Chap 8

1.7K 151 5
                                    

#MYLOVEMTGANGSTACHAP8
#BUAHHATIJP
CHAP 8 (HIDUP BAGAIKAN BURUNG DI SANGKAR)

Margaret menyiapkan segera tugasnya sebelum dia balik. Alexa masih duduk di sofa memeluk lututnya. Puas dia memujuk dan merayu dari Margaret tadi. Tidak ada apa yang dapat Margaret lakukan untuk lepaskan dia dari tempat itu.

“Cik Alexa, saya balik dulu ah. Esok saya datang balik...” Kata Margaret. Alexa hanya angguk dan tidak menjawab.

Selepas Margaret pergi, Alexa cuba melihat ke tingkap. Dia terfikir untuk lari melalui tingkap. Malangnya bangunan itu sangat tinggi. Niatnya terbatas.

Alexa duduk semula. Beberapa saat kemudian dia berdiri lagi. Dia berjalan menuju ke pintu. Dia cuba membuka dan menolak pintu tetapi gagal. Dia duduk memeluk lutut di depan pintu.

“Apa saya mau buat ni? Saya nda boleh tinggal sini. Saya mesti cari jalan keluar dari sini. Tapi macam mana?” Alexa mengeluh. Dia bangun dan menuju ke sofa ruang tamu.

Dia duduk sambil merenung ke skrin tv plasma yang besar di depannya. Margaret ada ajarkan dia bagaimana untuk menghidupkan benda itu. Kasihan hidupnya terlalu miskin sampaikan dia jakun melihat kebesaran skrin tv itu tadi.

Alexa mula menekan remot control mencari chanel seperti yang di ajarkan oleh Margaret. Semua membosankan. Fikirannya melayang memikirkan tentang Juina dan uncle Johny.

Dia biarkan sahaja tv itu berpasang sementara dia bangun dan menuju ke dapur. Dia mencari makanan yang sudah di masak oleh Margaret.

*****

Jam menunjukkan pukul 10 malam ketika itu. Alexa sudah pun berbaring di sofa. Matanya layu menahan ngantuk hatinya masih berkeras tidak mahu tidur kerana masih risaukan tentang uncle Johny dan Juina. Entah sampai bila dia akan di kurungkan di sana.

Tiba-tiba dia terdengar pintu di buka. Dia cuba bangun dan melihat Gavin masuk sambil terhuyung hayang. Gavin menghampirinya.

“Alex......” Gavin terus jatuh ke lantai. Alexa hanya memandang sahaja.

“Dia mabuk kah tu?” Alexa menaikkan keningnya. Hampir 20 minit dia biarkan Gavin baru dia bangun. Dia menghampiri tubuh Gavin yang terbaring di lantai.

“Hoi...” Alexa menendang bahu Gavin dengan kaki kanannya.

“Hoi...!” Alexa tendang lagi.

“Hrmmmm...” Gavin menggumam.

“Dari tadi saya tunggu kau datang. Saya mau cakap sama kau ni! Bangunlah!”

“Laurie.....”

“Apa lori? Hoi! Bangun!!” Alexa menarik rambut Gavin. Lelaki itu terlalu mabuk hinggakan tidak sedarkan diri.

Alexa menarik nafas panjang. Kemudian dia terus berjalan masuk ke dalam bilik. Dia tutup pintu dan kunci sebagai langkah berjaga-jaga.

Walaupun susah untuk lelapkan matanya dia paksa juga. Esok pagi dia mesti bangun awal untuk bercakap dengan Gavin.

Keesokkan paginya dia terjaga dari tidur dan terus turun dari katil. Dia berlari keluar dari bilik untuk menemui Gavin. Keadaan sunyi sahaja di luar bilik. Dia cuba menyubuk di lantai sofa, sudah tiada si Gavin di sana.

Alexa terhidu bau masakkan dari arah dapur. Perlahan dia berjalan menuju ke dapur. Dia melihat susuk tubuh Margaret. Dia menarik nafas lega.

“Apa lagi kau subuk tu?” Gavin menyergah dia dari arah dapur.

“Arrgg!!!” Alexa menjerit terkejut. Dia tergamam bila memandang  Gavin yang hanya bertuala putih mempamerkan susuk tubuhnya yang penuh dengan ketulan otot. Rambutnya yang panjang paras bahu itu basah-basah.

My Love Mr GangstaWhere stories live. Discover now