Hann ♠ 08

561 47 2
                                    

Ryu Shin POV

Dia satu-satunya kawan aku. Jadi aku tak nak kehilangan dia atau dia kehilangan aku. Kawan pertama aku. Perasaan gembira tu memang tak terkata. Aku merenung ke luar jendela sambil memikirkan cara untuk membuli Eunhye minggu depan. Alah sikit jer. 

"Tuan muda, ini makanan yang perlu tuan ambil pagi ni."

"Keluar, lepas ni saya makan."

"Tak boleh tuan. Parents tuan dah suruh saya tengok tuan muda makan baru saya akan beredar."

"Apa pulak yang diorang bagi aku makan kali ni? Dadah pula?" soal aku dengan penuh kedinginan.

Pembantu rumah kami menunduk seperti takut ingin membongkar sesuatu. Aku dah agak sebenarnya.

"Cakap kat papa dan mama, ini kali terakhir diorang bagi aku makan ubat ni. Kalau tak, aku takkan jalani pembedahan."

"Tapi bahaya la kalau tuan buat macam tu!"

"Ini nyawa aku, tubuh aku! Kenapa... diorang masih tak sayang aku walaupun aku dah ikut apa yang diorang buat? Ke-kenapa? Apa salah aku?!"

Pinggan mangkuk kaca edisi terhad yang berada di atas ribaku aku lempar ke arah pintu bilik aku dengan rasa marah. Aku cuma pewaris diorang. Bukan dilayan seperti seorang anak kecil tetapi pewaris Syarikat SHI.

"Tuan muda, maafkan saya. Ini arahan papa tuan muda. Pengawal, bawa dia ke hospital."

Aku tersentak. Mataku membulat apabila tiga orang pengawal datang mengheretku keluar. Jeritan aku langsung tidak dipedulikan oleh mereka.

"TOLONG! TOLONG!"

NERAKA. AKU BENCI RUMAH MACAM NERAKA.

***

"Eunhye dari tadi lagi oppa tengok kamu gelisah ni. Kerja pun habis berterabur. Ada apa-apa jadi ke?"

Junho menggoncang bahu Eunhye apabila Eunhye seakan sedang mengelamun. 

"Huh? Apa dia oppa?"

Junho menggelengkan kepalanya ke kiri dan kanan.

"Oppa, Eunhye nak keluar boleh?"

"Pergi mana?"

"Rumah Shin..."

Eunhye melangkah keluar dari kedai tersebut sebelum Junho sempat menghalangnya.

"EUNHYE!"

"O-oppa, mian."

Dia melangkah dengan laju manakala Junho mula berlari mendapatkannya.

"Eunhye, oppa janji nak bawa kamu keluar makan kan lepas ni. Lupa ke?"

"Tak... Tak lupa."

"Sekarang dah nak masuk pukul 2 petang."

Eunhye meraih lembut tangan Junho. Tersentak seketika lelaki itu.

"Eunhye nak jumpa Shin kejap. Please."

"Oppa atau Shin yang lagi penting?"

"O-oppa."

"Kalau macam tu pergi bersiap sekarang. Oppa bawa kamu keluar makan."

Eunhye mengangguk lalu melangkah longlai kembali ke kedai manisan milik Junho. Junho meramas kasar rambutnya, "Aku jahat sangat ke kalau aku nak dia sayang cuma aku seorang sahaja?"

TBC

LUCAS NCT AS RYU SHIN

LUCAS NCT AS RYU SHIN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[ C ] Salah Chat + HANNWhere stories live. Discover now