A/N: Hadiahkan komen jika mahu second update. ♥
---
[Misi Hancurkan Hati JJK]Peristiwa kiss semalam masih terngiang-ngiang di minda. Aku terus mengelap mulut apabila bayangan Jungkook singgah di fikiran.
Tsk. Dah kenapa aku asyik terfikirkan budak gay tu? Ingat Hae Yoon!
Kau jangan pula tersasar daripada misi kau.
Hancurkan hati lelaki tu dan kau tinggalkan dia. Easy .
Aku mengusutkan rambutku dan menatap dinding bilik berwarna merah jambu itu.
Tak salah kan aku buat semua ni? Kesannya hanya akan hancurkan hati si anak Jeon. Tak lebih dari itu kan?
Kelopak mata aku pejam semula. Bantal aku peluk dengan erat. Nasib baik hari ni cuti.
Dapatlah rehatkan diri daripada hadap muka Jungkook.
---
Jungkook tersengih macam orang kurang siuman ketika terpandang wajahnya di cermin bilik.Gumpalan tisu ditekap di bibirnya. Atas dan juga bawah bibir. Bunyi dengusan marah keluar dari bibir lelaki itu.
Dengan hati yang sebal dan kecewa, dia gosok bibirnya yang terasa jijik. Jijik dengan perlakuannya terhadap Hae Yoon.
Semata-mata untuk tunjuk kejantanan dirinya, terpaksa gagahkan diri juga untuk kiss bibir gadis itu
"A-aku terpaksa. Terpaksa sangat. Aku benci perempuan."tutur Jungkook dengan nada sedih.
Matanya terpandang satu bingkai gambar di atas meja kecil yang terletak di tepi katil.
Jungkook menuju ke arah meja tersebut. Dia capai bingkai itu dan segera menghempaskannya ke lantai.
Bingkai gambar yang sudah remuk ditenungnya dengan wajah yang sudah dibanjiri air mata.
Hatinya menyimpan dendam yang besar terhadap perempuan itu. Sampai mati pun , dia tak akan maafkan.
Jungkook jatuh terduduk di atas lantai. Fikirannya yang kusut menyebabkan Jungkook mengambil serpihan kaca dan menggenggamnya kuat.
Rasa sakit dan darah yang mula mengalir laju dari tapak tangan tidak memberi kesan apa-apa kepada Jungkook.
Hatinya sudah lama menderita.
Dia jatuh terjelepuk di atas lantai. Suara seorang gadis yang kedengaran familiar singgah di telinganya.
"S-sakit sangat. Tolong aku."rintih Jungkook. Matanya terpejam menahan sakit.
---
Telefon pintar aku selit masuk ke dalam poket seluar belakang. Rambut panjang aku tarik naik ke atas dan aku sempat gayakan dengan gaya ponytail.Sempat lagi mulut aku berzikir kata makian terhadap rancangan gila si Taehyung itu.
Aku ambil beg yang terletak di atas katil dan melangkah keluar dari rumah untuk menuju ke rumah Jungkook.
Kim Taehyung memang bijak. Jika aku tidak menurut kemahuannya, wang 100k akan dikurangkan jumlahnya.
Ewah. Sudah pandai nak gertak orang ye bang?
---
Hae Yoon sampai di hadapan rumah Jeon Jungkook. Persekitaran yang sunyi membuatkan gadis itu berasa seram sejuk."Mana perginya orang dalam taman ni? Sunyi aje. Jungkook ni hantu ke apa?"bebel Hae Yoon.
Kepalanya terjenguk-jenguk mencari kelibat Jungkook. Loceng rumah pun sudah ditekan.
Hae Yoon mengambil keputusan untuk masuk sahaja tanpa izin Jungkook.
"Maaflah ceroboh rumah awak Kook. Saya rasa pelik ni. Terpaksa lah "ujar Hae Yoon seorang diri.
Terkebil-kebil mata gadis itu memandang sekeliling rumah Jungkook. Ruang tamu kosong tanpa sebarang manusia.
Tiada gambar potret keluarga. Warna cat pada dinding juga makin pudar seolah-olah tiada keluarga yang tinggal di dalam rumah tersebut.
Mungkin Jungkook tinggal keseorangan?
Bunyi esakan tangis dan raungan seorang lelaki dewasa mengejutkan Hae Yoon.
Kalut dibuatnya Hae Yoon pada waktu itu. Dia berlari menuju ke arah suara tersebut.
Mengucap panjang dia melihat keadaan lelaki itu. Skrin telefon pintar ditekan selaju mungkin untuk menelefon ambulans.
"J-jungkook, awak buat apa ni? Bangunlah!"
Wajah Jungkook yang tidak bermaya memberi tamparan yang hebat kepada Hae Yoon.
Jungkook ada masalah yang besar dan Hae Yoon harus bantu lelaki itu.
🎮
A/N: Maaf jika plotnya hambar :'(Happy monday. ♥
YOU ARE READING
[C]Misi Hancurkan Hati | JJK
FanfictionTiada siapa yang berani dekati Jeon Jungkook. Hanya seorang gadis sahaja yang mampu jinakkan lelaki segarang itu. Start : 22/9/2018 Status: Completed on 13/10/2018 Cover by: @nenektwa- ❤ #1 in fanfiction (10/7/2020)