#MYLOVEMRGANGSTACHAP15
#BUAHHATIJP
CHAP 15 (Masuk Jerat)Alexa duduk sopan dan kepalanya tunduk memandang lantai. Takut dia mahu membalas renungan ibu mertuanya. Gavin, Gary dan Ray sudah pergi tinggalkan dia di sana.
“Janganlah tengok dia macam tu..” Kata aunt Bia. Dia tahu benar sikap ibu Gavin itu.
“Macam mana kau boleh paksa Gavin kawin sama kau?” Tanya Mrs Garret.
“Saya tidak paksa dia aunt...” Kata Alexa gugup.
“Jadi macam mana boleh kawin?”
“Sa..sa...”
“Ish sudahlah. Jangan paksa dia lagi...” Kata aunt Bia. Kemudian dia berdiri dan menarik lengan Alexa.
Mrs Garret memandang tajam kearah Alexa yang berlalu meninggalkan mereka. Dia seperti perna melihat wajah Alexa sebelum ini tetapi dia tidak ingat di mana dan bila.
Aunt Bia kemudiannya membawa Alexa ke bilik tetamu. Wanita tua itu mempunyai raut wajah yang garang tetapi tidak tingkah lakunya.
“Ini bilik kau.. ok?” Alexa angguk perlahan.
“Kau rehatlah dulu di sini. Janganlah kau layan mama mertua kau tu. Dia tu memang macam tu..” Kata aunt Bia.
“Dia tidak suka saya?”
“Mungkin sebab dia baru kenal kau. Lagi pun kamu kawin mengejut, dia terkejutlah tu...” Kata aunt Bia lagi.
“Aunt...sebenarnya...” Alexa cuba membuka mulut untuk ceritakan hal sebenar.
“Jangan cakap apa-apa. Apa pun yang ada di otak kau tu, jangan cakap dengan sesiapa. Biarlah kisah kau dan Gavin hanya kau saja yang tahu.. Ok?” Aunt Bia menepuk bahu wanita itu. Alexa tunduk. Entah apa lagi nasib dia selepas ini.
*****
Gavin mengusap kepalanya dua tiga kali. Dia sebenarnya keberatan untuk tinggalkan Alexa di banglo aunt Bia. Dia tidak dapat bayangkan apa yang akan dilakukan oleh ibunya nanti. Bukan dia tidak tahu sifat ibunya.
“Bro? Kenapa ni?” Gary menepuk bahu Gavin.
“Nothing. Just worry bout her...” Gavin merenggus malas.
Ray dan Gary memandang Gavin.
“Kau betulkah serius sama dia?” Gary mengerutkan dahinya.
“Kenapa?” Gavin menaikkan keningnya.
“Sebab kau tidak perna macam ni...” Gary menggelengkan kepalanya.
Bang! Bang! Bang! Tiba-tiba kereta yang di pandu oleh Ray di serang. Ray memusingkan stering yang hampir hilang kawalan.
“Shit!” Gavin mengeluarkan COLT 1911 lalu melepaskan tembakkan kearah penyerang. Ray yang duduk di belakang juga membalas serangan dengan rifle kegemarannya (AK 47).
“Kill them!” Jeit Gary dengan marah.
“Argg! Kau pandu laju sikit bolehkah?!” Marah Ray. Mana tidaknya, dia hampir terkena tembakkan dari penyerang mereka.
“Shit! Gary!” Gavin menjerit kearah Gary yang masih bermain di jalan raya.
“Okay! Okay!” Gary terus memecut tetapi dia terpaksa menekan break apabila melihat lima mpv hitam di hadapan mereka.
“Damn! Hari ni rupanya hari kematian kita...!” Gary menumbuk sterring kenderaannya.
Dari jauh mereka lihat sekumpulan manusia lengkap dengan senjata keluar dari kenderaan. Jalan raya utama itu lengang. Orang awam sudah melarikan diri dan kosongkan jalan raya.
YOU ARE READING
My Love Mr Gangsta
RomanceTeaser MY LOVE MR GANGSTA! Alexa adalah gadis biasa yang berasal dari perumahan setinggan di sebuah kawasan di sekitar Kota Kinabalu. Dia membesar di persekitaran anak-anak jalanan. Perwatakkannya yang agak kasar itu membuatkan dia susah untuk di de...