Hann ♠ 09

576 50 2
                                    



6 bulan kemudian ...

"Oppa, Eunhye nak yang ni!"

"Nak yang ni ya? Ok, oppa belanja. Ada apa lagi yang Eun nak?"

"Eunhye nak makan tu. Cepatlah oppa, jom pergi makan kat sana!"

"Hahaha jom~"

Dengan penuh gembira, mereka berdua makan bersama siap berborak riang lagi tanpa perasan ada yang sedang memerhatikan mereka berdua ketika ini.

Shin berdiri dengan penuh kesedihan. Ada senyuman kecil yang menghiasi bibirnya tatkala melihat gadis itu sedang seronok menikmati hidangan. Senyuman dan gelak tawa itulah yang dia rindukan.

"Dah 6 bulan kita tak berjumpa, Eunhye. Sekarang, aku dah tak perlu risaukan kau. Aku tahu kau akan selamat. Maafkan aku sebab pergi tak bagitau kau selama ni. Aku memang pengecut dan aku janji satu hari nanti aku akan jadi kuat." bisiknya sebelum memandang Eunhye buat kali yang terakhir.

Dibukanya langkah pergi dengan sedikit longlai. Jika masa mengizinkan sudah pasti dia akan menatap wajah gadis itu lebih lama. Tapi memang dia harus pergi sekarang.

Hospital Busan


"Kamu pergi mana tadi hah Shin? Ada mama benarkan kamu keluar? Jangan harap kamu boleh keluar lagi. Humph!"

Puan Ryu berjalan penuh angkuh meninggalkan Shin yang tertunduk memandang katil hospital.

"Shin dah muak hidup macam ni mama. Shin tak sakit tapi otak mama dan papa yang sakit. Shin nak jumpa kawan Shin bukan terperap dalam hospital ni. 6 bulan Shin tunggu untuk keluar. Dalam 6 bulan tu Shin makan banyak ubat untuk sembuhkan tubuh Shin yang memang lemah sejak kecil lagi. Shin dah muak muak muak!"

Back to Jeon Junho and Eunhye situation -

"Eunhye, hari ni oppa nak tunjuk sesuatu kat kamu." bicara Junho sebaik sahaja mereka keluar dari restoran ayam itu.

"WAH APA DIA OPPA? HADIAH KE?"

"Erm, lebih kurang?"

"Nak tengok-tengok!" Eunhye menggoncang lembut lengan Junho sambil tersenyum manja.

"Kenalkan bakal kakak ipar kamu, Kim Ji An." kata-kata Junho itu membuatkan Eunhye terkilan.

Hancur terus hatinya melihat Ji An, guru subjek seni di sekolahnya datang lalu memeluk erat lengan Junho.

"Hello Eunhye~"

Terus Eunhye lepaskan rangkulannya pada lengan Junho melihatkan wajah bahagia Cikgu Ji An.

"Cik...cikgu, selamat pa..pagi."

"Ala comel la kamu ni Eunhye." pipi Eunhye dicubit lembut oleh Cikgu Ji An.

Cikgu Ji An, seorang cikgu yang baik hati dan cantik pada mata Eunhye. Cikgu inilah yang selalu memberi semangat kepadanya, selalu tersenyum melihatnya dan percaya kepadanya.

Tapi kenapa cikgu ini yang perlu merebut hati milik Junho?

"Ah, mesti korang berdua dah nak kahwin kan?"

"Ah yang tu ... B-belum lagi. Hehe." balas Junho sedikit malu.

Cikgu Ji An yang mendengar, menekup mukanya kerana malu.

Eunhye mengetap bibirnya. Sedikit geram dengan situasi yang dihadapi olehnya.

"Oppa, oppa cintakan Cikgu Ji An?"

Dia memandang penuh kesal wajah Junho yang tersenyum lalu mengangguk.

"Cikgu Ji An? Cikgu pun suka abang Eunhye ya?"

Mereka berdua mengangguk serentak. Eunhye menahan emosinya ketika itu. Dia tak boleh menangis dan tunjuk rasa kecewanya di situ. Dia harus jadi kuat!

"Kalau macam tu, Eunhye... r-restukan. Selamat berbahagia." selesai sahaja dia berkata, Eunhye melangkah pergi.

Tangannya menekup kuat mulutnya supaya bunyi tangisan tidak kedengaran. Rasanya inilah apa yang Ivy minta suatu ketika dahulu.

Baru dia ingat tujuan dia ke sini.

Bahagiakan Junho. Jadi inikah kebahagian lelaki itu?

Bukan bersama dia tetapi bersama Cikgu Ji An?

TBC

+vote
+comment

Rasanya apa yang akan jadi lepas ni?

Cuba teka 😆

[ C ] Salah Chat + HANNWhere stories live. Discover now