Part 12

5.7K 405 13
                                    

Hye guys =)

Maaf,saya baru tersedar yg saya terlepas satu part. Jadi asya sumbat masuk balik part ni di celah part 11 dan 12.

Hope reader tak pening. Maaf .. 

..........................................

LAMA Saila berdiri di depan pintu bilik pejabat Qairie. Mengumpul kekuatan. Setiap kali tangannya naik mahu mengetuk pintu, dia akan kembali menurunkan tangan ke sisi. Takut!

Matanya terpejam erat. Diketuk dahi sendiri dengan buku lima beberapa kali. Dalam keadaan begini, dia sendiri pun ikut mengutuk diri yang sering diserang gugup. Takutkan ini, takutkan itu!

Klik!

Pintu bilik pejabat Qairie tiba-tiba terbuka.

Saila baru saja hendak mengangkat kepala yang sedari tadi tunduk menekur lantai bilamana lengannya tiba-tiba ditarik kuat. Tubuhnya terdorong ke depan, terus masuk ke dalam bilik pejabat Qairie.

"Cari siapa?" Lama Qairie mengintai Saila yang berdiri seperti patung cendana di luar pejabatnya. Penat menunggu, akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertindak sendiri.

Terkebil-kebil mata Saila memandang leher Qairie yang berdiri rapat di depannya.

"Tuan bilik ni la..." Kecil suara Saila. Seperti sedang mengomel.

Qairie mendengus lembut. Ditilik wajah Saila yang masih tunduk ke bawah. Saila ... Saila ... tak pernah berani. Tak pernah mahu bersuara. Tapi merungutnya hebat. Mengomel pun sama naik juga. Semuanya dibuat di belakang saja dan akhirnya ditelan tanpa sebarang bantahan masuk jauh ke dalam hati.

"Dagu ni ..." Telunjuk Qairie naik menampan bawah dagu Saila untuk didongakkan ke atas.

" ... jangan selalu menunduk."

"Bahu ni ..." Kemudian dua tangannya naik memegang bahu Saila. Juga ditolak supaya kelihatan lurus tegap.

"... tegakkan sikit."

"Ya, tahu." Wajah Saila sudah mendongak, tapi matanya masih memandang ke bawah. Hanya lebat bulu matanya saja yang dapat dilihat oleh Qairie. Sudah selalu lelaki itu berpesan. Ajar diri menjadi lebih berani. Cara berdiri, berjalan dan bercakap, semua itu membantu dalam membina keyakinan diri. Itu semua juga salah satu dari punca Saila sentiasa merasa rendah diri, down dan stress tanpa sebab.

"Pandang abang." Kali ini suara Qairie sudah mengendur sedikit. Makin ditekan, silap hari bulan Saila akan terus lari tanpa memberitahu tujuannya datang mencari. Pejabat bukannya tempat untuk dia membuat kelas tambahan tentang konsep kendiri.

"Kenapa datang sini?"

Lambat-lambat Saila mengangkat pandangan. Tunduk untuk sesaat sebelum kembali mendongak.

"Saya ... "

"Saya?" Qairie mengerling jemari Saila yang sudah hilang warna kerana terlalu kuat meramas sesama sendiri.

"Saya nak minta maaf."

"Untuk apa?"

"Sebab saya degil."

"Degil yang macam mana?"

"Abang!" Tangan Saila naik cuba menarik hujung baju uniform Qairie. Lelaki itu sedang menyakat!

Qairie berinjak ke belakang. Membiarkan tangan Saila terawang di udara.

"Degil yang mana satu?" Sekali lagi Qairie menyoal. Wajahnya dibiarkan kosong tanpa reaksi. Benar-benar tekad mahu Saila sedar, di mana silapnya dalam semua hal yang berlaku kebelakangan ini.

Mister Rie punya Miss Stress ( ✔ )Where stories live. Discover now