AMARAN : TERLALU MANIS UNTUK READERS ‼
Eunhye POV
"Chung Eunhye?"
Satu suara serak basah tiba-tiba menyapa gegendang telinga aku. Entah kenapa jantung aku berdegup-degup kencang dan bunga-bunga kebimbangan pula menjamah hati aku. Aku berpaling ke belakang, melihat satu figura yang sedang berdiri tegak tanpa senyuman terhias di wajahnya. Aku tergamam seketika seolah-olah masa sedang berhenti.
"Eunhye?"
Lamunan aku terhenti. Aku kembali ke alam realiti dan dia masih berdiri tegak di sini atau lebih tepat lagi di hadapan aku sekarang.
"Ya?"
Jadi ini rupanya Jeon Junho, lelaki yang berjaya mencuri sekeping hati milik aku. Iras sungguh wajahnya dengan Jungkook, artis terkenal di Korea Selatan. Dan semestinya teramat kacak.
"Kau girlfriend Yoongi kan?" soal Junho sambil menunjukkan aku wajah Yoongi yang sedang bersamaku.
Aku menganggukkan kepalaku sambil memandang tepat anak matanya. Dia terus mengelak daripada bertembung mata denganku. Kenapa pula?
"Dia cakap suruh aku temankan kau. So kau nak pergi mana ni?"
Junho pandang wajah aku sekilas sebelum melihat sekitar taman permainan kanak-kanak ini. Aku tertunduk sebentar menahan air mata yang mungkin mengalir bila-bila masa sahaja.
"A-aku nak beli aiskrim sahaja.Kemudian pergi lepak kat mana-mana tempat yang seronok." balasku sambil mengukirkan senyuman manis.
"Tch,aiskrim sahaja? Aku penat-penat datang teman kau ni, kau nak beli aiskrim jer?" Junho menyoal dengan ragu. Pandangan matanya yang sinis dan tajam itu ditujukan ke arah aku.
"Shit."
Aku menekup mulut . Alahai, pertama kali kita berjumpa aku boleh mencarut pula. Oh tuhan ampunilah dosa aku.
"Tak perlu sorok pun. Cuma elakkanlah mencarut supaya hati tidak menjadi kotor. Jom aku bawa kau pergi ke tempat lain."
Tangan aku terus ditariknya pergi. Aduh tangan dia pun lembut selembut kulit bayi. Comel!
***
.
.
.
Junho POV
"Sini lagi best!" kataku sambil melepaskan tangan gadis genit itu. Baiklah, jujur aku cakap, aku tak tahu kenapa aku tak nak lepaskan tangan dia sebenarnya.Jangan Junho.
, dia kan milik Yoongi, kawan kau."Ala tapi aku nak aiskrim!" rengek Eunhye sambil memuncungkan bibirnya seperti mulut itik. Aduh, kenapa comel sangat ni?
Tunggu, dah kenapa dengan kau ni Junho? Kau kan dah ada Hee Lili, tolong jangan curang boleh tak?
"Kau tunggu sini,aku nak pergi beli aiskrim untuk kau."
Aku bergegas berlari menuju ke kedai aiskrim yang terletak tak kurang 5 meter dekat dengan tempat Eunhye berada.
***
Beberapa minit telah berlalu. Aku sedang berjalan menuju ke arah gadis berambut ikal mayang itu. Di tangan aku terdapat dua kon aiskrim perisa coklat.
"Eun—"
Langkah aku terhenti sebaik sahaja terdengar nyanyian dia. Aku mencuri dengar dari belakang. Suaranya yang merdu itu membuatkan hati aku menjadi separuh gila.
Entah kenapa aku rasa tersentuh sangat dengan nyanyian tersebut. Siapa kau sebenarnya, Eunhye? Kenapa aku rasa sakit bila jumpa kau? Aku pernah kenal kau ke sebelum ni ?
"Eunhye." tuturku perlahan.
Aku menapak mendekatinya. Dia berpaling sambil menyapu bersih air mata yang bertakung di juring matanya.
"Eh, Junho? Terima kasih." katanya sambil mengambil aiskrim coklat yang aku hulurkan tadi. Kenapa kau senyum kalau hati kau sedang sakit sekarang ni?
"Eunhye, kau kenal aku tak sebelum ni?" tanya aku dengan wajah yang serius.
Eunhye menggeleng laju.Kenapa aku berasa sedih sangat ni? Ah abaikan sahaja perasaan ini.
"Artis hot macam kau, mana nak pandang orang biasa macam aku ni." Eunhye bersuara sambil cuba mengelak daripada memandang tepat pada anak mata aku. Dia sembunyikan sesuatu?
"Aku jeon junho. Dan aku seronok jumpa kau hari ni."
Eunhye pandang aku lama dengan seribu satu makna aku tak dapat nak tafsirkan. Aku membalas pandangannya dengan kenyitan mata. Dia tersentak sebelum air mata mula meleleh di pipi gebunya.
"Aku rindu kau!" jeritnya sambil menundukkan kepala.
Kenapa dia menangis pula ni? Rindu aku? Baru jumpa dah rindu?
"Woi kau kenapa?" aku menjentik dahinya dengan lembut.
"AKU CAKAP AKU RINDU KAU! KAU TAK FAHAM BAHASA MELAYU KE? NAK AKU CAKAP CINA? INDIA? BANGLA? KOREA?"
Wajahnya teramat merah. Sambil itu, dia memukul dada bidang aku dengan kuat. Ingat tak sakit ke minah ni buat macam ni?
"Shh dah jangan sedih-sedih. Nanti cepat tua.''
Aku memujuknya dengan mengusap rambut hitam milik dia. Dia guna syampu apa ni? Sunsilk ke wangi sangat ni?
"Weh, Junho. Kenapa kau dah tak chat aku?"
Sejak bila dia kenal aku ni? Tak chat?
"Kau siapa sebenarnya Eunhye?"
"A-aku kawan kau."
"Oh ya? "
"Y-ya"
Baiklah kalau dia kawan aku, tak salah kan kalau aku peluk dia? Tanpa berfikir panjang dan melengahkan masa, aku terus menarik dia masuk dalam dakapan aku.
"Anggap ni pelukan daripada kawan kau jer. Jangan syok sangat. Kita kan kawan."
Noktahkanlah pertemuan ini.
**
SO GUYS , THIS IS SPECIAL CHAPTER .
MAAAFLAH KALAU TAK SESWWEET YANG KORANG HARAPKAN !
❤VOTE AND COMMENT PLEASE .
AKHIRNYA DIORANG JUMPA JUGAK !
YOU ARE READING
[ C ] Salah Chat + HANN
HumorSebab aku tersalah chat kau , kisah cinta kita pun bermula . " Aku sesekali takkan pernah tinggalkan kau sebab aku dah mula sayangkan kau walau siapapun kau sebenarnya " #1 in humor [8/04/2018] #75 in fanfiction [27/05/2018] [WINNER HUMOUR OF THE IC...