Hann ♠ 02

789 61 7
                                    

Still flashback

"H-hah, apa maksud cik?"

"Awak lupa atau pura-pura lupa?" soalnya kembali pada aku.

Aku meneguk air liur sendiri. Terasa berat mahu menyebut nama itu. Sayu dan pilu menghambat perasaan.

"Jeon Junho," aku mengeluh perlahan, "Dia dah mati 6 tahun yang lepas."

Gadis itu tersenyum ke arah aku. Tangannya dihulurkan pada aku. Tanpa ragu, aku menyambut tangannya.

Tiba-tiba aku dan dia berada di dalam sebuah bilik yang penuh dengan buku. Kelihatan tempat ini seperti sebuah perpustakaan.

Entahlah, aku pun tak pasti.

"Cik... kita... kita kat mana ni?" soal aku dengan nada yang jelas ketakutan.

Jangan cakap dia ni ahli sihir jahat yang nak bunuh aku atau buat korban!

"Eunhye, jangan risau. Saya cuma nak tolong awak." jelasnya.

Berkerut terus dahi aku.

"Tolong? Maksud cik?"

"Panggil saya Ivy."

"Baiklah Cik Ivy, boleh saya tanya satu soalan tak? Cik Ivy nak buat apa kat saya? Kat mana kita dan siapa cik yang sebenarnya?" aku menyoalnya bertubi-tubi.

Dia mengukir satu senyuman manis.

"Relaks, saya Ivy, ahli magis. Dan hari ni awak bertuah sebab jumpa saya. Setiap 31 Disember setiap tahun, saya akan cari seorang pelanggan bertuah untuk tunaikan hajat mereka. Sama ada baik atau buruk. Dan awak orangnya untuk tahun ni. Saya tahu keinginan yang paling awak mahukan sekali."

"Cik Ivy... saya tak nak apa-apa. Saya-"

Belum sempat aku menghabiskan ayat aku, muncul sebuah bola kristal di hadapan aku. Aku terkedu.

Aku nampak Junho, berkaca mata sedang bercakap dengan seseorang penuh ceria. Suaranya yang lunak, wajahnya yang tampan dan senyumannya yang manis.

Ada cecair jernih yang mengalir di pipi aku. Aku menekup tanganku.

"Dia hidup? J-Junho hidup?"

Ivy mengangguk, "Ya, dia hidup dalam dunia lain. Dunia tanpa wujudnya awak di dalamnya, Eunhye. Dia sihat, ceria dan selalu tersenyum. Macam apa yang awak harapkan selama 6 tahun ni. Inilah hasilnya."

Aku nak sentuh dia.
Aku nak peluk dia.
Haruman coklat pada baju dia, sungguh aku rindu nak tatap dia.

"Cik Ivy... kalau macam tu... tolonglah bagi peluang untuk saya jumpa dia. Saya nak tegur dia, saya nak peluk dia, saya nak tengok senyuman dia."

"Boleh, tiada masalah. Sekarang, pilih kad yang ada depan awak ni."

Ada berbelas kad berwarna hitam di atas meja itu. Setiap kad mempunyai corak yang tertentu. Tapi ada satu yang menggamit perhatian aku, Spade Card.

"Spade? Well, interesting."

"Apa maknanya Cik Ivy?"

"Setiap kad mempunyai cara yang berbeza. Disebabkan awak pilih kad ni, awak kena ikut peraturan yang ditetapkan oleh kad ni. Cuma ada tiga syarat sahaja untuk awak."

"Apa syaratnya?"

"Pertama, awak tak boleh dedahkan identiti awak pada sesiapapun. Kedua, awak tak boleh luahkan apa yang awak rasa pada sesiapapun. Ketiga, sembuhkan hati lelaki tu. Ingat, awak cuma ada 4 musim sahaja. Setiap musim, gaya rambut awak akan berubah. Jangan pernah sesekali pun buang ikatan rambut tu. Bila awak pergi sana, awak bukan manusia lagi tapi roh. Kalau ikatan tu terlepas, awak akan hilang perjanjian kita dan sesat selamanya."

"Baiklah, saya sanggup. Jadi macam mana saya nak pergi ke sana sekarang?"

"Tunggu dulu, ada bayarannya."

"Bayaran? Duit ke? Maaf tapi saya takde duit."

"Nyawa awak?"

"Ambil lah, saya bukan nak hidup pun."

"Eh, tak. Bukan tu yang saya nak. Saya akan ambil bakat menulis awak. Jadi, lepas awak dapat apa yang awak nak, awak dah tak boleh menulis dah lepas ni. Itu harga yang awak perlu bayar."

Aku... aku sanggup!

"Saya terima!"

Dan serentak itu pandangan aku mulai kabur.


"Kelopak bunga ni masa awak. Bila semua kelopak rose ni jatuh, ia menandakan masa awak dah tamat. Good luck Eunhye."




End of flashback

"Aku dah buat apa ni?" bisikku perlahan sambil meramas rambut aku perlahan.

Rasa bodoh pula. Buat apa aku cari dia lagi?

Dah la tadi aku kena kejar dengan lelaki gatal.

Sekarang hujan. Tanpa perlindungan dan pakaian yang carik di bahagian bahu dan paha, aku malu. Malu kalau aku jumpa Junho dengan keadaan macam ni.

"Cik, okay tak?"

Suara tu. Aku kenal suara tu!

Perlahan-lahan aku mendongak apabila seorang lelaki berdiri di hadapan aku sambil memegang sekaki payung lutsinar.

"O... okay." balasku.

Ah, kenapa mata aku kabur waktu ni?

Bodoh, jangan menangis boleh tak?

"Masuklah dalam kedai saya. Saya belanja cik minum." katanya masih dengan nada yang ceria.

Aku menyapu bersih air mata yang mengalir.

Kita bertemu kembali akhirnya, Jeon Junho.

TBC ♠


Jeon Jungkook as Jeon Junho.

P/s : Maaf ya kalau cerita ni mengarut sikit. Hehehe.

[ C ] Salah Chat + HANNWhere stories live. Discover now