Balik semula ke meja, Saila menghempas kasar tubuhnya ke kerusi. Membuatkan tiga pasang mata lain di dalam pejabat itu semua beralih arah dari komputer memandangnya.
Wajah Saila memerah. Matanya tampak berkaca. Bibir mencebik hiba sebelum dia menekupkan muka ke dalam pelipat lengan di atas meja.
"Kenapa Saila?" Kak Mun membuah tanya. Dipandang staf
yang baru tiga bulan bekerja di syarikat tersebut. Saila lembut orangnya. Bukan hanya pada perwatakan luaran, tetapi juga pada tutur bicara dan tingkah lakunya.
"Stress! Stress dengan Encik Rie tu! Saya tak suka dia!" Perlahan terdengar rengekan Saila dari dalam takupan wajahnya.
Kak Mun, Indah dan Kinah berpandangan sesama sendiri. Masing-masing menyimpul senyum dalam diam. Cara dan gaya Saila memberontak tidak pernah gagal membuatkan rasa lucu datang bertandang. Cubaan marah dan berkasar tidak pernah match dengan suara lembut sopan milik Saila. Hendak meninggikan suara pun kadang-kadang sampai merah menyala mukanya.
"Ala ... macam tak biasa. Dah dua bulan lebih Saila buat kerja dengan dia, takkan hati tu tak kebal lagi?" Kak Mun cuba memujuk. Suaranya yang selalu kepoh lantang berbicara, berubah lembut memujuk. Tidak pernah tergamak rasanya mahu membesarkan suara bila lawan bercakapnya adalah Saila. Saila yang timid, dengan gaya lemah tidak bertulang itu sering membuatkan mereka semua jatuh kasihan tanpa perlu ditagih simpati.
"Kenapa dia suka buli saya? Apa je yang saya buat, semuanya kena ulang buat semula. Ini tak kena, itu tak kena. Padahalnya saya buat ikut arahan dia. Ee ... stress!" Alahai, manja benar bunyi stress yang ditekankan Saila. Sekali lagi membuatkan pendengarnya mengulum senyum.
"Dia memang macam tu lah Saila. Pedulikan je. Nanti datang budak baru yang lain, dia tak kacau Saila dah lah." Indah membantu. Diselitkan sedikit ayat harapan. Ya, selalunya memang begitu.
Qairie, ketua jabatan mereka itu memang suka menjadikan staf baru sebagai mangsa bulinya. Diajar, ditekan dan dibasuh sedahsyat mungkin sampai lah datang pula staf baru yang lain untuk dijadikan mangsa. Kalau pun tidak ada mangsa baru, dia pasti akan berhenti mengganggu tidak lama lagi. Jadual kerjanya yang sibuk tidak memungkinkan dia untuk berterusan memberi fokus pada staf bawah seperti Saila.
Sebenarnya gangguan lelaki itu tidak lah terlalu kejam. Banyak staf pernah melalui hal yang sama. Dia memang gemar menekan staf baru menggunakan orientasi sebagai alasan. Sendiri mahu melihat perkembangan staf dibawah seliaannya walaupun jarang sekali mereka dapat melihat wajah lelaki itu di pejabat. Tapi itu tidak menghalang Qairie untuk menjadikan Saila sebagai sasaran setiap kali dia masuk pejabat.
"Macam mana kalau tak ada staf baru masuk sampai tahun depan?" Kepala Saila sudah tegak dari tunduknya tadi. Ditikam wajah Indah dengan mata yang penuh dengan persoalan.
"Err ..." Indah mati kata. Bersilih ganti matanya memandang Kak Mun dan Kinah. Bila disoal begitu, baru sedar yang Saila sudah lama lari dari range staf 'biasa'. Sudah lebih dua bulan, tapi Qairie masih tetap mengganggu. Langsung lari dari catatan rekod masa yang sebelum ini.
"Nanti Encik Rie mesti stop punya. Bila dia kena pergi kursus sana sini, lupa lah dia dekat awak." Kinah membantu dari belakang. Beria mengangguk bila Saila memandang dengan wajah penuh harapan. Kasihan pula dengan Saila. Dia dahulu pun tidak pernah terkena sepanjang tempoh ini. Dan waktu itu pun, bukan Qairie yang duduk di kerusi bos mereka.
"Agaknya macam mana lah dengan bini sendiri kan. Kalau saya, lama dah lari tinggal suami macam ni." Bahu Indah bergidik. Membayangkan diri sendiri berada di tempat isteri Qairie. Walaupun ada rupa, tapi sikap tidak semenggah lelaki itu benar-benar boleh membuatkan semua mood mati. Hampeh! Serius tak bertempat, mulut pun ketat saja setiap masa. Entah apa yang selalu dikemam di dalam mulutnya pun tak tahu.
"Dia dah kahwin?"
"Lah, tak tahu ke?" Kak Mun melirik dari hujung mata.
"Mana saya tahu. Kami bukan bersembang pun. Kalau jumpa, marah je kerjanya." Bibir Saila kembali mencemik. Teringat kejadian tadi di mana dia disuruh membuat sekali lagi flowchart untuk jabatan logistik. Rasanya sudah tiga kali dia mengulang kerja yang sama. Tapi masih juga tidak kena dengan kehendak lelaki itu.
"Kami tahu pun, sebab tiba-tiba maklumat pekerja dia dah berubah. Dari bujang, bertukar ke sudah berkahwin. Itu pun dia sendiri yang datang suruh tukar. Nak sangat canang dekat semua orang yang dia dah kahwin."Kinah menambah maklumat. Bukan isu besar pun sebenarnya jika status bujang itu tidak dikemaskini. Nampak benar seperti Qairie sengaja mahu membuat pengumuman di dalam diam. Sedia maklum yang mulut staf bawahannya tirih. Pasti akan dikongsi dengan staf jabatan lain.
"Dia tak jemput staf sini pergi kenduri kahwin dia?"
"Masa tu dia baru sebulan lebih kerja kat sini. Tak ada kenalan rapat sangat. Mungkin ada jemput beberapa HOD lain, tapi tak pasti ada orang pergi atau tak. Cuti pun sekejap je. Tak pergi honeymoon kot."
"Pelik juga sebenarnya." Kak Mun tiba-tiba mencelah.
YOU ARE READING
Mister Rie punya Miss Stress ( ✔ )
RomanceMulanya cuma ada Kak Mun, Kinah dan Indah. Tapi selepas Saila muncul, banyak pula cerita lain yang keluar. Tentang Encik Rie yang misteri. Tentang Saila yang selalu stress. note : Cerita untuk suka2 sahaja. Don't expect much. Ada apa sebenarnya an...