Serangan musuh lama

422 31 1
                                    


Bila Aina habis mengemop lantai rumah, dia lap lantai dengan kain buruk. Lepas itu, dia terus cari Danial dan Aiman. Dia memberitahu mereka dua tentang kalung batu permata yang Gempa sedang memakai. Aina kata,"Dan aku rasa Kaizo sudah memulakan langkah seterusnya." Aiman kata,"Hmm.. Kejap, ada sesuatu dalam fikiran aku. Kalau Gempa sudah mempunyai kalung batu permatanya, mungkin elementals lain pun akan mempunyai kalung batu permata juga. Aku tak pasti kalau apa aku cakap ni betul.." Danial kata,"Aku rasa itu masuk akal. Tapi, soalan kami.. Di mana mereka akan dapat kalung itu?" Sambil mereka sedang berfikir, tiba-tiba, ada orang menekan butang loceng dari luar rumahnya.

Ding Dong!

Aiman terus lari ke pintu rumah dan lihat lubang dari pintu itu. Oh, Fang dan komander.. Aiman fikir dan terus membuka pintu itu. Kokoci berkata,"Selamat petang, Aiman. Apa khabar? Mana Aina dan Danial?" Aiman kata,"Khabar baik, Kokoci. Aina dan Danial berada di bilik Danial. Mari masuk."

Kokoci dan Fang masuk ke rumah. Kokoci menyuruh Fang mencari Gempa dan duduk bersama dia untuk sebentar. Aiman bawa Kokoci ke bilik Danial. Bila Danial dan Aina nampak Kokoci, mereka berdua berkata,"Kokoci! Sudah seketika kami tak bertemu satu sama lain." Kokoci kata,"Aku tahu.. Macam mana dengan adik-beradik elementals?"

Danial, Aina dan Aiman memandang satu sama lain. Aina kata,"Erm.. Elementals berbuat baik tapi, satu masalah. Mereka benci satu sama lain kecuali Gempa." Kokoci tanya,"Apa yang berlaku?"

Danial mula menjelaskan kepada Kokoci apa yang berlaku sebelum ini. Kokoci faham dan kata,"Hmm.. Lutfi Khyle.. Aku sudah lama tak dengar nama dia. Dulu, dia adalah salah satu ahli TAPOPS walaupun dia masih budak. Dua tak mempunyai kuasa untuk melindungi spera kuasa tapi, dia guna senjatanya iatu, pedang. Satu hari nanti, spera kuasa yang bernama Darkbot, memberikan jam kuasa kepada Khyle. Bila Khyle mempunyai kuasa, dia berlatih sendiri untuk menjadi lebih kuat. Dalam beberapa ha-"

Aiman memotong ayat Kokoci dan kata,"Maaf, kerana mengganggu cerita lama komamder tapi, boleh kita langkau cerita kau? Kami ada soalan penting untuk kau." Kokoci kata,"Kasar betul kau ni.. Baik la, apa soalan kau bertiga?" Danial tanya,"Sejak Gempa sudah mempunyai kalung batu permata, macam mana elementals lain perlu mendapatkan kalung batu mereka pula?" Kokoci letak tangannya di dagu dia dan berfikir. Dia tak ada jawapan untuk memberitahu tentang kalung itu tapi, dia tahu siapa yang boleh menjawab soalan mereka.

Kokoci menghubungi seseorang. Tak sampai 10 saat, orang itu menjawab panggilan Kokoci dan kata,"Oh, Komander. Kau perlu apa-apa ke? Sejak kau hubungi aku sekarang.." Kokoci kata,"Kapten Kaizo.."

Yeap, Kapten Kaizo yang menjawab panggilan Kokoci. Kokcoi sambung bercakap,"Aiman, Danial dan Aina ada soalan yang kamu perlu menjawab." Kaizo kata,"Oh, apa soalan kau?"

Danial mula bersuara untuk bertanya soalannya. Kaizo fikir sebentar dan kata,"Hmm.. Adik-beradik Elementals tak mempunyai kalung tapi, permata saja. Untuk mendapatkan permata itu, mereka perlu bekerjasama untuk mencari permata mereka. Aku tak tahu di mana sebenarnya tapi, aku tahu yang permata itu berada di suatu tempat di Pulau Rintis." Danial kata,"Baik la. Kami faham."

Kaizo habis berbual dengan mereka dan tutup skrinnya. Bila Danial nak bercakap sesuatu, tiba-tiba, ada sesuatu melanda di rumah. Suara mereka yang kenal jerit nama elementals,"Keluar la Elementals!" Aina bisik,"Eh, itu suara Borara!"

Elementals keluar dari rumah mereka dan nampak Tengkotak bersama Ejojo, Adudu dan Probe. Hali tanya,"Apa kau nak hah!?" Ejojo jawab,"Heh, apa lagi? Kami nak balas dendam la!" Gempa kata,"Taufan, kita bergabung kuasa kami." Taufan kata,"Tak nak la!"

Blaze dan Solar mula menyerang ke arah musuh mereka dulu. Musuh mereka mengelakkan diri mereka dan terus menyerang dengan senjata mereka.

Tak lama nanti, Aina bersama Aiman dan Danial masuk campur dan berlawan dengan musuh mereka. Mereka tiga sudah menyalin baju mereka sebelum ini.

 Mereka tiga sudah menyalin baju mereka sebelum ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adudu mulakan Super Taser X. Dia sasaran salah satu elementals iatu Thorn. Lepas itu, dia menembak ke arahnya. Sebelum Thorn hilamg nyawanya, Aiman melindungi dia dan terus hilang. Aina menjerit,"A-Aiman!!"

Aina jatuh, berlutut di atas tanah. Dia geram sangat dengan Adudu kerana dia yang hilangkan nyawa Aiman. Dia bergumam,"Kau... Kau akan menyesal!" Aina memandang Adudu menyerang dia dengan kuasa saljinya.

Angin mula meniup kuat bukan kerana Taufan. Tempat suhu mula turun ke bawa. Ini kerja Aina kerana dia tak boleh kawal kuasanya dengan betul. Semua tak tahu apa yang berlaku kecuali Danial. Angin mula berkencang. Danial jerit,"Aina! Berhenti!" Tapi, Aina tak dengar suara Danial. Borara kata,"Cis! Kita mesti pergi dari sini. Aku pasti Adudu tak boleh sasaran dengan betul sejak angin makin kuat. Kita akan kembali Elementals! Kau semua tunggu la nanti!"

Musuh mereka terus melarikan diri. Blaze kata,"Hey! Kami belum habis lagi!" Blaze ingin mengejar mereka tapi, Gempa memegang pergelangan tangan dia untuk menahan dia. Gempa kata,"Biar mereka lari, Blaze." Blaze geram sangat kata,"Ish! Lepaskan tangan aku la!"

Blaze menarik tangannya dari Gempa. Aina mula bertenang dan kata,"Elementals, pergi masuk ke dalam rumah. Suhu sekarang sejuk di luar.." Solar kata,"Kau ingat kita akan ikut kata kau? Kau tu pembantu rumah kami saja. Kau tak ada hak untuk membenarkan kami ikut kata kau." Elementals lain setuju kata Solar kecuali Gempa. Gempa masuk ke dalam dulu.

Aina membulatkan tangannya dan memandang ke arah mereka. Matanya seperti orang psiko. Elementals rasa takut kerana cara Aina melihat mereka. Aina kata,"Aku kata.... Masuk ke dalam rumah." Danial kata,"Dengar cakap dia untuk sekali.. Mood dia tak bagus sekarang." Elementals terus masuk ke dalam rumah.

The Power of Elemental Siblings [COMPLETED]Where stories live. Discover now