Part 13

6.2K 435 27
                                    

KERETA merah yang sama, setia menunggu di depan pintu pagar B semasa Kak Mun, Indah dan Kinah keluar untuk makan tengah hari.

"Eh, jom kita jalan tepi kereta tu. Untung boleh nampak muka driver kat dalam." Indah yang mula-mula memberi cadangan gila.

Kinah menggeleng laju. Tidak mahu terlalu berusaha. Untuk apa dia menjual diri hanya untuk mencari topik membawang?

"Jom, jom." Tapi Kak Mun laju saja ikut bersetuju. Tak ada apa yang rugi pun. Berjalan saja. Tidak menyalahi undang-undang.

Agaknya memang sungguh rezeki datang bergolek, tingkap kereta merah itu bergerak turun semasa mereka berjalan di sebelahnya.

"Hye ladies." Keluar satu suara yang jelas menunjukkan ke'macho'an seorang lelaki di situ. Lenggoknya pun jelas menunjukkan yang si lelaki sangat suka bermain kata dengan wanita.

Mata Kak Mun dan Indah sudah berkelip-kelip. Teruja bila rancangan mereka berhasil.

Lain pula dengan Kinah. Dia terus menonong berjalan ke kawasan letak kereta. Membiarkan dua temannya saja memalukan diri.

"Do you happened to know a staff named Saila?" Nain tersenyum manis. Menampakkan deretan giginya yang kemas tersusun. Dari umur 17 lagi dia sudah merayu meminta dipasangkan pendakap gigi. Hasilnya, sekarang senyumannya boleh mengalahkan sinar mentari pagi di mata para wanita.

Dari tadi lagi tiga wanita itu sudah menarik perhatiannya. Perlakuan mereka yang sekejap-sekejap menoleh ke arah keretanya dan tiba-tiba menukar arah haluan perjalanan membuatkan Nain merasakan dirinya sedang menjadi perhatian. Kalau sudah ada yang sudi, mengapa tidak ditunjukkan saja diri?

"Saila tu officemate kami. Tengah tunggu dia ke?" Kak Mun, selaku yang paling tua, melantik diri menjadi jurucakap. Indah cuma memasang telinga dan dalam masa yang sama, mengagumi ketampanan tuan punya kereta merah tersebut. Entah kenapa, cara menegur lelaki itu awal tadi sedang menarik memorinya kepada seseorang.

Ladies.

Ada seorang lagi lelaki yang suka menggunakan perkataan itu. Tapi siapa ya?

"Tapi hari ni Saila kata dia tak keluar lunch." Teringat pula yang tadi Saila menolak ajakan mereka untuk keluar bersama. Hari ini wajah wanita itu tampak pucat sedikit. Mata pun hendak tak hendak saja terbuka. Bila ditanya kenapa, Saila sendiri pun tidak dapat memberi jawapan tepat. Tidak tahu apa yang membuatkan tubuhnya terasa tidak enak.

"Oh ...." Nain terangguk kecil. Nampaknya Saila sedang mengelakkan diri. Mesejnya tadi pun tidak berbalas.

"Encik ni ..."

"Nain." Satu suara muncul mencantas soalan yang baru hendak Kak Mun ajukan. Serentak Kak Mun dan Indah menoleh untuk melihat siapa gerangan pemilik suara tersebut.

Encik Rie!

"Excuse me ladies." Tangan Qairie menjulur tegak di hadapan tubuh Kak Mun. Meminta laluan untuk berdiri lebih dekat dengan lelaki yang masih tenang duduk di dalam keretanya. Selesa dan tidak ada gaya mahu keluar menjejak kaki ke tanah.

Mulut Indah terlopong sedikit. Telunjuknya naik sedikit menuding dua lelaki itu bersilih ganti. Terus dia berjaya mencantumkan dua titik yang tadinya sedikit kabur. Ya! Dua lelaki itu punya persamaan! Bukan saja pada cara menegur, tapi juga pada iras wajah.

"Encik Rie kenal ke dengan kawan Saila ni?" Kak Mun memandang Qairie seraya tangan menunjuk ke arah Nain yang sudah lama menyungging senyum senget sebaik saja ternampak wajah atasan mereka.

"Eh?" Tiba-tiba Kak Mun didatangi persoalan lain di tengah-tengah soalannya yang masih tidak berjawab tadi.

"Encik ni suami Saila yang PJJ tu ya?" Telunjuk Kak Mun kaku mengarah ke Nain.

Mister Rie punya Miss Stress ( ✔ )Where stories live. Discover now