A/N: Bab 17 kali ni ringkas sahaja. Tapi dijamin anda suka. Komen bebanyak eh? 💖
Terima kasih untuk 2k votes.
Maaf jika storyline makin pelik.
---------------
[Misi Hancurkan Hati | JJK]
Dia bertindak nakal hanya sekadar untuk memancing perhatian Hae Yoon.
Pada mulanya, Jungkook memang ingin membalas dendam. Namun, perasaannya makin terganggu ketika dia terpandang Hae Yoon yang sudah menangis di satu sudut.
Gadis itu terduduk di satu sudut kelab yang agak terlindung. Tetapi, Jungkook masih boleh melihatnya dari jauh.
Tubuh perempuan seksi yang tidak dikenali segera ditolak kasar. Jungkook merengus kegeraman kerana badannya sudah melekat bau perempuan asing.
"Hanya Hae Yoon yang layak untuk kiss aku. Aku jijik dengan perbuatan aku. M-maaf Yoon. Aku cuma nak balas semula perbuatan kau dan bagi kau sedar."
Dia mengesat bibir yang bengkak dengan hujung baju t-shirt yang dipakai olehnya.
Dia mendekati Yoon yang ralit melayan tangis. Jungkook melutut memandang gadis yang nampak sangat kecewa itu.
"Yoon..sudahlah."
---
"Yoon..sudahlah."Aku dapat rasa sehelai tisu ditekap di pipi aku yang basah. Kepala aku angkat untuk pandang ke atas.
Jungkook memandang aku tanpa secalit senyuman. Jarinya masih sibuk mengeringkan air mataku dengan menggunakan tisu.
"A-awak berubah jadi jahat."ujarku penuh kesedihan. Aku tertunduk memandang ke bawah.
"Aku minta maaf. Aku nak kau sedar dengan kesalahan kau, Park Hae Yoon."kata Jungkook.
Nadanya lembut menegur kesalahan aku. Aku terkial-kial memandang wajah Jungkook.
Aku terus menerpa Jungkook dan memeluknya tanpa sebarang izin. Persetankan semua itu.
Aku hanya mahukan Jungkook.
---
Kim Taehyung yang menjadi pemerhati sejak dari tadi menepuk tangan apabila melihat babak mesra dan menyentuh hati pasangan dilamun cinta itu.Dia tersenyum lebar. Taehyung merenung puas skrin telefon pintarnya.
"Berjaya kau pikat Jungkook yang gay ni. Aku bangga dengan kawan aku. Lebih baik rasanya aku tamatkan misi yang tak masuk akal ni. Kesian dua manusia ni."
Dia menekan butang send . Pesanan ringkas dihantar kepada Hae Yoon.
Taehyung keluar dari suasana kelab malam yang bingit itu. Langit gelap yang dihiasi taburan bintang dipandangnya dengan perasaan riang.
"Tak sia-sia aku terima job jadi cupid ni. Berjaya juga."
Kim Taehyung melangkah masuk ke dalam kereta. Di sebalik cermin gelap keretanya, bibirnya tersenyum memandang kedua pasangan yang baru keluar dari kelab malam tersebut.
"Comel betul korang. Jealous pula aku tengok."ujar Taehyung. Tangannnya memberi isyarat agar pemandu kereta meneruskan perjalanan.
Lagipun tugasnya sudah tamat pada hari itu.
Selepas ini, biar Jungkook dan Hae Yoon uruskan hal percintaan mereka sendiri.
---
"Naik kat belakang aku. Aku nak piggyback kau hari ni. Cepat sayang."arah Jungkook tanpa nada.Suaranya dingin tanpa bibit-bibit romantik. Namun, aku ikuti jua arahan yang keluar dari mulut lelaki itu.
Aku tak mahu bikin Jungkook kecewa sekali lagi.
Cukup dengan penipuan yang aku lakukan selama ini.
Aku memautkan lengan di sekeliling leher Jungkook. Aku daratkan kepala di bahunya.
Wangian yang datang dari badan Jungkook sedikit menenangkan hati. Bibir aku ditekapkan di bahunya lembut.
Segala kerinduan aku lepaskan pada waktu itu juga.
"Sayang..kau..sangat-sangat."luah Jungkook. Dia meletakkan aku di kerusi sebelah pemandu.
Aku menunggu senyuman untuk terbit dari wajahnya. Namun, masih tidak berjaya.
Jungkook bergerak ke kerusi pemandu. Setelah selesai memakai tali pinggang keselamatan, jari telunjuknya menyentuh bibirku.
Lantas, tangannya mengelus kedua-dua pipiku.
Jungkook mengalihkan semula pandangan ke hadapan. Pedal minyak ditekan perlahan.
Satu baris ayat yang berbaur amaran dan kasih meniti di bibir Jungkook.
"Kau hak milik aku seorang. Jangan nakal dah. Aku akan fokus dengan relationship kita selepas ni. Kau dan aku. Tiada orang lain. Tiada lagi misi bodoh."
Jarinya sekali lagi bertindak nakal membelai permukaan bibirku. Senyuman bahagia terukir kecil di bibir milik Jeon Jungkook.
"T-terima kasih Jungkook."ucapku sejujurnya.
🎮
A/N: Lagi tiga chapter dah nak habis. Saya nantikan feedback dari anda semua. ♥
YOU ARE READING
[C]Misi Hancurkan Hati | JJK
FanficTiada siapa yang berani dekati Jeon Jungkook. Hanya seorang gadis sahaja yang mampu jinakkan lelaki segarang itu. Start : 22/9/2018 Status: Completed on 13/10/2018 Cover by: @nenektwa- ❤ #1 in fanfiction (10/7/2020)