A/N: Terima kasih kepada adik senpai jiminklein_ untuk cover yang cantik. Do check her story too guys.♥
----
[Misi Hancurkan Hati | JJK]
Jungkook yang sememangnya terkedu dengan tindakan Hae Yoon segera menjauhkan diri. Ingin dilap bibirnya pada waktu itu, bimbang pula gadis tersebut akan berjauh hati.
"K-kita kiss?"soal Jungkook dengan mata yang terkebil-kebil memandang Hae Yoon.
Soalan bodoh yang dilemparkan oleh Jungkook membuatkan Hae Yoon menjengketkan kening. Bibirnya mengukirkan senyuman manis bak gula.
Hati kata lain. Mulut cakap lain.
"Sebab awak comel. Sebab saya dah tertarik dengan awak, Jeon Jungkook."
Kata-kata dusta hanya bermain di bibir Hae Yoon.
Demi duit yang berlipat ganda, adakah kau serius untuk mainkan hati lelaki polos ini?
Hae Yoon , sungguh licik dikau.
---
Destinasi seterusnya berakhir di tempat lepak kegemaran Jungkook. Di situlah tempat dia meluangkan masa seorang diri.Entah apa yang merasuknya, Hae yoon diajak untuk turut serta melawat tempat favourite Jungkook itu.
Sofa yang sudah buruk menjengah pandangan Hae Yoon. Jari telunjuk Jungkook memberi isyarat agar mereka berdua duduk di situ.
Sofa lama itu ditepuk kuat untuk menghilangkan debu-debu yang terkumpul tebal. Sudah begitu lama Jungkook tidak singgah ke tempat lepak yang terletak di tingkat paling atas ini.
Hati lelakinya terusik ketika kenangan lama mula menghimpit jiwa. Perlahan-lahan dia menggosok dada yang terasa sesak.
Kewujudan Hae Yoon amat diharapkan olehnya untuk menguatkan semangat Jungkook.
"Aku dah lama tak datang sini, Hae Yoon. Terlalu lama. Sebab aku sendiri tak mampu nak hadap kenangan lama."tutur Jungkook untuk memulakan bicara.
Dia merenung sekilas wajah Hae Yoon yang setia memandang wajahnya sebelum membuang pandangan semula ke langit.
Langit sudah bertukar gelap. Butiran bintang-bintang kian indah menyinari malam yang gelap. Hampir seharian dia keluar date bersama Hae Yoon.
Hatinya seolah terbuka untuk bercerita kepada gadis itu. Jungkook menarik nafas dalam-dalam dan menyambung semula ceritanya.
"Dulu aku ada seorang ibu. Aku tanam kepercayaan kepada dia. Kasih sayang aku yang menggunung menyebabkan aku buta daripada melihat kebenaran. Aku bodoh , Yoon. Bodoh sangat.."keluh Jungkook.
Matanya bersinar. Sekuat mungkin Jungkook tahan daripada menangis kesedihan.
Lagipun itu hal yang lama. Sekadar menjadi kisah. Bukannya akan berulang semula.
"Bodoh sangat kerana percayakan sikapnya yang keibuan tu. Sehingga, aku tak sedar dialah orang yang akan meragut kebahagiaan aku. Nak tahu apa dia buat, Yoon?"
Hae Yoon yang mendengar sejak dari tadi menganggukkan kepala. Jari-jari runcingnya menggosok lembut telapak tangan Jungkook.
"Teruskan Jungkook. Saya sedia mendengar."
Jungkook tersenyum lemah. Lantas, dia mendaratkan kepala di bahu Hae Yoon.
Air mata lelakinya tumpah juga akhirnya. Esakan halus dia cuba tahan daripada menarik perhatian Hae Yoon.
"Ibu aku hanya cintakan duit. Dia tamak kerana duit hingga sanggup khianati cinta ayah aku. Ayah aku kecewa, Yoon. Ibu aku lari kerana duit, ayah aku mati disebabkan cinta. Aku? Aku t-trauma Yoon."
Hae Yoon dapat merasakan genggaman tangan Jungkook yang semakin kuat. Bahu lelaki itu dipautnya.
"Saya nak awak n-nangis Jungkook. Nangis sepuas-sepuasnya. Jangan simpan dah perasaan tu."pujuk Hae Yoon.
Kata-kata Jungkook sedikit sebanyak menampar satu ingatan keras kepada Hae Yoon.
Dia sudah melaksanakan misi kepada orang yang salah.
Sudah terlambat untuk berundur Park Hae Yoon.
🎮
"Setiap orang ada kenangan lama. Jika ianya sedih, mohon tuhan tabahkan hati manusia yang lemah ini."
A/N: Konflik story ini akan bermula di chapters yang akan datang. Terima kasih. ♥
---
YOU ARE READING
[C]Misi Hancurkan Hati | JJK
Fiksi PenggemarTiada siapa yang berani dekati Jeon Jungkook. Hanya seorang gadis sahaja yang mampu jinakkan lelaki segarang itu. Start : 22/9/2018 Status: Completed on 13/10/2018 Cover by: @nenektwa- ❤ #1 in fanfiction (10/7/2020)