"Kenapa asyik saya je yang nampak?"
Serentak Kak Mun dan Indah menoleh ke arah Kinah yang baru masuk. Berdiri tegak di antara meja mereka . Tak terdengar pun bunyi tapak kakinya. Dia berjalan atau mengheret kaki?"Nampak apa? Hantu?" Indah mengekek ketawa. Tidak mendapat sokongan sesiapa, kerana Kinah masih terbang dalam dunianya. Kak Mun pula, langsung tidak merasakan perkara itu lucu. Dijeling saja Indah dengan wajah kosong.
"Encik Rie dengan Saila."
"Lagi?" Laju Kak Mun membalas.
Kinah menggangguk dengan wajah tidak bermaya yang jelas sengaja dibuat.
"Kali ni apa pula yang diorang buat? Kissing?"
Terjegil dua pasang mata memandang Indah. Terkejut dengan tekaan melampau yang dibuatnya.
"Apa yang jauh sangat berfikir tu? Eh Indah, jangan nak gatal sangat ya? Bersihkan sikit otak tu dari fikiran orang putih tu." Tiba-tiba Kak Mun menegur sedikit garang. Tersalah sentuh suis yang mana lah agaknya sampaikan gurauan begitu pun dianggap serius.
Terjuih mulut Indah mencemik. Tanya saja pun! Mustahil lah semua itu hendak terjadi di siang hari. Sengaja disebut untuk memeriahkan pembukaan cerita saja.
"Ha, sambung balik Kinah!" Tiba-tiba suara Kak Mun meninggi. Terbawa emosi apa lah agaknya.
"Dah kenapa Kak Mun nak tinggi suara pula?" Eh, Indah pun tak mahu kalah. Merasakan Kak Mun sedang memprotes dengan cara tersendiri.
"Bila yang tingginya?" Masih juga tinggi suara Kak Mun.
"Ha, macam tu pun kira tinggi lah tu!"
Kinah berdiri terkebil-kebil tidak tahu pucuk pangkal cerita. Kenapa dua teman sekerjanya itu tiba-tiba marah?
"Kak Mun ... Indah ..." Kinah pandang dua wanita itu secara bergilir.
" ... kenapa gaduh ni?"
"Mana ada gaduh!" Serentak Kak Mun dan Indah membalas. Juga sama tinggi. Terus mencantas segala mood negatif yang baru hendak menyelubungi mereka. Masing-masing terkejut bila penyatuan nada tinggi mereka masuk ke telinga sendiri. Baru tahu tahap tinggi nada suara mereka.
"Haih...kita pun sekarang dah berjangkit dengan stress si Saila. Saila stress tu tak apa lagi, sebab dia lembut. Suara pun manja je keluarnya. Tapi kalau kena dekat kita yang jenis suara guruh ni, memang boleh tertanggal semua dinding pejabat ni." Suara Kak Mun sudah mengendur. Habis berkata, terburai ketawa mereka bertiga. Sekejap saja sudah berjaya mempositifkan suasana.
"Kak Mun tengah stress ke?" Kembali prihatin, Indah bertanya. Tolak ke tepi dulu hal Saila.
"Tak pun. Tapi sebab teruja sangat nak dengar cerita Kinah, rasa nak marah pula bila Indah belok sana sini." Iya lah. Tengah excited, Indah pula mengusik tentang hantu. Sudah lah Kinah jenis lambat mahu menyampai. Selit teori sana sini, cerita yang sebenarnya cuma memerlukan dua ayat padat, boleh menjadi satu karangan panjang!
"Cerita Saila ni macam dah jadi soap opera kan? Kita pula, dah jadi penonton tetap. Ini sebenarnya perkara positif atau negatif?" Nah! Baru saja cakap, Kinah sudah keluar soalan berbaur 'kesedaran diri'. Bagai dirancang, Kak Mun dan Indah berpandangan sebelum menjeling langit.
"Itu tolak tepi dulu. Sekarang ni, bagitau dulu apa yang Kinah nampak. Kali ni dekat mana pula?" Kak Mun terus masuk ke perbualan utama mereka yang sudah jauh melencong tadi.
"Dekat foyer. Saila baru keluar dari Main Hall. Selisih dengan Encik Rie yang datang dari bilik CEO." Kebetulan Kinah melalui kawasan front desk tadi. Nina yang selalu berada di meja depan meminta Kinah menggantikan dia seketika sementara dia hendak pergi berjumpa staf lain.
YOU ARE READING
Mister Rie punya Miss Stress ( ✔ )
Lãng mạnMulanya cuma ada Kak Mun, Kinah dan Indah. Tapi selepas Saila muncul, banyak pula cerita lain yang keluar. Tentang Encik Rie yang misteri. Tentang Saila yang selalu stress. note : Cerita untuk suka2 sahaja. Don't expect much. Ada apa sebenarnya an...