#MYLOVEMRGANGSTACHAP18
#BUAHHATIJP
CHAP 18 (Kenyataan yang sukar di tanggung)Berly buka pintu bilik Alexa. Sudah lebih seminggu wanita itu tidak mahu di ganggu. Hari ini Berly tidak dapat menahan dirinya dari melihat keadaan Alexa. Selepas dia tidurkan Baby Ayden, dia terus naik ke bilik itu.
Buka sahaja pintu dia hairan tidak melihat Alexa. Bilik itu kosong. Matanya tajam memandang tingkap yang terbuka luas. Berly lari ke tingkap. Dia lihat Alexa sudah lari masuk ke dalam semak.
“Damn!” Berly terus berlari keluar.
“Dear! Christian Jorim!!” Berly menjerit menggegarkan kediaman mewah itu.
“Kenapa?” Christian muncul di pintu utama.
“Alexa! Dia sudah lari!”
“Damn! Kenapa perempuan suka betul lari sana sini!! Arrgg!!!” Christian mengaum. Dia mencapai telefon pintarnya lalu menghubungi nombor seseorang.
“Syaitan! Kalau kau tidak datang sekarang kau jangan harap lagi dapat tengok Alexa!” Christian mengaum kuat.
*****
Gavin terpinga-pinga. Laura yang duduk di depannya di renung sekilas. Wanita itu bangun dan duduk di tepi Gavin.
“Siapa tu?” Laura bertanya manja.
“Urmm... tiada siapa-siapa. Saya ada urusan kerja ni...” Gavin menghembus nafas perlahan.
“Okay. Malam ni saya datang conco kau ah...” Laura mengeyitkan matanya.
“Okay...” Gavin menyahut selamba.
Laura bangun dan terus mengucup lembut pipi Gavin. Kemudian dia keluar dari pejabat Serigala muda itu. Gavin bangun. Dia cuba hubungi Christian semula.
Gavin : What you mean?
Christian : If you dont want her anymore, just let her go...
Gavin : Jangan masuk campur urusan aku.
Christian : Okay. Aku anggap kau lepaskan Alexa. Kau jangan lagi cari dia!!!
Talian di matikan.
Gavin menarik nafas dalam-dalam. Halnya belum selesai lagi. Christian pula buat hal lagi. Dia mencapai kunci keretanya.
*****
Gavin sampai sahaja di kediaman Jorim, dia perlu berdepan dengan Berly yang sudah menanti dia di pintu utama.
“Baru mau datang?” Berly sinis.
“Shut up!” Gavin menjeling.
“Pigi cari dia di hutan sana...” Berly mencebik geram.
“Hutan?!!” Gavin terus berlari keluar.
Bang! Bang! Bang! Sejurus itu bunyi tembakkan kedengaran. Christian dan Berly segera menarik samurai masing-masing.
“Boy!! kejar si Gavin!” Arah Christian.
“Dear! Siapa tu?” Berly sedikit gugup.
“Saya tidak tahu. Tapi musuh Gavin tidak kurang dari musuh saya. Mesti berita pasal si Alexa sudah tersebar. Rasanya kediaman kita memang di perhatikan! Mungkin ada yang nampak Alexa di hutan tu!”
“Baby you stay here! Ok! Bahaya masuk dalam hutan sekarang!”
“Alexa?”
“Dont worry! Kami ada! Gavin ada! Percaya dengan Gavin. Dia tu versi saya masa muda!” Christian sempat mengeyitkan matanya. Kemudian dia terus berlalu pantas.
YOU ARE READING
My Love Mr Gangsta
RomanceTeaser MY LOVE MR GANGSTA! Alexa adalah gadis biasa yang berasal dari perumahan setinggan di sebuah kawasan di sekitar Kota Kinabalu. Dia membesar di persekitaran anak-anak jalanan. Perwatakkannya yang agak kasar itu membuatkan dia susah untuk di de...