#MYLOVEMTGANGSTACHAP2
#BUAHHATIJP
CHAP 2 (CINTA TIDAK BERBALAS)Alexa baru selesai menjual ikan. Dia berjalan balik dengan baldinya. Baldi yang di beli oleh Gavin menggantikan baldi lamanya kemarin dulu.
“Hai...” Alexa menoleh. Dia melihat Gavin sedang duduk menyandar di sebuah kereta mewah sambil merenung selamba.
“Kau lagi?” Alexa memuncungkan bibirnya.
“Kenapa?” Gavin menggaru kepalanya.
“Kau buat apa di sini?” Alexa bertanya hairan.
“Er...saja. Cari kau!” jawabnya selamba.
“Cari saya? Apa kau mau?”
“Saya mau berkawan sama kau. Boleh?”
“maaflah ya. Saya ni orang miskin. Saya tiada duit ni kalau kau mau apa-apa dari saya.” Alexa mencekak pinggang.
“Hah?! Bukanlah. Saya mau jadi kawan kau saja...”
“Kawan? Maaf la ah. Saya tiada masa mau berkawan-kawan ni. Kawan saya ikan-ikan saja yang terpaksa saya angkat setiap hari untuk di jual. Kalau tidak saya tiada duit makan. Ok?”
“Kau ni sombong betul oh! Apa juga salah kita berkawan? Nda juga kurang ikan di baldi kau tu...” Gavin naikkan keningnya.
“Tidak mau!” Alexa terus lari lagi. Entah kenapa meluat betul dia tengok muka tu kusai padahal hensom gia tu.
Gavin hanya berdiri memandang kearah Alexa yang sudah hilang dari pandangannya. Dia masuk semula ke dalam kenderaannya lalu pandu meninggalkan kawasan itu.
Keesokkan harinya, Alexa seperti biasa menghantar ikan ke restoran Mahmood. Moodnya menjadi marah bila dia melihat Gavin sedang menyandar di keretanya di belakang restoran mahmood. Alexa tidak memperdulikan kusai tersebut. Dia terus menguruskan ikan-ikannya kemudian dia terus balik tanpa memperdulikan Gavin.
Begitu juga keesokkan harinya. Gavin akan menunggu dia di sana setiap hari. Suatu hari Alexa meminta Juina yang menghantar ikan tersebut. Dia tidak mahu melihat muka Gavin.
“Mandak? Mana Alexa?” Gavin bertanya hairan bila tidak melihat Alexa.
“Dia di rumah. Napa?” Juina mengerutkan dahinya.
“Kenapa dia tidak hantar ikan ni hari?”
“Urm..dia datang malas. Kau ni siapa?” Tanya Juina lagi.
“Saya kawan dia...”
“Kawan?!” Juina ketawa terbahak-bahak.
“Percayalah saya si Alexa ada kawan. Ikan saja kawan dia tu! Pagi hantar ikan, lepas tu petang naik bot cari ikan. Nda la saya percaya kau kawan dia!” bilang si Juina.
“Memang itu kehidupan dia?” Gavin bertanya lagi. Juina terdiam. Dia memandang Gavin dari atas ke bawah.
“Inilah kehidupan kami. Kami tidak cari ikan kami tiada duit mau makan. Dari pakaian kau ni, saya rasa-rasa kau ni orang kaya bah kan. Kali kau punya hidup memang beginilah, melepak macam tiada kerja. Tapi bagi urang macam kami ni, tiada masa melepak,bermain atau merayau! Tiada duit tiada kami makan!” bilang Juina dengan nada geram.
“Jangan dulu salah faham mandak. Saya nda maksudkan macam tu. Sebab tadi kau cakap kawan dia ikan saja kan. Sebab tu saya tanya. Saya minta maaflah kalau pertanyaan saya tu buat kau marah. Nama saya Gavin. Saya selalu datang sini cari Alexa...” Si Gavin berterus terang kononnya.
“Errmm... bah ya lah. Tapi kenapa juga kau mau cari dia?” Juina memandang dengan rasa curiga.
“Sebab saya rasa mau berkawan sama dia lah...” Gavin menjawab selamba.
YOU ARE READING
My Love Mr Gangsta
عاطفيةTeaser MY LOVE MR GANGSTA! Alexa adalah gadis biasa yang berasal dari perumahan setinggan di sebuah kawasan di sekitar Kota Kinabalu. Dia membesar di persekitaran anak-anak jalanan. Perwatakkannya yang agak kasar itu membuatkan dia susah untuk di de...