Chap 19

1.8K 147 3
                                    

#MYLOVEMRGANGSTACHAP19
#BUAHHATIJP
CHAP 19 (BENCI...DENDAM...SEMANGAT YANG HILANG....)

Ray memandu kenderaannnya membelah jalan raya yang agak sunyi lewat malam itu. Dia dan Juina baru sahaja balik dari tempat Gavin. Juina memandang ke luar jendela.

“Malam ni kau tidur dumah saya sajalah..” Bilang Ray tiba-tiba. Terus berpusing tu kepala Juina pandang si Ray.

“Kenapa pula?”

“Kan bapa kau tiada di rumah.”

“Jadi?”

“Bahaya sendirian di rumah.”

“Ish! Saya sudah biasalah...”

“Kalau aku cakap tidur rumah aku, rumah aku la bah. Nda juga aku mau gorol kau tu...” Ray terus memecut laju.

“Ray! Pelan-pelan bah! Tapi macam mana kau tau bapa saya tiada di rumah? Tiada pun saya kasih tau kau..”

“Saya boss kau, mesti lah saya tau.” Bilang Ray sambil tu mata dia jeling sekilas kearah Juina yang masih terpinga-pinga bodoh.

“Saya tidak mau...”

“Diam.” Juina terus diam. Kalau dia jawab nanti sampai juga penumbuk si Ray di pipi dia.

Ray teringat pesan Gavin tadi. Awal pagi tadi Gavin telah beri satu tugasan rahsia untuk Johny. Sebab itu Gavin mahu Ray menjaga Juina pada malam itu. Pada awalnya Gavin mahu Juina menemani Alexa tetapi masa dia dengan Alexa pasti terhad jika ada orang lain di condo itu.

Juina dan Alexa tidak ada bezanya dari segi kebodohan. Tetapi Juina lebih bersikap hati-hati berbanding Alexa. Awal dulu dia kurang senang dengan kehadiran Juina kerana tempiasan dari sakit hatinya dengan perbuatan Sue. Tetapi gadis bodoh itu tidak perna sekali pun akun kalah dengan sikap angkuhnya membuatkan dia memberi sedikit ruang untuk Juina.

Sampai sahaja di rumah, Ray terus masuk ke dalam biliknya. Dia ambil tuala bersih dan pakaiannya untuk Juina. Gadis itu masih berdiri di luar pintu rumah. Dia rasa segan dan takut ingin masuk.

Ray mencekak pinggangnya memandang Juina. Rambutnya yang diikat bun messy itu betul-betul membuatkan Juina tidak kering air liur.

“Kau kenapa berdiri di sana? Mau aku gendong lagi?” Bilang Ray. Juina geleng kepala. Belum perna lagi dia berduaan semalaman dengan lelaki lain selain bapanya. Rasa takut dan segan sekali.

“Hoi! Masuklah!” Jerit Ray. Juina terus angkat kepala dan berjalan masuk. Dia berdiri di depan Ray.

“Nah! Pigi mandi!” Ray meletakkan tuala dan pakaian di atas kepala Juina yang lebih pendek dari dia.

Juina ambil dan terus berlari masuk bilik air di dapur. Bermacam-macam doa sudah dia baca untuk perlindungannya malam itu.

Sedang dia mandi dia terdengar seperti suara Ray sedang bercakap dengan seseorang. Selesai mandi dan menukar pakaian perlahan dia buka pintu dan cuba keluarkan kepalanya.

Dia melihat ada seorang perempuan cantik sedang menangis di ruang tamu. Juina tutup semula pintu bilik mandi.

'Siapa tu ah? Girlfriend dia kali... alamak! Saya lagi di sini ni..nanti kena salah faham lagi ni!' Sendirian dia bercakap dalam tandas.

Tok! Tok! Tok! Pintu tandas di ketuk dengan kuat. Lama dia berdiri urut dada sebab terkejut sebelum dia buka. Wajah Ray di muka pintu memandang dia tanpa senyuman.

“Sudah siap?” Tanya Ray. Juina angguk. Kemudian Ray menolak daun pintu lalu tarik tangan Juina keluar dari bilik air.

Dia heret gadis itu ke ruang tamu menghadap wanita cantik yang sedang berdiri dekat sofa. Wanita itu memandang Juina.

My Love Mr GangstaWhere stories live. Discover now