cucu yang dia ada, Lea iaitu anak Sehun dan Hayoung lah yang temankan dia dengan Gary dalam rumah besar ini.

Lea mempunyai kembar iaitu Shuhua. Mereka kembar tak seiras. Shuhua tinggal bersama Sehun dan Hayoung di Dubai manakala Lea tinggal bersama Gary dan Jihyo sejak umur 5 tahun. Entah bila mereka nak balik sini.

Hari ini keluarga Baekhyun akan pulang ke tanah air. Mereka menetap di India selama 5 tahun kerana Hera menyambung pelajarannya dalam bidang kedoktoran disana. Dan sekarang dia sudah tamat belajar. Hera akan bekerja di hospital sini tak lama lagi. Dia gembira sangat akhirnya mereka semua pulang.

Sempena menyambut kepulangan mereka, Jihyo mengadakan party kecil kecilan untuk keluarga besarnya. Hanya kawan kawan terdekat yang Jihyo panggil.

"Hazel. Mana ibu kamu?" soal Jihyo kepada cucu si mata hazel itu.

"Rasanya dia keluar tadi. Tak tahu pula pergi mana. Kenapa nek?"

"Tak adalah. Nek nak minta tolong dia buat cup cake"

"Takpe nek. Lea boleh buat" Lea menyampuk.

"Kalau macam tu aku tolong kau" sambung Hazel lagi.

"Okey cun. Jom pergi dapur"

Jihyo menggeleng kepalanya. Lea ni jenis happy go lucky. Kadang tu dengan nenek dia sendiri pun dia buat macam kawan. Yang selalu jadi mangsa Gary. Ada ke patut dia ajak atuk dia main game. Tak patut betullah.

"Nenekku sayang!"

"Oh mak kau!" Jihyo memandang geram cucu lelakinya ini.

"Hish! Kamu ni Daamin. Suka buat nenek macam ni. Kalau nenek mati macam mana"

"Alo nenekku. Janganlah cakap macam tu. Sedih tau hamba dengar"

Daamin memeluk Jihyo sambil menangis tak keluar air mata.

Hmm sabar jelah dengan anak Mingyu Tzuyu ni. Biasalah kalau dah satu kepala dengan Lea. Tiada beza perangai dua orang cucu dia ini. Lea dan Daamin memang rapat. Asyik berkepit aje dua orang ni.

"Daamin nak apa sebenarnya ni?" soal Jihyo.

Mengada ngada betullah budak Daamin ni.

"Daamin nak tanya mana Lea"

Ha tengok. Kalau sehari tak jumpa Lea, tak boleh hidup agaknya.

"Ada kat dapur sana. Pergilah tengok"

"Thank you nenekku sayang"

Kalau ada sepuluh cucu macam Daamin, mahu sakit kepala dia hari hari.

"Ha dah sampai pun mamat ni. Aku ingat kau tak nak datang dah"

"Asal? Rindu?"

"Rindu kepala hotak kau! Tak kuasa aku nak rindu sepupu poyo macam kau. Betul tak Hazel"

Hazel ketawa. Dah faham dengan perangai dua sepupu dia ni.

"Hmm betullah tu" jawab Hazel.

"Kau cakap aku poyo?! Sampai hati kau Lea. Aku sumpah cup cake kau tak sedap nanti baru tahu"

"Huu takutnya. Heh! Blah la dengan kau punya sumpah tu. Kalau menjadi takpe jugak" bidas Hazel.

"Lea dengan Hazel unnie buat apa tu?"

Seorang budak perempuan menyampuk.

"Buat bodoh" jawab Daamin dengan selamba badaknya.

"Hish! Aera bukan tanya Daamin oppa. Sibuk aje"

Big Family Season 2 (MALAY)Where stories live. Discover now