A/N: Update pertama untuk malam ini. Oops tengah malam. 💖
---
Day 3
[Misi Hancurkan Hati JJK]Aku melompat turun dari katil dengan diiringi semangat yang membara-bara. Hari ini sudah masuk hari yang ketiga.
Maksudnya aku ada baki lagi 57 hari lagi untuk tackle hati mamat beku itu. Bukan mudah tetapi aku tak boleh begitu senang menyerah kalah.
Tamat je 60 hari misi menghancurkan hati ni. Kaya raya aku. Siapa yang tak nak kan?
Mulut aku terus mengukir senyuman sinis. Aku capai tuala dan bergegas ke bilik mandi untuk menyiapkan diri ke sekolah.
---
Jungkook mendengus geram melihat pintu hadapan lockernya."Ada lagi perempuan ni lekat nota kecil. Dia ingat aku ni cepat melting? Pergi mampuslah."
Dia cabut satu persatu kertas sticky notes berwarna kuning yang tertampal di pintu locker tanpa membacanya sedikitpun.
Bagi Jungkook, kertas-kertas kecil itu hanya sampah. Sampah yang semakin merimaskan perasaannya ketika itu.
Jungkook mengambil buku dan segera beredar menuju ke dewan kuliah.
Sempat lagi dia menjulingkan mata apabila fikirannya teringatkan kelakuan perempuan gila itu.
Perempuan gila yang bernama Park Hae Yoon.
Ouch.
---
Hae Yoon melangkah perlahan memasuki dewan kuliah. Dia pandang seseorang yang sedang tekun mencatat nota di meja paling belakang.Hatinya dah berbunga riang. Pantas sahaja signal dalam fikirannya memberi peringatan.
"Jangan lupa misi kau , Yoon!"bisik Yoon dalam diam.
Dia menggenggam erat buku rujukan di dada. Hae Yoon berjalan menuju ke arah kerusi bersebelahan Jeon Jungkook.
Tanpa menunggu masa yang lama, Hae Yoon melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut. Telapak tangannya sudah terasa berpeluh sakan kerana cuak dengan sikap Jungkook.
Baru je duduk, Jungkook dah pandang dia serupa nak telan hidup-hidup. Hae Yoon telan air liur yang terasa kasar.
Gadis itu hanya memandang ke hadapan. Pura-pura fokus kerana takut hendak berlawan pandangan anak mata dengan lelaki garang itu.
Fokusnya terganggu apabila tangan seseorang sedang mencuit bahunya dengan sebatang pensel.
Hae Yoon pandang Jungkook yang sedang menghantar jelingan maut kepadanya.
---
"Awak nak apa , Jeon Jungkook. Tak gentle lah main cuit-cuit bahu anak dara orang."ujarku dengan nada menyindir.
Jungkook membalas ujaranku dengan menendang pula kaki kananku.
Ah sudah, dia ni okay ke tak?
Kemudian, tidak ku duga, dia letak segumpalan kertas sticky notes berwarna kuning di atas helaian buku notaku.
Aku mengetap bibir menahan malu. Aku ambil gumpalan kertas itu dan campak ke luar tingkap.
"Jangan ingat aku ni bodoh sangat sampai tak tahu yang kau sebenarnya hantar semua kertas-kertas ni kan?"bentak Jungkook kasar.
Aku membuka mulut untuk membalas tetapi terhalang apabila pensel yang dipegang Jungkook terus dihalakan tepat pada bebola mata aku sebelah kanan.
Gila orang tua ni. Nak cucuk mata aku ke gamaknya?
Aku mengeluh dan menayangkan riak muka sedih.
"A-aku minta maaf. Tak akan buat lagi."
Jungkook tergelak sinis. Dia campak pensel ke lantai. Kepalanya dipusingkan menghadap ke depan.
Kelibat pensyarah masuk ke kelas membuatkan aku berasa lega. Aku menyentuh dada yang berdebar-debar kerasa perasaan takut.
Aku nak laksanakan plan baru sekarang ni. Namun, tindakan Jungkook tadi dah buat aku cuak sangat.
Aku pejam mata untuk mengumpul segala kekuatan. Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum membuka mulut.
Jeritan aku memenuhi ruang dewan kuliah. Aku segera tudingkan jari ke arah Jungkook yang sudah terkejut beruk dengan jeritan pontianak aku.
"J-jungkook cuba nak r-raba saya. Tolong saya. Saya takut."
Fuh, aku kena ready nak hadap amukan Jungkook.
Satu.
Dua.
Tiga.
Bunyi meja dihentak kasar mengejutkan semua orang. Muka Jungkook menampakkan dia sedang bergelut menahan perasaan marah yang sudah ingin meletus.
"Kau memang bodoh Yoon. Tak nak hidup lama agaknya."ujar Jungkook.
Lengannya ditarik oleh pensyarah aku untuk keluar daripada dewan kuliah.
Aku masih acah menayangkan muka ketakutan. Rakan-rakan perempuan sudah menghampiri diriku dan cuba menenangkan aku.
Mata aku memandang Taehyung dalam diam.
Bibir Taehyung tersenyum sumbing. Bibirnya bergerak-gerak mengujarkan sesuatu kepada aku.
"Kau buat kerja gila, Yoon."ujar Kim Taehyung. Riak wajah terhibur menghiasi wajahnya.
🎮
Nakal betul si Hae Yoon. Nanti Jungkook terkam baru padan muka.Oops. 🙊
YOU ARE READING
[C]Misi Hancurkan Hati | JJK
FanfictionTiada siapa yang berani dekati Jeon Jungkook. Hanya seorang gadis sahaja yang mampu jinakkan lelaki segarang itu. Start : 22/9/2018 Status: Completed on 13/10/2018 Cover by: @nenektwa- ❤ #1 in fanfiction (10/7/2020)