18

7.3K 1K 90
                                    

A/N : Terima kasih untuk 5K reads.

-----------

[Misi Hancurkan Hati | JJK]

Hari berlalu dengan pantas. Peristiwa semalam di kelab malam membuatkan aku sedar Jungkook betul-betul serius dengan relationship ini.

Pintu rumah Jungkook aku tenung bersama iringan seribu satu perasaan. Jari aku menekan loceng yang terletak di luar pintu rumahnya.

Pagi tadi , si anak Jeon sempat lagi menghantar pesanan WhatsApp untuk meluangkan masa untuk makan tengah hari bersama dengannya di rumah.

Malas hendak membantah, aku turut sahaja permintaan lelaki itu. Lagipun ini adalah salah satu cara untuk aku melembutkan hatinya semula.

Tak gitu?

Pintu rumah terbuka sedikit. Anak mata aku mencari kelibat Jungkook namun tidak membuahkan hasil.

Bayangnya pun takda. Pintu yang terbuka aku tolak secara perlahan. Dapat dirasai kedinginan pendingin hawa yang terpasang di dalam rumah Jungkook.

"J-jungkook, saya tak nampak awak pun. Dekat mana ni?"soalku.

Kaki aku akhirnya menapak masuk sepenuhnya di rumah Jungkook. Mataku ligat mencari kehadirannya.

"Di belakang kau. But, aku nak kau pandang depan. Jangan pusing."

Arahan Jungkook menyebabkan aku kaku serta-merta. Rambut panjangku terasa seperti dibelai-belai olehnya.

"J-jeon Jungkook."

Hanya dua patah namanya yang mampu aku zahirkan dari bibir.

Haba badan Jungkook mula menempel di badan kecilku. Dia bertindak merangkul tubuh badanku tanpa sebarang amaran.

"Aku rindu kau Yoon. Baru sehari."

Satu, dia kucup rambutku.

Dua, jari-jemarinya mengelus lembut pipiku. Wajahku sudah memerah seperti buah tomato.

Mujur Jungkook masih berada di belakang.

Tiga, dia pusing badanku untuk menghadapnya. Keningnya berkerut menahan rasa. Giginya menggigit bibir bawah.

Tangan kanan aku meliar ke arah wajah kacak Jungkook. Sekaligus, membuatkan senyumannya makin lebar.

"Rindu awak juga."balasku malu-malu.

Hidungku menangkap bau hidangan masakan yang datang dari arah dapur. Hatiku melonjak riak disebabkan nafsu makan yang membuak-buak.

Bukan selalu nak dapat rasa air tangan Jungkook.

Aku bergelut seolah anak kecil dari pelukan erat Jungkook.

"Tak. Tak. Sebelum makan, izinkan aku untuk nikmati kasih sayang dari kau dulu. Jangan lari."

Jungkook ujar dengan nada romantik. Bahuku ditolak agar tubuh badanku terus rapat ke pintu rumah.

Aku tergelak kecil dengan kerenah Jungkook yang seperti kanak-kanak yang dahagakan kasih sayang.

----

Jungkook menjarakkan muka dari Hae Yoon. Kedua-dua manusia itu termengah-mengah menyedut udara.

Jungkook tarik lengan Hae Yoon untuk rapat ke sisinya. Mereka jalan beriringan menuju ke meja makan.

"Aku angau teruk dengan kau, Park Hae Yoon."akui Jungkook kepada Hae Yoon.

Gadis itu mengumam perkataan 'sayang' berulang kali di telinga Jungkook.

Sesi makan tengah hari pada hari tersebut berjalan agak lancar. Hanya Jungkook yang kelihatan tidak mampu duduk diam.

Dia mengusutkan rambutnya sambil memandang Hae Yoon yang sedang membersihkan pinggan kotor di sinki.

"Macam ni ke perasaan cinta? Kau buat aku nakkan kau all the time."

Hae Yoon yang ralit mencuci pinggan menghentikan perbuatannya.

Pipi Jungkook dicubit geram. Lelaki itu sudah mula memprotes akibat tidak diendahkan oleh Hae Yoon.

Paip sinki ditutup oleh Jungkook. Badan gadis itu dicempung olehnya.

Langkah kakinya menuju ke ruang tamu.

"N-nak buat apa ni Jungkook? Tak cukup ke dengan kiss?"

Rungutan Hae Yoon semakin menambahkan rasa bahagia di hati lelaki itu.

Dengan penuh berhati-hati, Jungkook meletakkan Hae Yoon untuk duduk di atas sofa.

Dahi Hae Yoon dikucup mesra.

"Kita date hari ni. Di rumah. Khas untuk Park Hae Yoon."

🎮
A/N: hopefully chapter ni tak hambar. Penuh kemanisan gitu. ♥



[C]Misi Hancurkan Hati | JJKWhere stories live. Discover now