A/N: Story ini already 1k votes. Baru je dua minggu. Terima kasih semua.♥
----
[Misi Hancurkan Hati JJK]
Jungkook menepis debu-debu yang mendarat di bahu Hae Yoon.
Sesekali lelaki itu melemparkan senyuman manis kepada Hae Yoon yang mencebik kegeraman.
Pipi lelaki kacak itu disentuh lantas satu cubitan manja diberikan oleh gadis itu.
"Awak berangan ke Kook? Sudah-sudahlah tu. Nak termuntah saya tengok. Ingat comel?"tutur Hae Yoon dengan nada mengusik.
Jungkook membalas pertanyaan Hae Yoon melalui gelak tawa yang sengaja dibuat-buat. Geli pula hatinya apabila mendengar soalan Hae Yoon.
Nak berangan apanya? Taehyung pun tak sedar perasaan Jungkook yang songsang itu.
Jungkook melabuhkan punggung di atas meja kuliah. Suasana dalam kelas lengang tanpa seorang manusia. Masing-masing sudah balik ke kelas.
Hanya tinggal Jungkook yang ralit melayan perasaan dan Hae Yoon yang setia menemani Jungkook.
"Kenapa Jeon? Awak fikir Taehyung?"tebak Hae Yoon sembarangan.
Mungkin Jungkook sedang fikirkan crushnya. Masa inilah dia boleh tahu sekuat mana perasaan gay lelaki berwajah comel tersebut.
Semuanya untuk memudahkan kerjanya untuk menggoda Jungkook.
Biar Jungkook tunduk tewas kepada cintanya.
Rahang Jungkook bergerak-gerak menahan rasa. Matanya bersinar memandang Hae Yoon.
Kepercayaan yang dibina terhadap gadis itu semakin hari semakin kukuh. Tiba masanya untuk dia luah isi hatinya dan Jungkook sangat mengharapkan bantuan Hae Yoon.
Untuk berubah menjadi manusia yang normal.
Tidak berpaling arah kepada perasaan yang songsang.
"A-aku sebenarnya.."luah Jungkook bersama perasaan malu yang menebal.
---
Aku memandang perlakuan Jungkook yang sudah bertukar rentak. Dia hanya tunduk merenung ke lantai.
Pipinya memerah. Beberapa saat kemudian, dia angkat kepala untuk menatap wajahku.
Menggodakan.
Kau cuba untuk goda aku dalam diam ke?
Jungkook menelan air liur. Kelopak matanya kelihatan berkedip-kedip berulang kali. Bibir bawahnya digigit lembut.
"Aku sebenarnya susah nak move on. Dah tahan. Rasa macam nak meletup lah Yoon. Aku makin bertambah suka dekat k-kawan kau, Taehyung."
Ah, parah ni. Habis tu yang dia kiss aku bagai. Takkan tak boleh nak lupakan Taehyung.
"Awak serious lah Jeon Jungkook? "Ujarku tidak puas hati.
Dah nampak dah misi aku dah mula nak merudum teruk. Aku tak akan gagal.
Tak akan sesekali!
"Sebab itulah, masa di hospital dulu, aku mohon sangat kau bantu aku. Jadi, sekarang terserah kepada kau. Aku bagi permit khas. Hanya untuk kau seorang. Buatlah sekarang."
Permintaan Jungkook yang tidak jelas dan tergantung membuatkan kerutan di kening aku bertambah ketara.
Rasa nak lempang aje si Jungkook jebon ni.
Buat apa..? Kiss kau sampai lebam?
"Buat apa? Saya tak fahamlah."aku membalas. Jungkook melompat turun dari meja.
Dia meluru ke arah aku. Satu pelukan Jungkook beri secara mengejut.
Mulut aku terlopong luas. Terkejut dengan tindakan Jungkook yang tak ubah seperti koala bear.
Pelukan dilonggarkan. Tangan kirinya mencapai tangan kananku. Kami sama-sama berpegangan tangan.
"Macam ini ke seorang boyfriend layan girlfriend dia? Aku tak salah kan. A-aku cuba untuk berlatih."
Tergagap-gagap mulut Jungkook menuturkan kata-kata. Kami berjalan menuju ke luar kelas.
Jungkook berhenti melangkah dan berpaling untuk menoleh ke arahku.
Jari-jarinya nakal menyentuh atas kepala aku. Kemudian, Jungkook ambil kesempatan untuk mengusutkan rambutku pula.
"Haish..buang tabiat ke Jungkook?"
---
Jungkook berdehem perlahan. Digarunya kepala yang tidak terasa gatal.
Hatinya teringin hendak mengajak Hae Yoon keluar date.
Tapi, dia malu hendak mengungkapkannya.
"Nak apa Jungkook?"
Desakan soalan daripada Hae Yoon menyebabkan Jungkook terus mengambil keputusan untuk berterus terang.
Rasanya Hae Yoon pasti tak akan tolak kan?
"A-aku nak ajak kau keluar date."
Jungkook hanya menjeling wajah Hae Yoon dari hujung mata.
Mengharapkan reaksi yang positif daripada wanita itu.
"Hahaha. Nak date? Mestilah saya setuju. Awak ni pun satu, nervous teruk apehal?"balas Hae Yoon.
Hampir Jungkook melompat kegembiraan tatkala jawapan Hae Yoon singgah di cuping telinga.
"Kalau macam tu, jomlah aku bawa kau sekara-"
Tutur kata Jungkook terhenti secara tiba-tiba. Seseorang memaut bahunya dari belakang.
"Aku nak join korang boleh?"
Hae Yoon yang begitu mengenali suara lelaki itu berpaling ke belakang.
Senyuman gadis itu menjadi gugup dan gementar.
"Taehyung, j-jomlah ikut."
🎮
A/N: Taehyung ni sengaja eh?Kasi komen banyak-banyak jika ingin update seterusnya.
Jangan lupa votes. ♥
YOU ARE READING
[C]Misi Hancurkan Hati | JJK
FanfictionTiada siapa yang berani dekati Jeon Jungkook. Hanya seorang gadis sahaja yang mampu jinakkan lelaki segarang itu. Start : 22/9/2018 Status: Completed on 13/10/2018 Cover by: @nenektwa- ❤ #1 in fanfiction (10/7/2020)