Sejak mereka berada di dalam bilik ruang tamu, tiba-tiba, Gempa masuk ke dalam bilik ruang tamu. Bila dia nampak tempat itu berselerak, dia tanya,"Eh, apa yang berlaku di sini pula?" Semua senyap.Dalam beberapa saat, Danial mula bersuara untuk menjawab Gempa,"Erm... Adik-beradik awak yang berselerakkan tempat ini. Biar kami yang mengemaskan." Gempa kata,"Oh, baik la." Gempa pun meninggalkan tempat itu.
Ochobot masuk ke bilik ruang tamu dan memberitahu mereka apa yang dia dapat tahu. Ochobot kata,"Bila permata itu sedang cuba mengambil alih Gempa, ia tak berhasil. Hmm.. Aku tertanya-tanya kenapa.." Aiman kata,"Kerana batu permata di kalung dia! Dia tak pakai kalung dalam pertama tapi, sejak dia sedang memakai kalung itu, kalung itu buat aku perhatian. Eh, tapi soalan aku.. Mana dia dapat?" Aina kata,"Satu cara untuk tahu tentang itu adalah tanya dia. Pertama, aku perlu kemaskan rumah dulu.." Danial kata,"Nak kami bantu kau? Kau tak boleh kerja sendiri. Kau akan penat nanti." Aina kata,"Tak perlu. Aku kerja dengan pantas." Aiman tanya,"Betul ke?" Aina jawab,"Betul.. Dah, shoo~~ pergi duduk di luar rumah." Mereka empat berkata,"Hmm.. Ok."
Mereka terus keluar dari rumah dan duduk di luar. Aina mula mengemas rumah. Sambil dia bekerja, tiba-tiba, Taufan jerit nama Aiman. Aiman dengar Taufan jerit namanya dan terus ke bilik Gempan, Taufan dan Hali. Taufan berada di bilik bersama Hali. Aiman tanya,"Ye, Taufan? Kamu perlu apa-apa?" Taufan jawab,"Saya nak awak bawa keluar barang-barang Hali." Hali kata,"Jangan dengar kata dia, Aiman! Bawa keluar barang Taufan!" Aiman kata,"A-Apa!? Tapi, kamu berdua-"
Belum sempat habis ayat Aiman, Taufan menjerit,"Awak pelayan aku kan?? Keluarkan barang Hali!" Hali jerit pula,"Tak! Awak pelayan saya! Keluarkan barang Taufan!" Danial masuk ke bilik mereka dan tanya,"Apa yang berlaku!? Kenapa kamu berdua jerit!?" Taufan dan Hali tak menjawab soalan Danial dan mereka mula bergaduh. Aiman kata,"Haih... Mereka berdua tiba-tiba nak aku bawa keluar barang mereka satu sama lain. Tapi, aku tak nak buat. Mereka berdua kan adik-beradik." Danial kata,"Haih, pula..."
Danial memisahkan mereka daripada bergaduh. Danial kata,"Kamu kan adik-beradik? Jangan la bergaduh. Kamu berdua selalu mempunyai hubungan yang baik." Hali kata,"Ceh, itu dulu. Pergi bawa keluar barang Taufan! Kalau tak, kamu berdua akan dipecat!" Aiman kata,"A-Apa!?"
Tok Aba tiba-tiba masuk ke bilik mereka dan kata,"Hali, kamu atau adik-beradik kamu tak boleh memecat mereka. Atok saja yamg boleh pecat mereka. Aiman, Danial. Sila tinggalkan bilik ini." Aiman dan Danial kata,"Baik Tok Aba." Mereka berdua pun meninggalkan tempat itu.
Khyls dari tadi lihat keadaan Hali dan Taufan. Dia bergumam,"Heh, rancangan aku sudah berhasil. Hmm.. Apa aku patut buat seterusnya?" Borara sedang berdiri di belakang Khyle, telah mendengar Khyle bergumam tadi dan berkata,"Kau telah melakukan tugas kau. Aku perlu kau menolong Adudu memasangkan Super Taser X. Kalau kau bekerja dengan pantas untuk memasang senjata baru kami, kami boleh membalas dendam kepada elementals lebih awal." Khyle kata,"Baik la."
Khyle terus pergi cari Adudu untuk menolong memasangkan senjata baru mereka.
Aina sedang mengemop lantai rumah. Sambil dia mengemop, Gempa tergelincir dan jatuh di atas lantai. Aina tanya,"Eh, Gempa! Awak tak apa-apa ke?" Gempa berdiri dan jawab,"Aku tergelincir saja. Tapi, aku ok." Aina kata,"Gempa, aku ada soalan..." Gempa kata,"Hmm? Sila teruskan." Aina tanya,"Mana awak dapat kalung itu? Jawab saya dengan jujur Gempa. Jangan cuba bohong saya."
Gempa memegang kalung yang dia sedang memakai dan menghela nafas. Dia jawab,"Fang yang berikan kepada saya. Dia kata aku mesti pakai kalung ini setiap hari dan tak berikan aku untuk membuka kalung ini. Dia juga kata yang kalung ini penting untuk saya sekarang. Saya sendiri tak tahu kenapa." Aina kata,"Oh, saya faham." Gempa kata,"Jangan bagi tahu sesiapa. Fang kata saya perlu rahsiakan kalung ini." Aina kata,"Hmm... Baik la. Aku akan simpan rahsia kalung itu." Gempa kata,"Terima kasih kerana memahami saya. Erm.. Saya masuk ke bilik dulu ye." Aina kata,"Baik la."
Gempa terus naik ke atas dan masuk ke biliknya. Aina mula fikir, Hmm.. Kaizo sebenarnya minta bantuan Fang untuk memberikan kalung batu permata kepada Gempa. Aku rasa Kaizo sudah memulakan langkah seterusnya.
YOU ARE READING
The Power of Elemental Siblings [COMPLETED]
FanfictionAlien jahat sudah kembali untuk menghapuskan musuh lama mereka, Boboiboy Elementals dan kawan-kawan dia. Untuk mengalahkan alien jahat, Elementals perlu bekerjasama untuk mendapatkan batu permata masing-masing. Itu akan membuat Elementals lebih kuat...