Hann ♠ 01

954 76 0
                                    

01 - The day before yesterday

"Someone who clings on the past won't have a future."

Aku rasa kata-kata tu sesuai untuk diri aku. Masa hadapan aku dah hancur sekarang. Tiada apa lagi yang tinggal. Cuma aku yang keseorangan.

Aku memeluk tubuhku yang menggigil kesejukan itu. Tanpa selipar, tanpa tempat untuk berlindung, cuma hanya ada diri aku sahaja.

Tapi semua ni salah aku.

Kalaulah aku tak terima buku tu. Kalaulah aku tak buka buku tu. Kalaulah aku berfikir panjang waktu tu.

Dah tentu... keadaan akan jadi lebih baik bukan?

Flashback sehari sebelum semalam.

"Apa ni Eunhye? Sampah apa yang awak tulis ni? Saya suruh tulis cerita yang menarik bukan bosan macam ni!"

Aku tertunduk memandang lantai. Hanya bibir yang asyik menyebut kata 'maaf'.

"Mana diri awak yang dulu? Waktu awak serahkan manuskrip beberapa tahun yang lalu, cerita awak disanjung oleh orang ramai sampai orang minta buat adaptasi drama pula. Sekarang awak buat sampah pula. Cerita tak boleh pakai. Jalan cerita hampeh. Awak rasa syarikat mana lagi yang nak terbitkan buku awak ni?"

Bibir diketap menahan rasa. Nafas dihembus perlahan. Wajahnya yang berang itu membuatkan aku agak takut untuk berpaling ke arahnya.

Mungkin... aku memang pengecut orangnya. Aku tak sehebat heroin dalam novel, manga dan drama. Hidup aku macam orang biasa sahaja. Selalu akan ada masalah yang menimpa sampai satu tahap aku penat nak hidup. Aku letih berjuang seorang diri. Aku dah letih nak tahan diri daripada menangis bila orang tanya aku ok ke tak.

"Eunhye, kamu dengar tak saya cakap ni? Ke tengah mengelamun lagi? Kamu ni tak habis-habis nak berangan. Tolonglah jadi pekerja yang bagus di syarikat—"

Aku terus memotong kata-kata boss aku, Puan Seok, "Puan, saya nak berhenti kerja."

Puan Seok memandang aku dengan sinis. Dia berjalan seperti sebuah bulatan, mengelilingi aku dan memaki hamun aku sesuka hati.

Aku tak kesah. Aku tahu aku masih boleh sabar.

"Bagus rasanya awak dah boleh angkat kaki. Nah gaji."

Dengan selamba cucur badaknya, Puan Seok melemparkan wang ringgit yang dia ambil dari dompetnya tepat ke muka aku.

Terkedu aku buat seketika. Tapi aku dah boleh agak akan jadi macam ni. Macam aku tak biasa pula.

"Bye, Puan Seok. Semoga kita takkan jumpa lagi." balas aku lalu melangkah pergi dari pejabat Puan Seok, pemilik syarikat penerbitan buku yang terkenal di Korea.

Kring kring ~

"Oi, pekak ke? Bangun cepat la setan!"

Aku terus bangkit daripada tidur apabila alarm telefon aku berbunyi.

"Ish, aku tak pekaklah!"

Bangkit sahaja dari katil, aku bersiap seperti biasa untuk mencari kerja.

Takkan nak menganggur pula? Makan minum ayah aku macam mana?

Setelah bersiap, aku melangkah keluar dari rumah lalu berjalan-jalan di sekitar bandar untuk mencari kedai buku.

Mungkin ada kedai buku yang nak pakai pekerja sekarang. Maklumlah, sekarang bulan 12 dah nak menutup tirai. Umur aku pun akan menginjak ke 29 tahun.

Dah tua kan?

Aku berhenti berjalan tatkala terlihat papan tanda di sebuah kedai antik yang cantik.

Carpe Diem Shop

Dengan segera, aku keluarkan resume aku dari beg lalu menolak pintu kedai tersebut.

Aku terkejut saat bau bunga yang wangi menerobos masuk ke dalam hidung aku.

Kelihatan seorang gadis yang memakai hanbok datang kepada aku bersama senyuman manis.

"Selamat datang cik," dia berkata lagi, "Cik datang untuk cari kerja atau ... untuk kembalikan kelopak mawar yang jatuh?"

"Hah? Ke-kelopak mawar?"

"Ya." perempuan itu tersenyum penuh makna.

"Cik nak tak ... kembali pada dia?"

"Dia? Siapa?"

"Lelaki yang dah lama tinggalkan dunia ni." katanya penuh dengan ketenangan.

Aku tersentak.


TBC

[ C ] Salah Chat + HANNWhere stories live. Discover now