Aina masih di luar rumah, rasa geram sangat. Danial pun masih berada di luar rumah. Dia memeluk Aina dan bisik,"Aku tahu apa perasaan kau, Aina.. Aku perlu kau bertenang dulu." Perlahan-lahan, Aina mula bertenang dan moodnya menjadi baik. Danial lepaskan dia dan kata,"Mari masuk."Mereka berdua masuk ke dalam rumah. Bila mereka sudah melangkah ke dalam rumah, Gempa bersama Fang berdiri di depan mereka. Danial tanya,"Mana Komander?" Fang jawab,"Dia kata dia perlu balik ke Stesen TAPOPS kerana ahli TAPOPS ingin dia berada di sana untuk selesaikan masalah." Aina dan Danial kata,"Oh." Gempa tanya,"Danial, Aina.. Kau berdua siapa sebenarnya?" Danial jawab,"Gempa... Masa sekarang adalah masa yang sesuai untuk memberitahu siapa diri kami. Kami adalah pelindung kamu dan juga adik-beradik kamu. Kami juga bukan dari Planet Bumi." Gempa tanya,"Pelindung kami? Tapi, kenapa?" Aina jawab,"Kerana kami diberitahu untuk melindingi kamu semua." Danial kata,"Gempa, kalau kamu ingin tahu tentang kami lebih, ikut kami ke bilik saya. Saya pasti kamu ada banyak soalan." Gempa kata,"Baik la. Mari ke bilik Danial."
Mereka empat terus pergi ke bilik Danial. Bila mereka berada di bilik Danial, Aina duduk di atas katil Danial
Bilik Danial cantik dan kemas. Bilik dia tak pernah berselerak. Danial mula beritahu tentang identiti mereka. Danial kata,"Seperti apa yang Aina kata tadi. Kami diberitahu untuk melindungi kamu dan adik-beradik kamu." Fang tanya,"Jadi, siapa yang menyuruh kamu berdua?" Danial jawab,"Abang kamu." Aina kata,"Ye, dia memberitahu kami untuk lindungi kamu semua kerana dia terdengar apa yang Tengkotak berbual, untuk merancagkan sesuatu tentang kamu dan abang kamu pasti yang rancangan mereka adalah buruk. Sebab itu la." Fang kata,"Oh, kita faham. Tapi, apa rancangan kamu sekarang?" Aina kata,"Kami perlu mencari permata lain di Pulau Rintis. Begitu, kita akan mengalahkan musuh kami." Danial kata,"Erm.. Tapi, ada satu masalah. Adik-beradik elementals perlu ikut sekali dan saya pasti mereka tak ingin ikut kami.." Fang kata,"Haih... Masa kita akan jadi sisa.." Mereka menghela nafas panjang.
YOU ARE READING
The Power of Elemental Siblings [COMPLETED]
FanfictionAlien jahat sudah kembali untuk menghapuskan musuh lama mereka, Boboiboy Elementals dan kawan-kawan dia. Untuk mengalahkan alien jahat, Elementals perlu bekerjasama untuk mendapatkan batu permata masing-masing. Itu akan membuat Elementals lebih kuat...