19

7.4K 942 111
                                    

A/N: Chapter yang tertumpah berkilo gula dan berbaki satu chapter lagi sebelum tamat. ♥

[ Misi Hancurkan Hati | JJK]

-----
BAB 19
-----
Sesekali aku menjeling wajah Jungkook yang sedang ketawa riang menonton filem komedi yang tertayang di kaca televisyen itu.

Bentuk keningnya yang terukir kemas. Hidungnya yang terbentuk cantik dan bibir basahnya yang menggoda hati.

Matanya mengecil dan menjadi sepet akibat tidak henti-henti ketawa. Aku mengambil kesempatan untuk melingkarkan lengan di lehernya. Kepala Jungkook aku tarik rapat untuk didaratkan di bahu kanan aku.

"Seronok nampaknya. Kata date. Tapi, tak layan Yoon pun."usikku sekadar ingin memancing perhatian Jungkook.

Tangannya menggenggam erat tangan kiriku. Dia hanya berdehem sambil jarinya nakal bermain-main dengan hujung rambutku yang mengurai panjang.

"K-kook, geramlah saya dengan awak. Orang tanya , boleh pula tak nak jawab..nakal!"

Aku tersengih jahat. Idea untuk merajuk muncul tiba-tiba di fikiran. Aku menolak lembut kepala Jungkook dan berdiri untuk meninggalkannya.

"Pergilah merajuk. Aku malas nak layan kau. Layan filem lagi best. "Ujar Jungkook dengan nada riang.

Remote televisyen itu dicapai di atas meja kecil dan volume suara filem yang ditontonnya dikuatkan seperti menyindir tindakan merajukku.

Dasar arnab. Kau sengaja eh.

Aku mencebik bibir kegeraman dan melangkah masuk ke dalam ruang dapur.

Lebih baik hadap makanan daripada tunggu Jeon Jungkook pujuk.

Sampai bila-bila pun dia takkan pujuk. Hati kering sungguh mamat ni. Baru tadi je romantik benor ajak aku untuk date.

"Arnab Kook tak guna!"omelku tidak puas hati. Peti ais aku buka dan aiskrim Vanilla terus terpampang di pandangan mata.

Aiskrim kegemaran Jungkook aku pandang dengan perasaan jahat. Kening aku terjongket sedikit.

Nak tahu sesuatu tak? Si Juon Jengkuk tu paling pantang orang sentuh aiskrim faveret dia.

Siapa suruh kau tak pujuk aku? Kang dah kena game.

"Hahahahaha. Rasakan pembalasan aku Jeon Jungkook. Muahahahaha."

Aiskrim berkrim manis itu aku jilat dengan penuh keazaman.

Gembira apabila rasa geram mula terhapus.

----
Satu kotak berisi empat aiskrim Vanilla licin dimakan oleh Hae Yoon. Gadis itu tersandar di dinding dapur. Telapak tangan kanannya diusap ke perut.

Terasa begitu kenyang sekali. Mukanya habis comot dengan calitan aiskrim. Hae Yoon tersandar letih dan kekenyangan kerana baru sahaja berpesta sakan menghabiskan aiskrim kegemaran lelaki itu.

----
Mataku hampir kuyu kerana perutku terasa begitu kenyang.

Aku tutup kelopak mata sebentar.

"Merajuk apanya. Aiskrim aku kau kasi licin ye?"

Gulp.

Mata aku terus terbuka luas. Jungkook betul-betul berada di hadapanku. Tangannya mengunci tubuh badanku daripada melepaskan diri.

"Lepaskan saya. Nak balik. Dah tak nak date!" Aku memprotes dan bahu Jungkook aku cuba tolak.

Tapi, gagal.

Bahunya dikeraskan. Tubuh badannya semakin menghimpit badanku.

Ah,sudah.

"Aku dah craving lama nak makan aiskrim Vanilla. Kau, Yoon. Habiskan macam tu je. Tapi takpe, ada lebihan. Aku taklah geram sangat."ujar Jungkook.

Lebihan apa setan.

Bukan aku dah habiskan aiskrim dia ke? Takkan dia nak telan plastik aiskrim?

"J-jeon Jungkook, stop it !"aku memberi amaran apabila wajah lelaki itu mendekati serapat mungkin dengan wajahku.

Batang hidung kami saling bersentuhan.

Kata-kata Jungkook selepas itu benar-benar menggoyahkan imanku.

"Ada kesan aiskrim. Di pipi kanan, di dagu, di atas bibir dan di bibir bawah. Bijak kau Hae Yoon. Izinkan aku habiskan kesan-kesan ini. Nampak lazat."

Aku mengetuk lembut kepala Jungkook. Bibir lelaki itu terus mara ke hadapan dan memulakan misinya.

---
Jeon Jungkook menatap wajah Hae Yoon lama. Matanya dan hatinya mengagumi kecantikan wajah gadis yang dicintainya itu.

Dia ada misi baru.

Misinya menghabiskan aiskrim yang terpalit di sekitar wajah Hae Yoon.

"Arnab g-gatal!"jerit Hae Yoon yang sudah malu.

Gelakan Jungkook menjadi balasan kepada ungkapan kata-kata Hae Yoon.

Wajahnya didekatkan. Bibir si Jungkook mula memainkan peranan.

🎮
A/N: Sudah ready untuk chapter last?


[C]Misi Hancurkan Hati | JJKWhere stories live. Discover now