Aku dah buat keputusan hari ni untuk luah segalanya. Tak kesah macam mana pun, aku akan tanggung risikonya. Aku sanggup sebab aku dah tak boleh tahan. Ya, aku tahu aku cukup bodoh menerima tawaran Ivy tapi mungkin ada gunanya juga bukan? Aku belajar untuk melepaskan masa lalu dan terima kenyataan hidup.
Hari ni Jeon Junho dan Kim Ji An akan berkahwin secara rasmi di hotel lima bintang.
Aku takkan pergi ke majlis tu. Aku rasa dah cukup muak melihat wajah dia. Dah muak bertahan sampai satu tahap aku tawar hati dengan dia.
Dimana pun aku berada, Junho dan aku takkan bersama.
Sekarang aku sedang berdiri di atas sebuah gelongsor. Mataku tertancap pada langit malam dengan bintang yang berkelipan. Sungguh cantik namun tak seindah apa yang aku rasa sekarang.
Ikatan tali merah pada rambut aku dibuang. Terurailah rambutku yang ikal mayang berwarna blonde.
Aku terdongak ke langit buat sekian kalinya lalu mendail nombor Junho.
Tutt tutt ...
"Hello? Eunhye? Mana kamu? Oppa nak ambik gambar keluarga ni!"
"Awak dah kahwin Junho?"
"E-eunhye? Kenapa ni?"
"Jeon Junho. Saya cintakan awak. Sebenarnya saya bukan datang dari dunia ni tapi dunia lain. Saya datang untuk jumpa awak. Rindu nak tatap awak. Bau.. coklat kat badan awak tu. Rindu. Rindu sangat."
"Eunhye—"
"Diam. Saya nak cakap ni. Awak takkan ingat saya. Kenangan kita berdua, takkan ada satu pun yang kekal. Harapan saya moga awak bahagia. Selamat tinggal."
Talian diputuskan. Aku menyapu bersih cecair jernih yang mengalir tadi. Tapi, buat sekian kalinya ia gugur membasahi lagi pipi aku yang terasa hangat.
"Eunhye, awak sedia?"
"Sedia."
"Awak yakin? Kontrak awak ..."
"CHUNG EUNHYE! KAU BUAT APA KAT SITU HAH?" jerit satu suara.
Aku memandang ke hadapan. Kelihatan Shin yang tercungap-cungap bernafas memandang aku. Bahu aku terhinjut melihatnya menangis.
Badan aku yang sudah tidak boleh bergerak menyukarkan aku untuk mendekatinya. Shin terus menangis di situ. Namun, air matanya diseka lalu dia berlari memeluk aku.
"Kau nak tinggalkan aku ya?"
Aku mengangguk sedikit. Tak sangka, air mata yang merembes keluar tadi semakin banyak.
"Takpe. Tinggalkanlah aku. Dunia lain... Aku harap akan jadi lebih indah. Eunhye, aku sayangkan kau lebih daripada seorang kawan. Terima kasih sebab kau dah rawat hati aku, kau dah tutup luka hati aku. Kau segala-galanya dalam hidup aku. Pemergian kau akan aku rindu tapi jangan risau, aku akan teruskan hidup dan jadi lebih kuat." ujar Shin sambil menguraikan pelukan itu tadi.
Badan aku makin lama makin menghilang. Seakan ada bebuih cahaya yang datang mengelilingi aku.
Shin memegang erat tangan aku sebelum aku hilang begitu sahaja.
"Shin... Suara yang kau dengar haritu rupanya suara aku."
"Goodbye, Shin!"
YOU ARE READING
[ C ] Salah Chat + HANN
HumorSebab aku tersalah chat kau , kisah cinta kita pun bermula . " Aku sesekali takkan pernah tinggalkan kau sebab aku dah mula sayangkan kau walau siapapun kau sebenarnya " #1 in humor [8/04/2018] #75 in fanfiction [27/05/2018] [WINNER HUMOUR OF THE IC...