Sasaran pertama untuk dicuba

638 38 1
                                    


Sambil Borara fikir sesuatu untuk membuatkan elementals benci satu sama lain, tiba-tiba, ada seorang lelaki muncul di depan mereka. Lelaki itu berkata,"Hmm.. Mungkin kau perlu aku untuk membuatkan elementals benci satu sama lain." Ejojo melangkah ke depan dan tanya,"Siapa kau? Apa yang kau boleh buat kepada mereka benci satu sama lain? Tapi, soalan penting, boleh kami percaya kau?"

Ejojo menyepet matanya dan menunggu jawapan lelaki itu. Lelaki itu berkata,"Nama aku Lutfi Khyle. Panggil aku Khyle. Aku mempunyai kuasa gelap dan aku boleh guna kuasa aku untuk buat mereka benci satu sama lain. Kau juga boleh percaya aku kerana aku sudah lama ingin membalas dendam mereka.."

Flashback on

Dulu, Khyle sangat kuat sampai awan menjadi gelap di sekelilingnya. Dia ingin ambil alih satu dunia. Elementals saja yang boleh berhentikan mereka. Satu demi satu, mereka guna kuasa mereka dan serang dia.

Khyle lindungi diri dia dengan kuasanya. Gempa jerit,"Berhenti!" Khyle jerit balik,"Haha!! Dalam mimpi la!" Khyle serang ke arah elementals. Elementals mengelakkan diri mereka. Lepas itu, mereka tujuh memegang tangan sama-sama dan mula bercahaya. Terdapat portal terbuka di belakang Khyle. Mereka guna kuasa mereka dan menolak Khyle ke dalam portal itu. Khyle menjerit,"Noo!!! Aku akan kembali

i     

   i

i       

i               

i

Flashback off

Khyle bersambung cakap,"Sebab itulah aku ingin membalas dendam mereka.." Ejojo kata,"Hmm... Baik la, kau boleh sertai bersama kami." Senyuman jahat muncul di wajah Khyle.

Lepas Danial dengar perbualan mereka, dia terus balik ke rumahnya tanpa berbunyi. Bila dia sampai ke rumah, dia memberitahu kepada Aina, Aiman, Tok Aba dan Ochobot tentang Tengkotak bersama makhluk lain. Aina kata,"Khyle? Siapa pula tu? Dan Super Taser X? Hmm.. Aku macam pernah dengar senjata itu dari dulu.." Aiman kata,"Hmm.. Kita perlu rancangkan sesuatu." Tok Aba kata,"Pertama, kita mesti lindungi cucu-cucu saya." Aina kata,"Tapi, mungkin susah nak lindungi mereka, Tok Aba. Mereka tujuh orang dan kami tiga orang saja." Ochobot kata,"Hey, termasuk kami sekali." Aiman kata,"Kau ok je tapi, Tok Aba kan sudah tua. Macam mana dia boleh lindungi cucu-cucu dia?" Tok Aba kata,"Memang saya tua tapi, saya akan bekerjasama dengan Ochobot. Cukup la orang untuk melindungi cucu-cucu Atok." Aina kata,"Hmm.. Betul juga kata dia. Macam gitu, kita tak ada masalah."

Danial lihat jam di dinding. Masa sudah pukul 1.50 petang. Danial kata,"Eh, sudah pukul 1.50 petang. Aina, salin baju sekarang. Aiman, siap bersedia untuk ambil adik elementals di sekolah nanti." Aina dan Aiman kata,"Baik la."

Bila masa sudah pukul 2 petang, Aiman mulakan enjin kereta dan terus bergegas ke sekolah menengah. Bila dia sampai ke sekolah,  Blaze, Ais, Thorn dan Solar masuk ke dalam kereta. Lepas itu, Aiman terus bawa mereka balik ke rumah. Hampir 10 minit, mereka pun sampai ke rumah mereka. Empat beradik terus lari ke dalam rumah mereka. Aiman pula, dia berhentikan enjin kereta itu. Lepas itu, dia masuk ke dalam rumah.

Bila dia melangkah ke bilik ruang tamu, dia nampak Gempa bersama Hali sedang duduk di sofa dan Taufan duduk di kerusi dapur sambil main telefon bimbitnya. Aiman tanya,"Eh? Kau bertiga balik awal? Selalunya, balik pukul 4.30 petang." Gempa jawab,"Hari ini, cikgu kata yang kami boleh balik awal. Tak banyak benda kita buat di kolej." Aiman kata,"Oh." Aiman terus ke biliknya untuk berehat sebentar.

" Aiman terus ke biliknya untuk berehat sebentar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 

Blaze lari ke arah Hali dan kata yang dia ingin bermain dengan dia. Hali tanya,"Nak main apa?" Blaze jawab,"Kita main sorok-sorok." Hali kata,"Haih.. Abang penat la.."

Tiba-tiba, mata Hali menjadi gelap. Blaze menarik tangan Hali dan kata,"Ala... Boleh la. Main la dengan-" Belum sempat Blaze habis bercakap, Hali marah dia. Dia berkata,"Ish! Bising la kau! Pergi main dengan adik lain." Gempa dan Taufan memandang Hali dengan wajah yang keliru. Blaze menahan air matanya.

Mata Hali menjadi biasa pula. Dia lihat Blaze yang sedang menahan air matanya. Hali bingung dan tanya,"Eh? Kenapa Blaze?" Blaze mula menangis dan kata,"A-Abang Hali marah Blaze!!" Blaze terus masuk ke biliknya. Hali masih bingung. Dia tak tahu apa yang berlaku dalam pertama. Ochobot masuk ke bilik ruang tamu tapi, pada masa yang sama, dia nampak sesuatu di atas Hali. Di atasnya ada batu permata hijau tapi, permata itu penyamaran. Ochobot saja yang boleh nampak. Dia fokus dengan permata itu.

Taufan dan Gempa pandang satu sama lain. Mereka fikir, Dia tak ingat ke apa yang dia sudah buat kepada Blaze? Pelik... Hali memandang mereka dan tanya,"Erm.. Kenapa adik menangis tadi?" Taufan jawab,"Kau la yang buat dia menangis. Kau marah dia tadi." Hali tanya sekali lagi,"Aku marah dia?? Sejak bila?" Gempa jawab,"Baru je tadi." Taufan kata,"Ah, Hali. tolong ambilkan fon telinga aku di atas meja."

Permata itu bercahaya tanpa sesiapa nampak kecuali Ochobot. Mata Hali menjadi gelap sekali lagi dan kata,"Ambil la sendiri! Kau kan ada kaki." Gempa dan Taufan diam saja. Mata Hali menjadi biasa. Gempa kata,"Erm... Kau pelik la hari ini." Hali kata,"Apa benda yang pelik? Aku tak buat apa-apa pun." Taufan kata,"Memang kau tak buat apa-apa tapi, cara kau berbual, kasar pula tu." Hali fikir, Sejak bila aku berbual... Dengan kasar? Aku baik dengan adik-beradik aku je. Hali menggeleng kepalanya ke kiri dan kanan. Lepas itu, dia kata,"Erm.. Aku masuk ke bilik dulu." Hali terus meninggalkan tempat itu.

Permata itu masih berada di sama tempat tapi, dalam beberapa saat, permata itu hilang. Ochobot fikir yang ada sesuatu sedang berlaku di rumahnya. Dia pun meninggalkan tempat itu dan memberitahu kepada Danial.

Khyle geram sangat kerana dia tak berhasil untuk membuatkan adik Blaze benci kepada abang Hali. Khyle letak satu tangannya di dagu dan fikir, Hmm.. Aku rasa aku perlu guna elemental lain dulu. Hali mungkin nampak garang tapi, dia tak cukup untuk membenci. Dalam beberapa saat, dia ada satu idea untuk memulakan kebencian mereka.

The Power of Elemental Siblings [COMPLETED]Where stories live. Discover now