Bzzt! Bzzt!Telefon bimbit Aina bergetar di atas mejanya. Tanpa mata Aina membuka, dia secara rawak gerakkan tangannya untuk mencari telefonnya di atas meja. Bila dia dapat telefonnya, dia terus tekan butang merah untuk berhentikan getaran telefonnya. Masa sekarang pukul 5.30 pagi. Aina berdiri dan terus ke almari dia untuk mengambil baju.
"Hmm.. Baju apa aku nak pakai hari ini?" Dia bergumam sendiri. Aina boleh memakai baju biasa pada hari Isnin hingga Jumaat untuk waktu pagi saja. Sambil dia sedang fikir tentang apa yang dia mahu pakai baju, seorang lelaki muncul di sebelah Aina dan menunjuk Aina dengan baju panjang. Lelaki itu berkata,"Pakai la baju panjang ni. Sesuai untuk kau."
Aina terkejut bila seorang lelaki berdiri di sebelahnya sambil memegang baju panjang. Aina kata,"A-Aiman!?" Aiman kata,"SShhh!! Jangan la jerit. Waktu sekarang masih awal pagi." Aina menolak Aiman keluar dari biliknya dan kata,"Kau la buat aku terkejut! Lagi pun, aku sering memberitahu kau. Jangan masuk dalam bilik aku tanpa izin aku!"
Sambil Aina sedang memarahi Aiman, seorang lelaki dengar suara mereka tak jauh dari dia. Dia ikut suara mereka dan bila suara itu makin dekat, dia nampak Aina dan Aiman. Lelaki itu berkata,"Selamat pagi." Aina dan Aiman memandang ke arah lelaki itu dan kata,"Oh, selamat pagi, Danial." Danial tanya,"Apa yang sedang berlaku?" Aina jawab,"Aiman tak habis-habis masuk ke bilik aku tanpa izin aku pada setiap pagi. Geram betul dengan dia!" Danial menghela nafas dan kata,"Haih... Aiman, pergi mandi dulu. Kau akan hantar elementals ke sekolah nanti. Aina pun sama. Pergi mandi dan siap sarapan pagi untuk elementals." Aina dan Aiman kata,"Ok la..."
Aina dan Aiman ambil baju mereka dan pergi ke bilik tandas untuk mandi. Lepas mandi, Aina siapkan sarapan di atas meja. Danial dan Aiman akan mengejutkan elementals untuk bangun dari tidurnya. Satu demi satu, elementals pun bangun dan terus mandi. Lepas itu, mereka siap pakai baju sekolah untuk pergi ke sekolah. Sebelum mereka pergi, mereka makan sarapan dulu. Baru la Aiman boleh hantar elementals ke sekolah.
Vroom!
Aiman gerak kereta besar dengan laju untuk ke sekolah mereka. Bila sampai ke sekolah, Blaze, Ais, Thorn dan Solar keluar dari kereta. Aiman kata,"Belajar sungguh-sungguh tau." Mereka empat berkata,"Ok, jumpa pada waktu petang nanti." Lepas itu, mereka masuk ke dalam sekolah.
Aiman mula bergerak ke tempat lain untuk membawa kembar tiga ke kolej. Tak sampai lima minit, merek pun sampai ke kolej. Aiman kata,"Kita jumpa pada waktu petang nanti ye." Gempa kata,"Baik la. Jumpa pada waktu petang nanti." Mereka tiga masuk ke dalam kolej. Aiman terus balik ke rumah.
Bila dia sampai ke rumah, dia terus ke bilik ruang tamu.Dia lihat Aina sedang menonton cerita. Aiman duduk di sebelah kiri dia dan tanya,"Ada cerita apa?" Aina menjawab,"Tak ada cerita tapi, berita pagi adalah."
Sambil mereka sedang menonton, Danial duduk di sebelah kanan Aina dan kata,"Aku pun nak tonton juga." Aina menukar saluran. Sambil dia menukar, Danial suruh Aina berhenti menukar saluran dan kembali dua saluran. Aina ikut kata Danial. Mereka menonton berita itu sekejap.
Wartawan: Seorang pemilik kedai berkata yang ada makhluk asing memecah kedainya dan mencuri alat-alat di kedainya. Lihat video ini.
*Video*
Bila video masih bermain, Danial merampas alat kawalan dari Aina. Lepas itu, dia berhentikan video itu dan membesarkan paparan untuk melihat siapa makhluk asing itu. Mereka tiga terkejut bila lihat siapa di dalam video itu. Aiman kata,"Eh, itu Kikita dan Yoyo Oo!" Aina kata,"Ha'ah la. Tapi, apa mereka nak dengan alat-alat itu? Aku pasti Tengkotak sedang melakukan sesuatu buruk.." Danial kata,"Hmm.. Aku rasa aku sendiri perlu cari mereka dan lihat apa yang mereka sedang melakukan." Aiman kata,"Apa!? Kau tak boleh pergi sendiri. Mungkin bahaya." Danial kata,"Mungkin, mungkin tak. Aku boleh bekerja sendiri. Kau berdua perlu menjaga rumah ini." Aina dan Aiman kata,"Hmm.. Baik la."
Danial terus keluar dari rumah. Tok Aba dan Ochobot muncul dari belakang mereka dan tanya,"Mana Danial pergi?" Aina jawab,"Dia pergi mencari di mana Tengkotak berada dan lihat apa yang mereka sedang lakukan." Ochobot mula risau kepada Danial dan kata,"Oh, aku harap Tengkotak tak akan menangkap dia."
Danial nampak sesuatu yang bercahaya tak jauh dari dia. Dia pergi ke arah cahaya itu dan nampak Tengkotak berada di situ. Dia juga nampak Adudu, Probe dan Ejojo berada di situ juga. Apa yang mereka buat? Apa benda itu? Fikir Danial.
Sejak dia tak pasti, dia dengar perbualan mereka. Borara tanya,"Apa senjata ini dan bila kau akan habis buat?" Adudu jawab,"Ini adalah Super Taser X. Satu tembakan, ia akan berakhir. Aku boleh menyelesaikan buat senjata ini dalam 2 hari saja. Sudah tentu aku perlu masa untuk menghabiskan buat senjata ini.." Borara kata,"Baik la. Kami faham. Guna masa kau dengan betul. Sambil itu, kami perlu fikir sesuatu untuk buat elementals benci satu sama lain."
YOU ARE READING
The Power of Elemental Siblings [COMPLETED]
FanfictionAlien jahat sudah kembali untuk menghapuskan musuh lama mereka, Boboiboy Elementals dan kawan-kawan dia. Untuk mengalahkan alien jahat, Elementals perlu bekerjasama untuk mendapatkan batu permata masing-masing. Itu akan membuat Elementals lebih kuat...