#MYLOVEMRGANGSTACHAP21
#BUAHHATIJP
CHAP 21 (FINAL) (Hidup Baru..Tempat tinggal baru...suasana baru...)Laura masih berkurung di dalam ruangan pejabatnya. Berkali-kali dia cuba telefon bapa dia si Robert tetapi gagal. Dia tahu mesti bapanya sedang sibuk di Dubai, tetapi dia perlukan bantuan bapanya ketika itu selepas dia tahu apa yang jadi pada Rauf.
“It cant be!!!” Dia mulai resah. Berjalan ke hulu hilir tidak tentu arah. Sesekali dia subuk ke luar tingkap. Bimbang jika Gavin datang menyerang dia.
“Arrg! Ni semua pasal kebodohan si Rauf la ni! Sekarang kau sudah mati! Aku lagi kena! Arg!” Laura menghempas tangan di mejanya.
“Ni nda boleh jadi ni!” Laura cuba menghubungi lagi nombor bapanya tetap gagal.
“Calling someone Laura?” Tiba-tiba Gavin muncul di pintu. Laura memandang lelaki itu.
“What now Gav?!” Tanya Laura lagi.
“What now? Seriously Laura?” Gavin menaikkan keningnya.
“Macam ni lah Laura, aku cuma ada dua pilihan saja untuk kau. Pertama aku bunuh kau di sini. Atau kedua, kau ikut aku. Itu sahaja.. Okay?” Gavin senyum sinis.
“Aku nda akan ikut kau Gavin!”
“Okay. Nampaknya pilihan kau yang pertama...” Gavin menarik pistolnya.
“Wait!” Laura mulai menggeletar. Gavin memandang wajahnya.
“Kau tau kah Laurie sayang betul sama kau? Kau tahu dia korbankan apa saja untuk kau. Tapi kenapa kau layan dia begitu? Kau sanggup letupkan kereta dia, bunuh dia... adik macam apa kau ni Laura?”
“Kau diam! Kau tidak tahu apa-apa. Kau boleh cakap apa saja Gav. Tapi sayangnya kau tiada bukti pun...” Laura masih mahu berlagak.
“I do have Laura. Aku cuma tinggal masa saya sampaikan bukti ni sama Robert. Biar Robert tau kau yang bunuh anak sulung dia. Aku terfikir macam mana perasaan Robert masa tu...” Gavin menjeling sinis.
“Tidak payahlah ugut-ugut aku Gavin. Kau fikir selama ni aku takut sama Robert? Tidak....” Laura geleng kepala.
“Aku langsung tidak takut sama orang tua jahanam tu. Dia sebiji! Sama macam kau! Yang ada dalam otak kamu cuma Laurie. Jadi siapa aku? 10 tahun Agvin, 10 tahun aku tunggu kau. Kau naik saja waris kau terus lamar Laurie? Jadi mana janji kau sama aku?” Laura menaikkan keningnya.
“Janji apa Laura. Yes! Aku memang sayang kau tapi sebagai adik! Sedangkan hubungan aku sama Laurie sejak dulu lagi! Kenapa kau nda faham?!” Gavin mengaum kuat.
“Adik? Adik kau cakap? Hah! Memang patutlah aku kasih letup kereta dia dan biarkan mayat dia. Sedangkan hati aku kau kasih hancur dan kau kasih biar saja! Apalah sangat mau banding sama mayat dia? Hey! Dia sudah di heaven. Nda payah kau mau cakap pasal dia lagi!”
“Kau ni memang gila Laurie! Memang gila!”
“Ya gila! Gila sama kau Gavin! Sama kau!!” Laura keluarkan pistolnya dan secepat kilat dia lepaskan tembakkan ke arah Gavin.
Gavin jatuh ke lantai bila bahunya terkena tembakkan. Pistolnya terlepas dari tangan. Laura ketawa. Dia kemudian berjalan menghampiri Gavin yang terbaring di lantai yang kotor dengan darah. Wanita itu tunduk dan memandang wajah Gavin.
“Sampai mati pun, kau tetap milik aku Gavin! Tuhan saja yang tahu macam mana aku sayang dan cintakan kau. Tapi kau pilih perempuan lain untuk kau letak di hati kau! Apa yang jadi sama aku semua punca dari kau! Aargg!” Laura terus bangun dan berlalu dari bilik itu.
YOU ARE READING
My Love Mr Gangsta
RomanceTeaser MY LOVE MR GANGSTA! Alexa adalah gadis biasa yang berasal dari perumahan setinggan di sebuah kawasan di sekitar Kota Kinabalu. Dia membesar di persekitaran anak-anak jalanan. Perwatakkannya yang agak kasar itu membuatkan dia susah untuk di de...