[Misi Hancurkan Hati | JJK]
Jungkook mengelap wajahnya dengan tuala kecil. Cincin pasangan yang sering dipakainya diletakkan di atas meja di tepi katil.
Kali ni dia betul-betul bertekad untuk membalas semula tindakan Hae Yoon kepadanya.
Dulu dia bodoh kerana cinta. Kini, dia berubah menjadi licik dan jahat juga disebabkan oleh cinta.
"Maaf Yoon, aku tak mampu nak tahan perasaan aku lagi. A-aku give up."tutur Jungkook sambil matanya merenung ke luar tingkap.
Fikirannya sudah bersiap sedia untuk menghancurkan pula hati Hae Yoon.
"Bukan kau seorang yang berjaya laksanakan misi hancurkan hati. Aku pun boleh."
T-shirt putih disarungkan ke tubuh badannya. Jungkook mengambil jaket kulit berwarna hitam lalu dibawa langkahnya keluar dari bilik tidur.
Baginya pada waktu itu, perempuan bernama Hae Yoon memang layak untuk menerima pembalasan.
Tiada belas kasihan.
---
Hae Yoon merenung minuman beralkohol yang diletakkan di hadapannya. Bunyi bingit di dalam kelab malam Bighit itu menambahkan kekusutan di otaknya.
"A-apa yang kau tak puas hati? Aku hampir settle misi aku. Jungkook dah frust. Leher aku kau tinggal bekas. Ingat, duit 100k mesti masuk dalam account bank aku dalam masa 3 hari lagi."Hae Yoon membebal panjang.
Gelas kecil berisi minuman beralkohol itu ditolak ke arah Taehyung. Lelaki berambut blonde itu tersengih memandang Hae Yoon.
"Marah betul Park Hae Yoon ni. Aku bet kau dah mula sayang kat anak Jeon tu. Tak gitu? Aku tak kisah la. Janji habis misi. Kau kena putuskan hubungan dengan dia."balas Taehyung.
Taehyung menepuk bahu Hae Yoon. Matanya secara tidak sengaja terpandang susuk tubuh seorang lelaki yang sedang melangkah ke tengah-tengah pentas tarian.
Satu-persatu tingkah laku lelaki itu diperhatikan Taehyung. Tanpa menunggu lama, dia memaksa Hae Yoon untuk memandang ke belakang.
Jungkook, dia datang ke kelab malam tersebut. Pemakaiannya menjadi tarikan ramai pengunjung kelab malam itu.
Jaket kulit berwarna hitam yang dipakainya terus ditanggalkan serta dicampak ke atas lantai.
"T-takkan si Jungkook kau tu..silap makan ubat. Dahsyat juga penangan kau Yoon!"
Taehyung memandang pergerakan Jeon Jungkook dengan mulut yang terlopong luas.
Bagaikan satu tarikan utama, Jeon Jungkook melangkah megah dan penuh menggoda ke arah seorang perempuan asing.
Perempuan asing itu membisikkan sesuatu ke telinga Jungkook. Lelaki itu sesekali mengangguk tanda faham.
Lengan kekarnya melingkari pinggang ramping perempuan di kelab malam tersebut.
Muzik menjadi bertambah rancak. Perasaan Hae Yoon juga menjadi semakin keliru.
Hae Yoon menggigit bibir menahan perasaan hati yang seperti ingin meletup.
Perempuan seksi itu menyelitkan duit di poket Jungkook. Dengan rakus, ditariknya muka Jungkook untuk disatukan dengannya.
Aktiviti nakal itu dilaksanakan betul-betul di hadapan orang ramai.
Jungkook menjarakkan muka sebentar untuk mengambil nafas. Hujung matanya menjeling ke arah Hae Yoon.
"Aku puas buat semua ni. Enjoy penyeksaan hati yang pertama, Park Hae Yoon."gumam Jungkook dan dia mencium semula perempuan asing yang tidak dikenalinya itu.
Sisi bad boy Jeon Jungkook sudah terdedah. Mahu atau tidak, Hae Yoon perlu terima.
Kerana misi hancurkan hatinya yang mula memakan diri sendiri.
🎮
Sampai tahap tu Si Jungkook mengamuk teruk ey?A/N: Cover book sudah bertukar. Sebab nak sesuaikan dengan mood chapter ini. ♥
Get well soon Jeon Jungkook. Your noona right here wishing you the best ♥
Update kedua malam ini. Jika sempat.
YOU ARE READING
[C]Misi Hancurkan Hati | JJK
FanfictionTiada siapa yang berani dekati Jeon Jungkook. Hanya seorang gadis sahaja yang mampu jinakkan lelaki segarang itu. Start : 22/9/2018 Status: Completed on 13/10/2018 Cover by: @nenektwa- ❤ #1 in fanfiction (10/7/2020)