"Nakamo Yuta!" aku mengangkat wajahku lalu meletakkan sejambak bunga yang baru aku beli tadi ke belakang badanku.
"Opps! Sorry! Nakamoto Yuta." dia tersengih lalu berjalan menuju ke arahku. Aku meneguk air liurku. Aku rasa sangat gementar.
Aku tidak boleh memandang matanya.
"Yah, ada apa nak jumpa aku ni? Malam-malam macam ni, pelik lah kau ni!"
"A-aku..."
"Apa ada kat belakang tangan kau tu?" soalnya membuatkan aku angkat muka dan memandang ke arahnya yang sedang memandangku itu. Air liurku sekali lagi aku teguk perlahan.
"Tak... tak ada apa." jawabku lalu tersenyum senget.
"Harumnya kau. Kau pakai minyak wangi sebotol buat apa?" aku mengetap bibirku. Aku tunduk memandang tanah semula.
"Oh! Aku tau!" aku mengangkat wajahku semula. Dia kelihatan agak teruja.
"Kau nak jumpa aku sebab nak tips dari aku! Tips untuk pikat hati seorang perempuan! Betul kan?" soalnya padaku. Aku ketawa kecil lalu mengangguk.
"Haah. Macam mana eh, nak pikat hati seorang perempuan?" kataku lalu memandang wajahnya yang kelihatan berseri hanya diterangi lampu di taman itu.
"Pickup line dah lapuk! Cuma perempuan gedik suka. Seorang perempuan yang setia, baik hati tak kesah pun dengan pickup line habuk tah apa apa tu. Dorang hanya mau keikhlasan seseorang lelaki itu. Kau hadiahkan lah dorang apa-apa, murah-murah pun tak apa, asalkan, bukan benda yang pelik." katanya panjang lebar lalu tersengih.
Aku tersenyum nipis. Aku melepaskan keluhan ku perlahan lalu memandang wajah nya semula. Dia masih tersenyum. "Hwaiting, Yuta! Kau mesti boleh pikat hati perempuan tu!"
Aku mendekati tubuh kecil milik Yumi lalu memeluknya. "Yumi, aku suka kau. Aku cintakan kau."
"Yu-yuta... Apa-"
"-aku cuma nak pikat hati kau, bukan pikat hati perempuan lain."
"Yuta, lepas..." dapatku rasa dada ku ditolak perlahan. Aku pun meleraikan pelukan. Sejambak bunga yang dari tadi aku sembunyikan di belakangku aku hulur kepadanya.
"Please, accept my heart."
Aku memandang matanya, lama. Berharap agar dia menerima ku.
Perlahan-lahan, bibirnya menguntum segaris senyuman ikhlas. Aku turut tersenyum.
"Betullah kata orang, tiada erti persahabatan antara perempuan dan lelaki."
Perlahan-lahan, bibirku tidak lagi mengukir sebaris senyuman. Apa maksud dia? Kenapa dia berkata begitu?
"Aku gembira kau akhirnya dapat jumpa seseorang yang kau cinta, tapi kenapa aku? Kawan baik kau sendiri? Aku tak sanggup."
"Yumi, aku cintakan kau."
"Kenapa mesti aku? Kita hanya kawan."
"Kau pun tau kan, yang tiada erti persahabatan antara perempuan dan lelaki."
"Aku tau! Sebab itulah aku berhati-hati bila aku berada di tepi kau! Aku tak nak kau jatuh hati dengan aku!"
Aku mengeluh perlahan. Aku mengalihkan pandangan, jalan raya di tepi aku pandang sekejap sebelum memandang ke arah Yumi semula.
"Yumi..."
"Yuta, jawab soalan aku." aku memandang matanya yang berair itu. Perlahan-lahan, aku mengangkat tanganku lalu mengesat air matanya yang mula mengalir setitik demi setitik menggunakan ibu jariku.
"If I give you a chain,"
"Apa kau akan buat dengan rantai tu?"
Aku mengerutkan dahiku. Kenapa dia tanya soalan sebegitu? Soalan itu sangat pelik buatku.
Mataku terbuntang luas. Adakah dia maksudkan pasal peristiwa beberapa bulan yang lalu?
"If you give me a chain, aku akan ikat kau dengan rantai tu-"
"-dan simpan kau dalam bilik aku selama-lamanya." jawabku lalu memandang ke arah wajahnya yang masih cantik walaupun tengah menangis itu.
Aku pantas mendekatinya lalu mencium dahinya, pipinya, dan bibirnya. "Dan aku akan cium kau macam tu, setiap hari."
"Please, Na Yumi."
"Ok. I will." perlahan-lahan, bibirku menguntum senyuman lebar dan pantas aku memeluknya erat. Aku mencium dahinya berkali-kali lalu memeluknya sekali lagi dengan sangat erat seolah-olah tidak mahu melepaskannya.
"Yah Nakamo Yuta! Lepaslah! Kau nak aku mati ke?"
Aku meleraikan pelukan lalu tersengih memandang ke arah Yumi yang mula mengukir senyuman itu. Aku tersenyum lega. Aku mencium dahinya.
"Terima kasih sebab terima aku."
"Aku terima kau pun sebab aku tak nak kau jadi gay."
"Yah! Na Yumi!"
"Haha, aku gurau je lah! Aku terima kau ikhlas!"
Aku tersenyum sekali lagi. Rambutnya aku gosok sehingga kusut lalu sekali lagi aku memeluknya. Aku masih tidak puas memeluknya.
"Dah dah lah peluk aku! Aku rimas lah!"
"Tapi lepas kita kahwin nanti, kau kena buang rasa rimas kau tu."
"Apa maksud kau?"
"Sebab aku akan peluk kau atas katil dan tak kan lepaskan kau!" aku ketawa sinis lalu mendukungnya membuatkan dia terkejut dan terjerit. Aku tersengih lalu membawanya ke arah keretaku.
Aku rasa sangat lega, sebab cinta pertamaku terima cintaku.
Gomawo, Na Yumi.
Aku janji, aku akan cintakan kau selama-lamanya,
tak kiralah apa yang akan berlaku.
Perkara buruk tidak menjadi penghalang aku cintakan kau.
Sebab,
kau lah perempuan pertama yang dapat pikat hati aku dan aku tau aku akan cintakan kau sehinggalah aku berhenti bernafas.
Aku yakin.
❣- the end
ok no comment. oh, no no no, one comment.
CLICHE.

ANDA SEDANG MEMBACA
C ; Chain ➫ nmy
Kısa HikayeNeo Culture Technology ➷ Nakamoto Yuta "If you give me a chain, aku akan ikat kau-" "-dan simpan kau dalam bilik aku selama-lamanya." ©️ftwjaehyun , my own idea so don't copycat my idea please . Thank you @ohmygoshki for the cool cover! ♡